Pekan pertama yang kami pergi ialah Bakewell diPeak District...sebab pegi sini ialah terpengaruh dengan rancangan TV Astro tentang 2 beradik lelaki Dari England yang mengembara ke seluruh England dan memasak disetiap pekan yang diaorang singgah..salah satu pekan tu ialah Bakewell...disini diaorang masak puding yang sangat terkenal diBakewell..kami sempat la singgah dikedai puding tu..tapi tak beli pun sebab tak tahu isi kandungan nya..halal ke tidak...kedai puding ni cantik dan comel...ini lah kedai puding yang terkenal tu....tak masuk pun ..tengok dari luar je..
Dari Hotel Days inn..kami sampai Bake well lebeh 1 jam dalam perjalanan..lalu kampong2 dan jalan kecik yang berkabus..sejuk...kami berenti beberapa kali sebab ambik gambar..ada satu kawasan tu macam ladang yang kosong..tapi dipenuhi bunga kecik warna ungu..macam lumut..cantik...
Olih sebab lapar..kami pegi kesatu kedai fish and chips..sayang nya bila tengok menu..ada sosej jugak...mesti la sosej tu goreng dengan ikan sekali minyak nya kan...tak jadi beli..kami singgah kat kedai macam mini market..banyak buah tin atau fig dijual..besar2..jadi beli la buah tu makan..manis....beli biskut jugak dan sandwich...tapi kena baca la bahan dia..kalau untuk vegetarians tu boleh la beli...
Bakewell ni sangat cantik..sebab comel dan banyak bunga tergantung merata2 kedai...ada satu kawasan tu banyak bunga ros besar2 sedang berkembang..kami makan2 buah dan lepas tu jalan2 kat tepi sungai nya yang banyak itik...tepi sungai tu ada la rumah penduduk tempatan..tapi dipagari dengan tembok batu..ada sorang mat saleh tu bersiar2 dan tegur Aiza..apa lagi bersembang la dema..rupa nya rumah dia kat situ je,..Aiza tanya boleh tak nak tengok bunga2 dihalaman dia..dia kata boleh dan terus bukak pintu pagar dan jemput kami masuk...apa lagi..seronok nya dapat masuk taman mat saleh..cantik sungguh taman dia...penuh dengan bunga2....
Bergaya kat taman rumah mat saleh tu..orang kata
mat saleh UK ni sombong2..tapi Alhamdulilah yang kami jumpa baik2 belaka...sentiasa mahu membantu,....tak sombong pun..mungkin yang kami jumpa semua nya dari kampong dan pekan kecik..eh..tapi kan London pun baik2..
Macam nak nanges tengok taman dia....cantik nya bunga2 tu
Ini la bunga kecik warna ungu seaka limut seluas mata memandang,..perjalanan ke Bakewell.....
Sebenar nya taman ni bahagian belakang atau dapur rumah dia..tu nampak tingkap..tu dapur..ada rumah burung jugak.....tengah2
lepas dah puas bersiar siar dipekan Bakewell..kami bertolak ke Nottingham...tapi ditengah jalan kami singgah di Haddon Hall satu tempat tumpuan pelancong jugak..tapi masa kami pergi tak ramai pelancong...
No comments:
Post a Comment