RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN
JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....
Showing posts with label Kenduri. Show all posts
Showing posts with label Kenduri. Show all posts
Tuesday, November 30, 2010
Bertandang kerumah penganten lelaki..
Selalu nya sehari selepas kenduri dirumah penganten perempuan..penganten akan kerumah penganten lelaki pulak..kalau jauh mungkin selepas seminggu...ahad 28 November kami kerumah suami Hazreen...berkonvoi 12 kereta kami disambut hujan lebat sebaik saja sampai....yang tak bawak payung basah kuyup dan kesejukan termasuk saya..he..he..kereta Aidil takde payung...jadi berhujan la kami...sambutan meriah walau pun hujan..makan nasi minyak dengan rendang Tok dan gulai nangka bersama ikan kering...dan cenderamata untuk tetamu iala sebiji bahulu beso...
Penganten sampai disambut hujan lebat...
Labels:
Kenduri
Hari perkahwenan Hazreen
27 November majlis kenduri meriah dan ceria...selamat la sudah anak jiran depan rumah jadi isteri orang...esok ramai2 kami akan bertandang kerumah penganten lelaki...
Penganten dipelamin...
Labels:
Kenduri
Saturday, November 27, 2010
Hari pernikahan Hazreen...
Malam pernikahan Hazreen lama la duk dengo khutbah nikah.....mata mengantuk....hap..hap..menguap....dua pasang penganten bernikah...tak sampai seminit dah selesai....balik kerumah penganten makan nasi dan pecal yang sedap..sembang2 dengan tetamu dari Gopeng..lepas tu balik umah tido..ngantuk nya....
Terima lah mas kawen ni....
Terima lah mas kawen ni....
Labels:
Kenduri
Monday, June 8, 2009
Selamat pengantin baru

Ahad pagi,masak sarapan je,lepas tu rileks2 baca kosmo ngan metro,,tengahari cadang nak makan kenduri.tak perlu masak untuk trngahari.semua yang ada kena ikut mama makan kenduri..ha...ha...anak2 yang tak suka ikut saya makan kenduri tak jawap pe2 pun..mungkin dalam hati berkata2 mama ni paksa orang pulak!Bukan mama paksa sayang, tapi mama nak anak2 mama bercampur dengan masyarakat keliling dan berkenalan dengan kawan2 mama.
Ni gambar sepasang pengantin baru yang sama cantik sama padan..kedua nya anggota polis Bukit Aman,pengantin perempuan dr Batu Kawan,yang lelaki Sabahan.
Kenduri...kenduri....sepanjang jalan ada saja bunga manggar dan nama pasangan pengantin dipacak ditepi jalan dan simpang.Ramai sungguh yang melangsungkan perkahwinan musim cuti sekolah ni...cikgu kawin ngan cikgu,polis ngan polis...pandai diaorang cari pasangan.sama cantik sama padan...semuga semua nya berkekalan keanak cucu...dan kehujung nyawa.Untuk Mazuardi dan pasangan diKulim selamat pengantin baru,jaga lah rumah tangga baik2.
Yang akan kawin Julai ni pun ada,kad jemputan dah dapat,InsyaAllah kalau tak ada halangan saya dan suami serta anak2 akan memenuhi undangan nanti..buat Risman dan Shida bersabar lah menanti hari bahagia..
Labels:
Kenduri
Subscribe to:
Posts (Atom)