RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Sunday, July 1, 2012

Jemput la h semua...

Sebenarnya banyak sekali yang ingin dicatatkan...tapi masa tak mengizinkan...badan pun leteh dah rasa macam nak demam..kenduri belum lagi...he..he..macamana tu...semua nya dilakukan seorang diri..yang berat2 dibantu suami...
Yang paling risau nak kenduri ni ialah makanan untuk tetamu.....tempah mesti la lebeh dari jemputan...harap semua nya ok....dewan ,pelamin..kerusimeja..tutup meja...malam akad nikah,...jamuan malam akad nikah....cenderahati dan cenderamata untuk tetamu...bilik pengantin..he..he..ni pengantin sendiri pandai2 la nak hias atau nak tempah apa pun....tempah bunga ros untuk hiasan dalam bilik tentu lah harum dan manis......papan tunjuk arah..ha..ni satu lagi kena pasang kat tiang2 disimpang menuju dewan........semua nya akan buat tido tak lena...yang nak kawen rileks je....
Pagi ni keluarkan semau pinggan dan piring dari setor..ini ada lah untuk kenduri doa selamat Khamis ni...tak ramai jemputan pun hanya dikejiranan kami ada lah 20 rumah...kenduri kecik ni akan masak sendiri..yang simple2 je..malam khamis tu masak agar2 dan puding..sementara agar2 nak kers sebelum disimpan dalam peti ais bekar la sebiji dua kek...sementara kek dalam oven..sediakan bahan untuk masak rendang ayam dan rendang daging....kupas bawang..blender cili....danpagi2 khamis kalau start masak rendang pukul 7 pagi pukul 9 dah siap..lepas tu masak untuk makan tengahari yang simple2 je..dan lepas tu boleh la kukus pulut kuning....pukul 4 dah boleh start goreng angel hair dan bihun...lepas tetamu dah baca doa semua baru la bancuh teh terik...he.he...senang je kan..air ais boleh bancuh awal sikit...Jemput la semua kerumah kami petang 5 Julai ni..lepas solat asar ya...

No comments:

Post a Comment