RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Tuesday, March 22, 2011

Dialam fana cinta mu....

ingin abadikan replika tapak kaki dan tangan baby anda untuk kenangan?....silakan......

Ni gambar2 Doktor yang terdapat kat dinding lobi Hospital Pantai ,Ipoh.. menarik.....



.Pagi hingga lebeh pukul 2 petang bertugas disebuah hospital terkenal diIpoh...banyak perkara menarik yang kami tengok dan alami kat situ....yang menarik perhatian ialah gambar2 Doktor ang bertugas disitu diletak kat dinding lobi hospital macam lukisan mural...kelakar tengok Doktor2 beraksi eria mengikut disiplin masing2.....semua staf kat unit saya terlibat....habis segala tugasan kami makan tengahari disitu dan balik kepejabat yang hanya 10 minit perjalanan...rihat sekejap dan petang bertugas didaerah Bercham...balik dah petang,hujan pulak turun...singgah beli buah digerai yang selalu kami beli buah masa keja kat Simee dulu...sampai pejabat suami dah menunggu...balik kerumah sempat menjenguk kebun kecil dibelakang rumah...seronok tengok buluh madu kami yang semakin cantik dan oh...banyak nya rebung yang muncul dari tanah disekeliling perdu buluh tu..patut la yang menanam buluh madu ni untuk tujuan komersial mendapat keuntungan....rebung buluh ni boleh diambil setiap 2..3..hari sekali...yang pasti rebung buluh madu ni manis dan tak miang...boleh dimasak kari dengan ayam dan daging..jugak udang...boleh dibuat kerabu dan acar jugak..serta pelbagai masakan lain...
Lepas masak2 untuk makan malam..rasa nya mata pun dah tak boleh nak dibukk...buat la apa yang patut...kemas2 rumah sikit..lipat2 kain dan rasa nya pukul 10 dah berada dialam fana cinta mu..he.he...sedap lagu tu...penyanyi nya pun dah takde...

No comments:

Post a Comment