Dari pagi hujan renyai dan dingin pagi mengiringi kami warga Ipoh ketempat kerja..mengambil pesakit saya di Bercham dan sempat singgah sarapan diTaman Perpaduan.Gerai pertama ramai sangat pelanggan,ramai yang bersarapan nasi lemak..em..mm pagi kemarin dah makan nasi lemak dengan students saya .masuk kegerai kedua ,ada seorang saja pelanggan lelaki sedang menunggu makanan yang di order,saya memesan bihun sup dan limau suam,pemandu yang bertugas bersama saya memesan bihun sup jugak dan teh panas..
Hampir 10 minit menunggu makanan belum jugak sampai...tunggu lagi,pelanggan lain tak ada pun..5 minit lagi berlalu...dan bihun sup saya sampai.Kata perempuan yang menghantar bihun sup saya kepada pemandu saya' boleh tukar bihun dgn mee atau kuetiaw tak,bihun keras lagi..'terkejut sungguh saya ,ada ke patut bihun masih keras?Macamana nak berniaga..tak celur ke bihun tu siap2..atau..benar tekaan saya bila nampak kelibat budak perempuan masuk kegerai membawa sebungkus bihun yang baru dibeli dari kedai diseberang jalan...o..o...bihun dah habis baru nak pegi beli..tertanya2 dalam hati macaman la nak berniaga kalau macam ni..dan masa menengok kedalam gerai nampak lelaki yang membancuh air sedang menghisap rokok..macamana bancuh air kalau jari mengepit rokok?basuh ke tangan tu?..wahai bangsa ku,macamana la nak maju?
Dah dapat gerai untuk berniaga,berniaga la betul2,jaga la kebersihan,jaga la pelanggan dengan layanan dan servis yang memuaskan.tak masuk diakal sungguh bihun masih keras...
Petang kegerai seniman bersama suami dan Ailia,makan burger dan beli nasi lemak untuk Shafeeq,sempat juga ronda2 kat Megoplex dan apa lagi ..beli la tudung dua tiga helai.....
RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN
JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....
Thursday, August 13, 2009
Hari yang yummi..yummi
Mula2 beli laksa basah diTesco.tapi bila buka plastik dah tak elok..berlendir..nak hantar balik cari resit tak jumpa,keluar beli laksa kering,tapi selepas rendam dan celur ngan air panas masih tak lembut....akhirnya Saadiah keluar dan beli lagi laksa basah..laksa kering yang masih keras dibawak balik tapi malam masa Hilmie datang bersama ayah dan ibu dari Kelantan hanya sempat goreng bihun je..
Laksa..kek coklat,KFC,sambal tumis..yummi...yummi...yang dari Gemas negeri 9 paling tak tahan pedas..malukan orang negeri 9 je..he..he...jangan marah mama gurau je...
Memotong kek bersama pesakit kami..ooops...Aida yang nampak lebeh teruja..3 teruna tu rileks je...atau dah kenyang ?
Kek coklat yang dimasak olih student saya Norazira...dan dibantu olih kawan2 nya yang lelaki tu...sedap hingga menjilat jari..
Selepas selesai aktiviti bersama pesakit diluar,kami adakan aktiviti domestik skill pulak..sempat la students saya memasak laksa,nasi lemak dan kek coklat...em..m..kenyang nya..lepas tu ada yang sponsor KFC pulak..yang kelakar masing2 kepedasan dan berpeluh2 sebab sambal tumis nasi lemak yang pedaaaaas....sangat!makanan yang tak habis diaorang nak jual kat pasar malam..tengok tu..posing depan laksa..nak bagi yang lain jeles la tu..
Rabu ....bersama students saya membersihkan pokok2 serai yang dah macam hutan..he..he...rajin nya diaorang menyangkul dan menanam pokok2 baru,tapi sebelum tu sempat la bergambar dulu..tengok ,comelnya students saya
Labels:
Macam2
Tuesday, August 11, 2009
Sepagi dimakmal..
