RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Sunday, September 11, 2011

Berkumpul lagi 24 September...


Bersama dua orang anak gadis kesayangan...



Walau pun dah dekat 2 minggu raya berlalu..suasana nya maseh terasa dipejabat kami kerana Rabu 14 Sept ni baru akan diadakan sambutan nya...tiap2 unit dah ada menu masing2..dah ada acara persembahan masing2..Tema sambutan pun ada...Jom Raya,Jom Muhibbah...Staf yang ambik bahagian dalam persembahan sibuk la berlatih waktu rihat...best nya dapat tugas hias gerai..tak payah la berlatih pe2..bagi kat orang muda je...kami yang dah senior ni dah puas dah buat itu ini selama hampir 30 tahun bertugas...... berlakon...menyanyi..menari..berbahas...pidato..presentation..KIK..KMK..INOVASI..Kursus..bengkel.konvensyen..ha.a..apa.lagi yang tak masuk..dah jenuh dan dah rasa nak muntah...
Jadi...14 Sept ni mesti la kena pakai yang cun..he..he..sebab ada hadiah untuk yang pakai paling cun!!ada 50 hadiah cabutan bertuah jugak...harap2 bertuah....
Ipoh sekarang dah mula hujan...pukul 2 pagi mula hujan sampai kepagi.....cuaca pun mendung dan kadang2 panas...jadi suhu tak panas sangat....sejuk ala2 Cameron Highlands gitu...
Kat pejabat,sunyi je..kawan2 ramai yang bertugas diluar,keluar pagi..petang baru balik.Saya pulak tak keluar minggu ni sebab ada keja perlu disiapkan..Isnin ni ada tugas disebuah hospital swasta terbesar dan berprestij diIpoh...dan Selasa akan berangkat kePD berkursus 4 hari disana...Hu..hu..hu...kursus lagi tapi demi tugas...demi untuk memantapkan lagi kerja relakan lah....oh..4 hari pulak tu dan 24 September lepas balik dari PD akan berkumpul ramai2 diShah Alam sekali lagi sebab akan buat majlis doa selamat untuk anak sedara kami Salmah yang akan terbang semula keLondon setelah balik bercuti...juga adik saya Ara yang akan terbang semula ke Jeddah..bertugas disana...paling best kami sekeluarga meraikan kepulangan adik bungsu kami bersama anak sedara dari Sydney...lama tak jumpa ..rindu pada 2 orang anak sedara yang dikasihi Arman dan Juliana...
Nanti boleh lah kita jalan2 cari makan ya...mesti makan macam2 kat Malaysia nanti tak nyesal balik Australia..

No comments:

Post a Comment