Hari Rabu tengahari..melawat Siti kawan dan jiran yang sakit di Hospital Raja Permaisuri Bainun..pegi dengan suami dan boss saya Dr Adibah...sedeh sangat tengok keadaan Siti yang agak kritikal.....sebanar nya Siti dah pun habis mendapat rawatan kimoterapi sabanyak 6 kali selepas disahkan mengidap kanser paru2....anak bungsu Siti yang akan ambik SPM hujung tahun ni menunggu ibu nya dan tidak kesekolah sejak beberapa hari yang lepas...apa yang dapat dibuat hanya lah doa semuga semua nya dalam keadaan baik2 saja...yang tak dapat dilupa masa kenduri Ailia 3 minggu lepas Siti nampak sihat dan datang makan kenduri..nampak dia gembira berjumpa ramai kawan2 pejabat.....tapi..entah lah,ALLAH lebeh mengetahui segala nya....petang Jumaat saya dan suami keKL...rindu pada cucu2...dan sebaik saja sampai dan berbuka bersama mak...kami dapat berita Siti dah meninggal dunia..Innalilahirajiun......sebenar nya Aruah Siti agak rapat dengan keluarga kami..ialah dia jiran paling dekat iaitu betul2 depan rumah kami dan bekerja sepejabat pulak...selalu kalau cuti ..petang2 kami bersembang la ramai2 depan rumah....sementara tunggu maghrib...banyak lah kenangan kami bersama sebagai kawan dan jiran....semuga roh nya tenang dan ditempatkan bersama2 orang yang soleh...amin...
InsyaALLAH...anak2 yang ditinggalkan telah saya anggap seperti anak sendiri....budak2 tu dah yatim piatu sebab aruah ayah diaorang pun dah lama meninggal...
No comments:
Post a Comment