Tengok banyak nya tiub darah.....membantu staf makmal menyusun tiub2 darah pesakit
Petang yang agak leteh kerana pagi bertugas mengambil darah dimakmal...ramai nya pesakit,149 orang yang saya dan seorang PPP mengambil darah mereka.Kematian disebabkan H1N1 semakin ramai...kes yang demam dan batuk semakin ramai...sebenarnya cuaca pun tak menentu,sebab cuaca jugak lah ramai yang tak sihat..tapi sebab panik dan takut,hospital dan klinik dipenuhi orang ramai ,harap2 biarlah semua nya berakhir dengan baik..
Petang memasak untuk anak2,Nain pun baru balik dari BTN,menggoreng cucur udang dan menggoreng bihun dibantu Nain.Makan dibelakang rumah ditemani angin petang yang agak panas.Berpeluh jugak walau matahari dah terbenam..
Malam membuat biskut London almond untuk dibawa ketempat kerja,sebenarnya projek berniaga dibulan puasa...suami saya pun bersemangat nak berniaga ...InsyaAllah harap diberi kesihatan yang baik untuk jayakan projek setahun sekali ni..
Labels:
Macam2
Monday, August 10, 2009
Kucing kurangkan stres
Tengok kt mana Ninja tido waktu cuaca panas?...
Isnin 10 Ogos 2009---------Dysmenorrhea......jumpa Doktor dan berehat selapas makan ponstan 2 biji...
Petang balik berihat dirumah-----bukak laptop sekejap,Shafeeq balik untuk mandi dan sambung keja shift petang ,kesian anak mama ,dah keja pagi kena keja petang pulak....sempat goreng keropok leko untuk dibuat bekal,kirim kat anak saya Hilmie jugak.
Beberapa hari lepas, terbaca artikel berkenaan binatang peliharaan yang mampu sihatkan jantung...Tahukah anda petua terbaru kalau ingin menghindari penyakit jantung?
Cara nya jadikan kucing sebagai haiwan peliharaan
Kajian penyelidik di Universiti Minnesota , Amerika mendapati memelihara kucing mampu mengurangkan risiko penyakit jantung
Ini kerana cinta dan kasih sayang yang ditunjukkan seekor kucing kepada anda mampu meredakan stres.
Kajian yang dijalankan telah dibentangkan dalam Internasional Stroke Conference 2008 di New Orleans,Amerika.
Kajian ini mendapati berbanding anjing,memelihara kucing mampu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 40%...
Memang betul,sewaktu kita membelai dan menggosok2 belakang kucing kesayangan kita yang comel,terasa lapang dada....kucing yang kita bela sebenarnya menjadi ahli keluarga kita jugak...kucing saya kalau tak balik sehari,satu Taman la suami saya mencari nya....siap tanya ngan jiran2 nampak tak kucing kami yang bernama Ninja tu...he...he...macam la semua orang kenal Ninja tu...

Sunday, August 9, 2009
3 hari diKL
Bunga kuning cantik berseri,dibelakang pokok paku gajah merimbun berseni....

Dua rumpun pokok buluh yang cantik

Sempat posing diatas taburan bunga yang masih berkembang setelah berguguran...pemandangan cantik di Taman Wetland Putrajaya.
Adam terlena waktu kami tersekat akibat treler yang terbakar
Tersekat hampir 2 jam berhampiran susur keluar Bukit Beruntung....asap tebal treler yang terbakar sempat dirakam dari kejauhan..sempat berkenalan dengan beberapa oarang pemandu yang resah ditengah panas pagi...he..he...sempat bersedekah rokok lagi...
Hari2 berlalu dgn begitu banyak aktiviti.
5,6,7 Ogos sibuk dengan Adam,Seminggu dia dijaga Wan nya yang mengambil cuti untuk menjaga dia.
