RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Wednesday, May 9, 2012

Ipoh....bila akan berubah??

Kalau la ada sedara mara yang datang berjalan kerumah diipoh,memang kadang2 tak tau nak bawak diaorang berjalan kemana...kalau macam Melaka tu memang la seronok..macam2 ada..tapi Ipoh??bila la Ipoh nak ada tempat2 menarik ya.... 
kalau ada sedara datang biasa la,kami akan bawak ke Gua Kek Lock Thong....jalan2 diTaman Botani...atau mandi2 diLost World of Tambun....dulu kalau ipo2 saya datang,dia orang suka beli pasu2 hiasan diJalan Kuala Kangsar...jadi kesitu la kami pegi...kalau jauh sikit kePangko la..atau jalan2 di Taiping dan sejak jalan ke Cameron Highlands dah dekat rumah kami...kesana la kami bawak diaorang......minggu lepas masa dalam perjalanan ketempat keja dan berenti di lampu Isyarat Jalan Sultan Iskandar..tiba2 saya ternampak ada bengunan kedai disitu yang telah dicat warna merah....oh..cantik .....dan dua tiga hari lepas tu ternampak kedai disebelah pulak megecat dengan warna lain yang cantik....eh...cantik nya...warna jingga..kuning...hijau...biru...ungu....tengok gambo2 ni..tapi sayang nya kereta berenti kat jalan di bahagian belakang kedai....daalm hati berdoa semuga esok2...kedai2 disebelah tu akan dicat baru jugak.....cat..cat..dan lepas ni tentu Ipoh akan berubah wajah..cantik bewarna warni...tentu ada daya penarik.....ha..a...Datuk Bandar Ipoh....cari la penaja dari syarikat cat..biar diaorang taja cat..dan warna warni kan Bandaraya Ipoh yang kelam dan tak bermaya ni....biar kalau orang datang Ipoh nampak ceria...ramai yang bergambo dikedai2 cantik bewarna warni ni.....angan2 je...harap2 jadi kenyataan..Datuk Bandar tak kata pe pun!!
Posted by Picasa

1 comment: