Kami checkout dari hotel awal pagi...pagi ni kami akan menuju kekampong BIBURY...salah satu kampong yang dikatakan tercantik diEngland...perjalanan tak jauh..dalam 45 minit gitu..masa kami ambik kereta di tempat parking awam dalam bangunan disebelah hotel kami diCheltenham..jam baru pukul 8 pagi...tapi kami tengok palang gate terbuka...takde sesapa yang bertugas ditempat pembayaran..banyak kereta masuk je..yang keluar macam kami takde..jadi kami berhenti kat gate tu dan ketuk pintu bilik kat gate tu..ada minah saleh tu yang baru sampai bukak pintu..kami tanya macamana nak bayar parking..dia kata tak payah bayar...sistem parking tu rosak..bio betoi minah saleh ni....
Kami tinggal tiket parking dan duit kat dia...mintak dia tolong bayarkan..dia bersetuju...
Kami pun tinggalkan bandar Cheltenham...menuju Bibury.Bibury dikatakan antara kampong paling cantik diEngland..bangunan nya memang bangunan lama..kampong ni menerima ramai pelancong pada musim bunga dan musim panas..masa kami smapai tak ramai pelancong...
Hotel The swan di Bibury
Lorong kecik masuk kampong..sunyi je...sepi..penduduk tempatan pun takde yang keluar..mungkin sejuk sebab lepas hujan....
Kami pun hanya jalan2 ambik gambar..masa ni sangat sejuk..nak keluarkan kamera pun menggigil2....hanya lebeh kurang sejam lebeh kami dikampong ni....perut pun lapar..kami teruskan perjalanan kami untuk kesatu lagi kampong...iaitu kampong Castle Combe..mungkin akan singgah seekjap je sebab kami akan meneruskan perjalanan kami ke BATH pulak dan terus cari kedai makan disana....
No comments:
Post a Comment