RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Saturday, March 20, 2010

Hujung minggu yang ceria dgn anak2..

Air dah mula naik depan rumah...he..he..kejap je sebab hujan lebat
Gelagat anak2 dimeja makan...tido ape?





Susun bata?Buat rumah ke.... apa budak dua beradik ni buat...



Em..m..sedap nya...tengok la sape yang masak...




Ni dia spagetti goreng cili api....yum..yum..






Anak sape la ni...rajin sangat memasak..





Jumaat,Sabtu,Ahad......
Bercadang untuk kemall,tengok2 dan beli hp baru..yang diguna sekarang dah lama dan dah hampir tak boleh diguna ,kali ni nak beli handphone paling murah...janji boleh terima dan buat call, terima dan hantar mesej,tu je...
Tapi malas pulak,tak ada hp pun ok kut..maseh boleh hidup..he..he...

Memasak itu ini untuk anak2 yang balik bercuti dan request itu ini..yang larat masak,masak la..bergurau..bergaduh..itu la keja kami anak beranak...engkau kata aku,aku kata engkau..he..he...
Sebagai seorang ibu,masa berkualiti begini bersama2 anak amat beharga...

tiga hari ni,tiga CD filem kami tengok bersama,mula2 LASKAR PELANGI...best sangat,filem dari novel ini lebeh menarik menonton filem nya..novel LASKAR PELANGI ni saya beli dah lama masa diJakarta dulu....Aiza beli CD pulak..

mengalir jugak airmata diakhir cerita..em..m..kalau la ada duit ingin sekali keBelitung...cantik tempat tu..pernah baca tentang Belitung dalam novel KEBERANGKATAN ditulis oleh NH DINI...

Dah cari dalam internet...ada pakej untuk yang ingin melawat Pulau Belitung...menjejaki lokasi penggambaran filem LASKAR PELANGI...

Malam sabtu tengok pulak Adnan Sempit....tapi tak sepenuh hati sebab banyak benda lain nak dibuat ditambah mata pulak mengantuk.....dan Petang sabtu tengok CD The Blind Side...Sandra Bullock yang berlakon,cantik la dia,suka tengok dia berlakon..



Hampir maghrib,anak2 semua keluar dan hujan turun mencurah...risau hati tengok air dah mula naik kat depan rumah..hati berdoa semuga air tak terus naik...risau sangat... air sungai Pinji belakang rumah kami dah naik ketebing...jangan banjir ya....itu lah doa dan harapan,tapi Alhamdulillah,semua nya ok je...
Dalam risau dan hujan lebat sempat la mengukus kek cawan coklat untuk anak2 bawa balik keKL esok.
malam kemajlis doa selamat rumah jiran yang akan berangkat menunaikan umrah...Amer anak jiran yang teruk dalam kemalangan jalan raya dulu akan bersama keluarga keTanah Suci..Amer nampak dah sihat sekarang,dah ceria...semua nya kuasa Allah....














No comments:

Post a Comment