RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Sunday, August 8, 2010

Menjamu selera ditepi sawah..

Jalan ke Pantai Remis....nampak kelapa sawit je....
Ramai yang menjamu selera digerai yang kami singgah makan tengahari ni....



Sawah padi luas terbentang...indah nya pemandangan....

Meh makan......





Kari kepala ikan...




Daging goreng..






Semua nya selera kampung...









Pagi ni oh...rasa malas sangat....


jadi buat pertama kali nya suruh suami beli roti canai buat sarapan...kemas2 rumah dan rasa boring sangat...


bersama suami kami menuju kePantai Remis...hajat hati nak beli ikan dan lain2 untuk dimasak dibulan puasa...tak puas hati sungguh beli ikan dipasaraya atau pasar malam..dah la mahal..ikan pulak tak elok dan bila dah simpan sehari dua dalam peti ais ikan dah lembek...



Singgah digerai kat Bota kiri untuk makan tengahari...ramai nya pelanggan ..yang istimewa kat gerai tepi jalan tu iala ikan2 bakar..dan lauk kampung...lagi best pelanggan boleh pileh makan mengadap sawah yang luas terbentang..di temani angin yang sepoi2 bahasa..teringat masa kezaman kanak2 dulu...lepas makan kena beredar cepat2..kalau tak mahu terlelap kat situ...


Lepas makan terus kePantai Remis..nasib baik ada ikan,sotong dan udang yang maseh belum dinaikkan atas treller untuk dihantar ke Singapura...







Jadi beli lah ikan 5 kilo,udang dan sotong....cukup la untuk seminggu dua ni...

No comments:

Post a Comment