RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Tuesday, May 3, 2011

Catatan perjalanan ke Eropah 2 (Zurich)

Pemandangan ditepi tasek yang sejuk angin nya
Pekan kecil dikaki Gunung yang maseh diseliputi salji puncak nya...
Posing kat Zurich..
Banyak kedai makan ditutup masa kami diLuzern...cuti Ester...
Trem bewarna biru ni banyak terdapat kat Zurich
Dah sampai kat depan hotel.....
Dari Paris..keretapi ni bawak kami ke Zurich...

Seawal 7 pagi kami dah berada distesyen kertapi antarabangsa Paris...maseh dalam GARE DU NORD tapi ditingkat paling atas...ramai pelancong yang menunggu keretapi bersama kami,tapi paling ramai naik keretapi keMilan,Italy...
Dalam perjalanan kami diberi sarapan pagi dan minuman...boleh pileh nak makan dan minum apa.....5 jam perjalanan tak rasa jemu sebab pemandangan sepanjang jalan cantik sangat....ladang2 bunga canola terbentang dan nampak cantik bewarna kuning....
Sampai diZurich dah tengahari...hotel pun dekat je dengan stesyen keretapi...dan lepas makan kami jalan2 kat Taman dan sekitar Bandar Zurich.....udara nyaman dan sejuk buatkan kami tak penat berjalan....suasana tenang Bandar Zurich diselang seli dengan deruman kereta2 yang begitu gah dijalan raya....oh..mewah2 nya kereta mereka..Mercedes...Audi...Renault..Porshe...malah Lamborgini yang mahal tu ,,,,,tapi kalau kita nak lintas jalan diaorang akan berhenti dan bagi laluan kat kita.....
Kami jugak jalan2 kat bawah stesyen keretapi dimana ada kedai2 dan supermarket disitu..paling ralit tengok banyak cenderamata dijual disitu.....cantik2 dan kreatif sungguh....
Hari kedua diZurich ,kami menaiki keretapi kebandar Luzern.....sampai disini dah rasa sejuk dan ditambah pulak nampak puncak gunung disini maseh ada salji...ramai jugak pelancong disini...kami kemudian naik keretapi selama 20 minit ke ALPNACHTAD iaitu berhampiran kaki gunung dimana ada keretapi untuk sesiapa yang ingin ke Pilatus Bahn iaitu puncak paling tinggi didunia..sayup2 je nampak puncak tu....
Kami jugak sempat berjalan2 kat pekan kecil disitu....dah puas berjalan kami balik keZurich semula dan sempat lagi berjalan2 disekitar bandar dan supermarket...beli la sikit2 barang untuk dibawak balik keMalaysia.....

No comments:

Post a Comment