RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Wednesday, September 14, 2011

Moh raya..

Dato' Pengarah bersedia untuk menyanyi bersama jemputan...
Pentas cantik...
Eh..Nana yang sedang cuti bersalin pun ada?...
Dato' Pengarah dan tetamu sedang menjamu selera...
Ni kawan2 sepejabat sedang berjoget...
Alahai...Dr Norisah..macam penari kebudayaan la....
Ceria dan lawa...kawan2 sepejabat..
Seawal 6 pagi..Din Kue Teow dah sampai..sedap...
Barisan penyambut tetamu...lelaki semua nya...
Kawan2 kat gerai sate sedang menyiapkan hidangan sate untuk tetamu...
Berbincang untuk cantikkan gerai kami...
Siang hari pasang pelita....
Sate digerai kami sedang dibakar....

Sape la yang lawa berkain pink tu..perasan aku!!


14 September...kecoh jugak la hari ni macam kemarin...kena awal kepejabat sebab jalan2 menuju pejabat kami ditutup seawal 7 pagi sebab raptai hari Malaysia...ada kawan sampai pejabat 10 pagi..walau pun pejabat dah nampak tapi jalan dah ditutup...polis lalulintas yang bertugas dah tak boleh bertolak ansur..jadi parking la kat mana yang sempat..MBI saman pun kena 30 ringgit je..he..he...kesian ...
Alhamdulilah...saya dan suami tak hadapi apa2 masalah sebab 6.30 dah keluar rumah...10 minit dah sampai pejabat..dapaT parking kereta ditempat paling strategik gitu...
Sambutan raya kat pejabat dibuat besar2an...siap disewa 4..5..khemah..kami pulak diwajibkan bukak gerai..dan kami dari bahagian perubatan bukak gerai sate...sate Engdut yang terkenal diIpoh...toke sate dan pekerja bakar sate je..hidang dan lain2 kami buat...ada gerai lemang..nasi beriani..laksa..kueteow..kue muih..biskut raya dan ABC...
Kawan2 sepejabat ramai yang berbakat...sedap jugak la diaorang menyanyi...dan paling best Dato' pun menyanyi dengan penuh semangat ..lagu raya...tema sambutan untuk tahun ini MOH MUHIBAH,MOH RAYA....

No comments:

Post a Comment