Ini kereta sewa kami 10 hari di England..plet Kelantan tu..u...comel je...Masa ambik kereta ni minyak nya penuh..masa kembalikan tak perlu isi minyak penuh..calar2 pun tak caj apa2 sebab dah termasuk dalam perjanjian insuran..
selesai urusan dikaunter AVIS..kami pun dah puas hati dengan penerangan yang diberikan..baru la sain apa yang patut..diaorang bagi kunci dan kita pegi la cari sendiri kereta kat parking diluar bangunan..cari la kompeni AVIS punya..ada banyak kompeni lain jugak..mula2 check la apa2 yang patut..ada pecah ke..calar ke..berpandukan check list yang diberikan..kalau ada calar ke..apa ke memang dah ditanda dan ditulis dalam check list..nak selamat ambik le gambar apa2 yang patut sebagai bukti...Kami tak sewa GPS sebab mahal..kalau guna waze..free je....
Penginapan pertama kami ialah Hotel Days Inn ..kat Donington..beberapa batu je dari airport..masalah nya sim kad dan internet takde jual kat airport tu..hari pun dah petang...jadi berpandukan catitan yang saya buat dari googl seeblum ni...kami redah je keluar dari airport tu menuju hotel..Alhamdulilah...berpandukan nama jalan iaitu pakai
nombor..kami sampai dengan selamat nya ke hotel...
Hotel ni bersih..dan selesa....berkembar dengan stesyen minyak dan kedai serbanika...layanan pun bagus...dikedai serbanika ni lah Aiza beli simkad TREE nama nya..dan dapat la internet untuk mudahkan kami guna WAZE untuk memulakaen perjalanan esok kebebrapa pekan kecik dan kampong diEngland...
No comments:
Post a Comment