Aida ada konferen diKucing.Seronok la dengan gelagat dia yang baru boleh berjalan.berpeliuh la Wan nya mengikut dia berjalan kesana sini..
Auntie Chu,uncle Nain,uncle Shafeeq dan Cik Mie nya pun tak menang tangan nak jaga dia...tapi Cik Mie dia pandai,letak dalam raga moto dan bawak round kat taman rumah kami..tak la penat ikut dia berjalan....
Pagi Jumaat,seawal jam 8 kami dah berada dilebuhraya utara selatan,kesian Aida yang penat baru balik dari Kucing kami ambik keputusan untuk menghantar Adam balik keKL,tak payah la Aidil dan Aida balik keIpoh...lagi pun sabtu ada kenduri anak sedara diSubang Bestari.
Ingatkan bertolak awal sampai awal tapi diBukit Beruntung ada treler terbakar diatas lebuhraya , jadi kami tersekat selama 2 jam disitu ,kenderaan berbaris panjang,yang ada anak kecil nampak resah,tak boleh bergerak kemana2..jadi ramai yang keluar dari kenderaan dan berbual2 sambil berkenal2an..untung Adam tak mengamuk,mula2 dia tido,lepas tu main dalan kereta sampai la kami sampai di KL.Sempat la hanta kek durian dan tempoyak kat Aiza dipejabat dia.
Selepas menghantar Adam,saya dan suami kejalan TAR,beli sedikit barang dan kemudian kebandar Tasik Permaisuri,kerumah adik lelaki saya, saje2 jalan dan jumpa anak2 sedara saya.Lepas makan balik dan bermalam dirumah Aiza diKajang.
Sabtu pagi ke PKNS Shah Alam,beli baju kurung(tak bawak baju kurung dari Perak)sempat singgah sekejap diTaman Wetland Putrajaya dan terus ke Subang Bestari menghadiri kenduri kesyukuran dan aqiqah cucu sedara saya yang baru lepas pantang.
Dapat la berjumpa adik beradik saya yang lama tak jumpa sebab masing2 sibuk dengan keja dan keluarga.
Petang saya dan adik lelaki saya sekeluarga dan adik perempuan saya kerumah Aiza diKajang.Riuh rendah la kami berborak...adik perempuan saya sebelum ni tinggal diJeddah, jadi banyak la benda yang kami bual dan berborak...kata orang Perak..
Sempat la masak2 dan makan beramai,masak sambal tumis ikan bilis dan goreng pekasam Perlis...habis satu kondo berbau pekasam ...terkejut la jugak pak2 Arab yang ramai tinggal kat kondo tu...buat sambal tempoyak dan ada budu jugak...he..he...makan sampai kenyang dan habis nasi seperiuk..Tak sedar makan bertambah 2 pinggan bila makan sambil berborak....hilang rindu pada adik2 dan anak2 sedara saya.
Pagi Ahad sebelum balik ke Perak,sempat bersama suami dan Aiza ke pesta Floria di Putra Jaya..cantik sangat bunga2 yang dipamerkan,sempat beli anak pokok rembutan dan anak pokok bunga.Aiza pun sempat beli pokok orkid yang sedang lebat berbunga...

Wednesday, August 5, 2009
H1 N1
Daripada keshopping complexs yang ramai orang,lebeh baik beriadah ditaman atau dipinggir bandar-deretan pokok kelapa sawit ditaman Botani Ipoh yang menarik.
Selasa 4 Ogos-bertugas dijabatan pesakit luar.
Buat pertama kali pesakit begitu ramai,paling ramai datang dengan aduan demam,batuk dan selsema..kanak2 paling ramai dan mengambil darah mereka bukan pekara mudah...keadaan jadi begitu panik bila kematian yang disebabkan H1N1 di Malaysia semakin meningkat..mula kat Mexico dulu ingat kan kita tak kena tempias nya sebab jauh tapi,keadaan jadi semakin menakutkan...sama2 la kita berdoa semuga semua nya akan berakhir...
