RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Thursday, October 3, 2013

Takziah...

Perancangan nya hari ni masuk pejabat sampai pukul 10 pagi,lepas tu keKSKB Ulu Kinta untuk buat persiapan untuk konferen hujung minggu ni....
Tapi dapat berita sepupu yang accident dan dirawat diICU Hospital Pantai telah meninggal dunia..jadi ambik cuti dan balik untuk kerumah ayah sedara diTronoh...
singgah rumah mak untuk antar makanan...terus keTronoh sendirian..
sampai dalam pukul 11 pagi,dah ramai jiran2 dan kawan2 aruah berada disitu...rupanya jenazah maseh diHospital Raja Permaisuri Bainun...

Ceritanya...selepas meninggal jenazah dibawak balik kerumah...tapi pehak polis pulak datang bawak jenazah untuk postmortem pulak..eh..kenapa macam ni ya...kenapa tak bawak dari Hospital Pantai je??SOP apa yang diaorang pakai..boleh pulak bawak balik rumah lepas tu angkut balik untuk  post mortem??

Ingat bagus sangat lah hospital swasta tu...bayar je mahal...tapi masa duk tunggu jenazah sampai macam2 cerita dengar kat situ....buat bodoh je dengar jiran2 dan kawan2 ayah sedara duk berbisik2...konon nya pehak polis dengan kabar angin aruah mati kena pukul..bukan sebab accident...sebab tu jenazah dibawak balik keHRPB...

Apa2 pun setelah jenazah sampai, pukul 12 tenghari macam tu,segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan...Alhamdulilah...selamat dikebumikan pukul 3 petang lebeh kurang....ramai kawan2 aruah yang datang menziarah...diberi perlepasan oleh pehak majikan....Takziah untuk PakSu dan Mak Su .Nampak mereka berdua tidak begitu sihat...
Semuga tabah menghadapi saat2 sedeh dan sukar ini...
Bertemu ramai jugak la sedara mara yang lama tak berjumpa..antara nya sepupu2 kami yang tingg
al diMelaka..Johor...Trolak ,KL..dan lain2..

Balik kerumah disambut hujan lebat dan angin yang kuat sampai basah kuyup masa bukak pintu pagar rumah....

No comments:

Post a Comment