RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Sunday, May 6, 2012

Jom KeCameron Highlands

Petang Jumaat berjanji ngan kawan2 pejabat untuk berkonvoi keCameron Highlands..oleh sebab kursus kali ni digalakkan bawak keluarga jadi meriah la kami beramai2 keCH...Alhamdulilah sebab hari Jumaat pelancong belum ramai,perjalanan takde halangan dan kenderaan tak banyak...cuma sepanjang perjalanan cuaca mendung ..sampai kat atas kabus dan awan bersatu jadikan jarak penglihatan terhad....sampai hotel checkin dan terus makan....malam ni cuma ada majlis suai kenal dan games untuk eratkan silatulrahim..dah berkumpul tak sangka rupa nya ramai dan besar nya keluarga bahagian perubatan JKN Perak...yang maseh muda2 tu bawak anak2 kecik dan baby....riuh rendah dan ceria..
Pagi Sabtu mula berkursus...santai je..sampai kul 1 dah habis..lepas makan kami  berpakat menyewa van untuk ronda2 CH....yang meronda dengan kereta sendiri pun ramai tapi saya,suami dan Ailia menyewa van dengan beberapa orang kawan...banyak pakej yang ditawarkan..ada yang melawat 6 tempat..bayaran 25 ringgit seorang..ada pejej 60 ringgit dan melawat sehari suntuk kemerata tempat termasuk perkampungan orang asli dan masuk hutan..macam2 pekej ada...gunakan pekej ni senang....kita naik je van dan tak payah perlu nak fikirkan parking yang sentiasa penuh.....tak perlu bersesak dengan pelancong lain..lagi pun tak perlu nak pusing dari satu tempat ke satu tempat lain..telefon je...van akan datang ambik kat depan hotel....cuma masa nak balik ,dah petang jalan menuju Tanah Rata sesak teruk..pelancong dah mula sampai dari bawah....pasar malam kat Brincang iaitu depan balai polis,buatkan jalan sesak...ramai yang suka2 hati je parking kereta ditepi jalan....yang sakit hati dalam sesak dan jem tu ada jugak malaun tak sekolah dan tak sabo memotong barisan  dari kanan dan kiri jalan.....tak de kesedaran sivik langsung..orang lain boleh beratur...dia pulak tak boleh..pentingkan diri sendiri!!sekali dah  tak tahan tengok diaorang yang laju memotong kat sebelah kanan sampai kereta dari depan terpaksa ketepi mengelak..kami ramai2 meboo..o...pemandu tu...pucat kejap!.. MPCH patut fikirkan untuk memindahkan pasar malam dan gerai2 kat tepi jalan tu ke tempat yang lebeh  sesuai....polis sorang pun tak nampak masa waktu sesak tu..sebab tu ramai yang berani memotong sesuka hati....bayangkan dari simpang ladang teh BOH di Sungai Palas nak kehotel Heritage diTanah Rata memakan masa hampir 2 jam!!kalau tak sesak dalam 15...20 minit je....nak kata serik tak la..tapi hati sakit dan terpikir...apa pehak MBCH...juga polis buat....perkara ni berlaku setiap kali hujung minggu dan cuti....pasar malam Brincang tu memang tak sesuai ditepi jalan tu....

Kabus sepanjang  jalan...


 heritage hotel CH

Jadi buat panduan sape2 yang nak keCH BERCUTI..KALAU NAK ELAKKAN SESAK..PANDAI2 LA CARI WAKTU UNTUK MELAWAT TEMPAT2 MENARIK DISANA..BAWAK ANAK KECIK LAGI HARU...YA LAH BERJAM2 SESAK DALAM KERETA.MEMANG MERIMASKAN...KALAU NAK PEGI HUJUNG MINGGU,PERGI LA HARI JUMAAT..DAH BOLEH BAWAK KELUARGA MELAWAT TEMPAT2 MENARIK..MASA NI TAK RAMAI LAGI PELANCONG...KALAU SAMPAI PETANG DISANA DAN SEBELUM CHECK IN HOTEL...SINGGAH LAH DULU KAT PASAR MALAM BRINCANG TU..ESOK DAH TAK PAYAH PEGI..DAH JIMAT WAKTU...PAGI2 SABTU...MULA LA MELAWAT TEMPAT YANG JAUH DARI BRINCANG DULU DAN MENYUSUR BALIK KEHOTEL HALA KETANAH RATA...SEELOK NYA SEWA LA HOTEL KAT BRINCANG ATAU SEPANJANG JALAN KETANAH RATA TU..HOTEL MEMANG BANYAK ..PILEH JE....PETANG MEMANG SESAK TAU ...BERSEDIA LA DENGAN AIR DAN MAKANAN DALAM KERETA....DAN KALAU TAK HENDAK SESAK WAKTU BALIK,KELUAR LA DARI HOTEL SEBELUM PUKUL 10 PAGI......MASA PEGI MELAWAT2 TU BELI LA SIAP2 APA YANG TERINGIN...JAGUNG KE...STRAWBERI KE...BUAH TANGAN LAIN KE....JADI KALAU DAPAT TURUN KEBAWAH SEBELUM PUKUL 11 PAGI TU MEMANG KIRA OK LA..LEPAS TU...BERSEDIA LA UNTUK BERGERAK PERLAHAN ATAU TAK BERGERAK LANGSUNG BERJAM2.....He..he..he..ini cerita dari pengelaman saya sendiri..,kalau cuti am lain macam cuti raya ke..raya cina ke.....bersedia la dari semua segi...mau berasap enjin kereta tau ....sesak dan jem giler kata budak2 la...

No comments:

Post a Comment