RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Sunday, October 27, 2013

Buat malu orang Perak je

Pagi Jumaat bertugas diluar tapi didaerah Ipoh je...Cuaca pun elok hari ni...
Tengahari ada makan2 meraikan seorang kawan pejabat yang bertukar keHospital Bahagia....
Mula2 cadang nak makan nasi beriani kedai mamak..tapi ingat kan pernah makan dulu tapi tak puas hati layanan nya maka ramai2 bersetuju makan diRestoren Simpang Tiga pulak..restoren nasi padang....

restoren ni memang terkenal la diIpoh..DYTM Sultan Azlan yang resmikan tahun 2009 dulu...Hari Khamis seorang kawan dah buat tempahan meja dan menu sekali...tapi masa tengahari Jumaat tu masa nak hidang tau2..ada menu yang diorder tak ada...air avocado dan mangga yang diorder tak nampak rupa...
Porsi hidangan pun macam tak sesuai untuk jumlah kami yang seramai 9 orang...lain kali makan ditempat lain pulak la....

Kadang2 kalau makan diluar ni,kalau masakan yang dihidangkan tak menepati selera..mula la dalam hati terdetik..aku masak lagi sedap kut....bukan la bermakna pandai sangat masak tapi kalau dah macam tak pandai masak tapi nak buka restoren atau gerai memang la tak adil untuk pelanggan kan...ialah orang bukak restoren kita pun nak bukak..tapi hasil masakan macamana?pelanggan bayar dan mengharapkan yang terbaik...

Ada beberapa perkara yang pernah dialami bila makan digerai atau restoren...

1. Muka pekerja masam je....tak mesra pelanggan..kadang2 kita masuk tu takde sape yang datang tanya nak makan apa atau nk minum apa..kita pulak yang kena pegi cari pekerja kat situ untuk order makan..ada ke patut...

2. Menu yang kita mintak..contoh minuman..dah mintak dan tunggu lama tak sampai2..tiba2 pekerja restoren tu bagitau minuman yang kita order tu takde..mak aii...patut kalau takde bagitau le masa ambik order tadi kan.....Ini dah tunggu dekat setengah jam baru bagitau takde..tak patut betul...kan..kan..?

3.Ada kala makanan yang dihidangkan untuk kita gunakan pinggan atau mangkuk yang retak atau sumbing..terbantut betul le selera nak makan...patut dah buang dah pinggan tu...


4.Pernah order laksa...tapi bila makan kuah nya sejuk bedi kata orang Perak..bayangkan makan laksa kuah sejuk..ni saya alami disalah satu gerai dipekan Gerik Perak..buat malu orang Perak je..
.
5.Kadang2 bila jumlah harga yang kita makan macam tak masuk akal je..kita pun tanya harga makanan tu berapa..minuman berapa...bila macam tu dan dikira balik..tup..tup...jumlah harga dah berbeza pulak ngan harga yang dikira mula2 tadi..sape nak jawap tu....

Jadi tak hairan la banyak kedai makan orang melayu kita tak lama bertahan nya..lalu disitu taahun depan dah tutup!!salah sape??

No comments:

Post a Comment