RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Wednesday, March 24, 2010

Ramai yang sayang ...

Hari ni mengemas bilik pejabat kami,malu la sebab kawan baru yang duk sebilik ngan kami ni lelaki...walau pun memang dah kemas,tapi kemas lagi..saje je nak tunjuk kami ni rajin dan pengemas orang nya..hak..hak..bertiga la kami mengemas itu ini...

kul 9.30 meeting staf unit saya yang hanya ada 8 orang sahaja..meeting berakhir hampir 12 tengahari..oh..banyak sekali kursus tahun ni.Semua kursus dianjurkan semua negeri termasuk WP Labuan..kursus2 ini akan dapat mempertingkatkan lagi prestasi kerja kami..

Hujung April saya kena berkursus diTaman Negara Pahang,kursus jati diri anjuran UKAPS Johor...lepas tu ada kursus lain lagi yang kena pegi...
Balik kerumah,rihat sekejap kemudian keluar makan bersama Ailia yang dah lapo sangat selepas balik dari kerja..makan sambil sembang2 dan kemudian balik kerumah...kemas sikit2 dan berbual ngan Adam sekejap...
Oh...Nisa datang hantar keropok dari Terengganu,tak masuk rumah pun sebab pakwe nak keja malam...semuga percintaan berakhir dengan ikatan..tak seronok dengar kalau dah kawan2 tu lepas tu putus ...bagus jugak budak2 ni,ada pakwe ,makwe ,selalu bawak kerumah tunjuk kat saya...
Masa dah hampir terlelap,terdengar ada mesej masuk tapi dah tak larat nak bukak mata..mesti mesej dari anak diAmpang..mesti baru balik keja..kesian anak saya ni..keja pagi petang...sabo je ya,tak lama lagi akan posting dan keja dengan masa yang lebeh teratur...
Entah2 kerja kat Ampang je..iala ramai yang sayang kat situ....he..he...ini anak mama yang cakap sendiri eh....

No comments:

Post a Comment