RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Sunday, August 9, 2009

3 hari diKL

Bunga kuning cantik berseri,dibelakang pokok paku gajah merimbun berseni....

Dua rumpun pokok buluh yang cantik

dan unik terdapat diTaman Wetland Putrajaya




Sempat posing diatas taburan bunga yang masih berkembang setelah berguguran...pemandangan cantik di Taman Wetland Putrajaya. Adam terlena waktu kami tersekat akibat treler yang terbakar







Tersekat hampir 2 jam berhampiran susur keluar Bukit Beruntung....asap tebal treler yang terbakar sempat dirakam dari kejauhan..sempat berkenalan dengan beberapa oarang pemandu yang resah ditengah panas pagi...he..he...sempat bersedekah rokok lagi...




Hari2 berlalu dgn begitu banyak aktiviti.
5,6,7 Ogos sibuk dengan Adam,Seminggu dia dijaga Wan nya yang mengambil cuti untuk menjaga dia.

Aida ada konferen diKucing.Seronok la dengan gelagat dia yang baru boleh berjalan.berpeliuh la Wan nya mengikut dia berjalan kesana sini..
Auntie Chu,uncle Nain,uncle Shafeeq dan Cik Mie nya pun tak menang tangan nak jaga dia...tapi Cik Mie dia pandai,letak dalam raga moto dan bawak round kat taman rumah kami..tak la penat ikut dia berjalan....

Pagi Jumaat,seawal jam 8 kami dah berada dilebuhraya utara selatan,kesian Aida yang penat baru balik dari Kucing kami ambik keputusan untuk menghantar Adam balik keKL,tak payah la Aidil dan Aida balik keIpoh...lagi pun sabtu ada kenduri anak sedara diSubang Bestari.
Ingatkan bertolak awal sampai awal tapi diBukit Beruntung ada treler terbakar diatas lebuhraya , jadi kami tersekat selama 2 jam disitu ,kenderaan berbaris panjang,yang ada anak kecil nampak resah,tak boleh bergerak kemana2..jadi ramai yang keluar dari kenderaan dan berbual2 sambil berkenal2an..untung Adam tak mengamuk,mula2 dia tido,lepas tu main dalan kereta sampai la kami sampai di KL.Sempat la hanta kek durian dan tempoyak kat Aiza dipejabat dia.
Selepas menghantar Adam,saya dan suami kejalan TAR,beli sedikit barang dan kemudian kebandar Tasik Permaisuri,kerumah adik lelaki saya, saje2 jalan dan jumpa anak2 sedara saya.Lepas makan balik dan bermalam dirumah Aiza diKajang.

Sabtu pagi ke PKNS Shah Alam,beli baju kurung(tak bawak baju kurung dari Perak)sempat singgah sekejap diTaman Wetland Putrajaya dan terus ke Subang Bestari menghadiri kenduri kesyukuran dan aqiqah cucu sedara saya yang baru lepas pantang.
Dapat la berjumpa adik beradik saya yang lama tak jumpa sebab masing2 sibuk dengan keja dan keluarga.
Petang saya dan adik lelaki saya sekeluarga dan adik perempuan saya kerumah Aiza diKajang.Riuh rendah la kami berborak...adik perempuan saya sebelum ni tinggal diJeddah, jadi banyak la benda yang kami bual dan berborak...kata orang Perak..

Sempat la masak2 dan makan beramai,masak sambal tumis ikan bilis dan goreng pekasam Perlis...habis satu kondo berbau pekasam ...terkejut la jugak pak2 Arab yang ramai tinggal kat kondo tu...buat sambal tempoyak dan ada budu jugak...he..he...makan sampai kenyang dan habis nasi seperiuk..Tak sedar makan bertambah 2 pinggan bila makan sambil berborak....hilang rindu pada adik2 dan anak2 sedara saya.
Pagi Ahad sebelum balik ke Perak,sempat bersama suami dan Aiza ke pesta Floria di Putra Jaya..cantik sangat bunga2 yang dipamerkan,sempat beli anak pokok rembutan dan anak pokok bunga.Aiza pun sempat beli pokok orkid yang sedang lebat berbunga...

No comments:

Post a Comment