Bersama la kita jaga kebersihan..biasakan ank2 membasuh tangan dengan bersih,hindari tempat2 awam,kat shopping complexs yang ada aircond pun bahaya sebab penularan viral melalui udara lebeh cepat berlaku.... segera la berjumpa Doktor kalau rasa badan tak sihat....pakai la topeng penutup mulut dan hidung..
Kenduri kecil bersama jiran
Ini kek hari jadi Aidil 2 Ogos dan Adam 3 Ogos...Kek secret resipi ditaja oleh Aiza..masa pegi beli,Shafeeq jadi driver dan Hilmie jadi bodyguard nya...
Bila sesekali bertemu dengan jiran2 banyak la cerita yang dibualkan
Adam memotong kek hari jadi bersama papa dan mama
Jiran2 saya sedang menikmati hidangan ,jiran2 lelaki menjamu selera didepan rumah
Seminggu tidak bukak laptop,seminggu yang penuh dengan aktiviti dan seminggu yang leteh...he...he..
Jumaat 31 Julai- cuti untuk siapkan barang2 untuk majlis doa selamat hari ulangtahun kelahiran Aidil dan Adam.Pagi bawa Ailia keklinik,demam,batuk selsema dan dia berisiko sebab keja kat hotel yang ramai pelancong asing.
Lepas beli barang di Tesco balik kerumah,rasa malas sangat nak keluar,kes H1N1 pun semakin meningkat...sebolih mungkin cuba hindari berada ditempat yang ramai orang..
Lewat petang masak puding untuk jamuan,dan kerumah jiran2 untuk menjemput kemajlis esok.Aiza balik dari KL menumpang Su yang balik kerumah nenek nya diRapat Setia.
Sabtu -1 Ogos, seawal jam 6 pagi dah mula memasak rendang ,mula2 rendang ayam Perak,lepas tu rendang daging,dan kemudian rendang Negeri 9. Mengukus pulut kuning sehingga tengahari dan hampir majlis bermula saya sempat goreng mee 10 kilo...lepas tu siap itu ini majlis pun bermula selepas asar...ramai jiran yang hadir semua nya dari kejiranan terdekat...dan semua heran saya memasak sorang2...setakat jiran2 dan keluarga terdekat saya memang suka masak sendiri,semua tu tak membebankan bagi saya.
Leteh tapi seronok berjumpa jiran2 yang susah nak jumpa sebab masing2 bekerja,sempat berkenalan dengan jiran baru kami Pegawai TUDM dan isteri.Lepas bacaan doa selamat ,kami makan beramai sambil bersembang.
Jiran2 saya kalau dah jumpa ,lama la bercerita itu ini...siap main teka teki lagi..he..he..he...yang lelaki entah cerita apa,kami yang perempuan seronok berteka teki,saje2 nak menceriakan suasana.Selalu nya teka teki yang lucu2 dan kelakar,contoh nya "Kenapa burung bangau kalau menunggu nak tangkap ikan ,satu kaki nya diangkat dan di tenggekkan kat satu lagi kaki?"teka teki ni ada dua jawapan... 1. kalau angkat dua2 kaki jatuh la burung bangau tu...
2. kaki dia,ikut suka dia la nak angkat satu ke ,dua ke ?keke....ke..ke..ke...gelak ramai2..hilang jugak stres...
Hampir senja baru anak saya Mohd. Aidil memotong kek bersama Adam yang disponsor olih Aiza..
Alhamdulillah,habis majlis,semua nya beres termasuk pinggan mangkok siap dilap dan disimpan dibantu olih suami dan anak2 saya ...Selesai semua nya baru lah dapat baring dan luruskan pinggang orang kata..em...m...nikmat nya dapat baring2 dan rileks2..

Jiran saya
Subscribe to:
Posts (Atom)