RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Monday, September 28, 2009

Boring ...boring

Boring.....saje je tempek gambar ni...nak tunjuk hotel yang bernama FORMULAE 1....tu saya la dengan suami,ronda2 kat Chikini, Jakarta......
BIAR LAH BULAN BICARA SENDIRI

BIAR LAH BINTANG MENJADI SAKSI

TAKKAN KU ULANGI WALAU SAMPAI AKHIR NANTI

CUKUP LA H DERITA SAMPAI DISINI........

Ni tengah boring...jadi dengar la lagu2 kegemaran nyanyian Broery....feeling gitu...

Pagi ni kepejabat uruskan hal pertukaran saya..pejabat maseh lengang,mak oi..lama nya diaorang bercuti raya...balik kerumah masak sikit2 dan makan,tak tau nak buat pe,segala nya membosankan..boring sungguh..cuaca panas,jadi bukak la lagu2 ..Broery,lepas tu Hetty koes Endang..bukak lagu lama nyanyian M.Bakri...mesti ramai tak kenal penyanyi ni..sebenar nya saya pun tak kenal tapi suara dia sedap sangat .Lagu popular dia Sumbangsih dan Manis Manja....kalau dengar mahu terlena...

Kul 8 malam tengok berita pulak kat tv,tak ada citer menarik,selak2 kosmo..em..m..tengok Limah jongang la jap lagi kat tv prima...he..he..boring...

Sunday, September 27, 2009

Masih raya...

Ronda2 diGerbang Malam,Ipoh...macam2 adaaaaa...
Tengok budak ni...orang ambik gambar dia,dia tunjuk jag air pulak...ni bekas student saya ,dah keja kat klinik kesihatan Kepala Batas,PPinang...datang beraya kat rumah saya raya ke7..

Raya ke 8....sebenar nya dah bersedia untuk memulakan tugas kembali setelah bercuti raya selama 9 hari.Rumah pun dah siap kemas ,cuma sibuk menempah unifom baru dan membeli kasut baru untuk memulakan tugas jawatan baru....terima kasih untuk kawan2 yg hantar msj ucapkan tahniah kerana kenaikan pangkat saya.


Tengahari pergi memancing bersama suami,dapat la ikan hampir 10 ekor.Balik kerumah terus masak kari...kari utara...hampir pukul 2 petang adik lelaki saya sekeluarga datang makan tengahari.Mereka dalam perjalanan ke Kuala Kangsar menghantar anak sedara saya ke asrama.


Tertunggu2 jugak students saya yang janji nak datang beraya,tapi bayang pun takada...hari ni budak2 tu dah balik keasrama dari kampung masing2...segan nak datang kut..atau tak ada transport.Dari Sabah dan Sarawak dah sampai lebeh awal..tak datang mama simpan la balik duit raya..he..he...


InsyaALLAH,buat praktikal diHospital Raja Permaisuri Bainun nanti kita boleh jumpa lagi..good luck semua nya,sedeh la..dah 4 tahun jadi LP diaorang..

Saturday, September 26, 2009

Resipi la pulak

Tapai pulut daun getah..diimpot istimewa dari Pasir Mas Kelantan..Terima kasih Mek...
Raya ke6 dan ke7 duk dirumah mengemas rumah apa yg patut..Isnin dah nak keja.
Maseh ada tetamu yang datang dan masak la apa2 yang patut..mee goreng,roti boom cicah sardin dan lain2 yg simple.Tapai pulut daun getah yang dibuat olih Mek Nain pun ramai yang puji..manis dan bersari..
Biskut raya masih banyak...rumah jiran2 pun dah sunyi,adik beradik yang datang beraya dah beransur balik...masing2 dah mula nak keja.
Hari ni ada kawan2 yg mesej mintak resipi rendang negeri 9 yg saya masak raya pertama.Mungkin rendang ni berbeza dgn rendang Perak,jadi diaorang nak cuba.Rendang ni lebeh sedap kalau gunakan ayam kampung.Kalau aruah mak mertua saya masak,selalu nya dicampur nangka muda...sedap nya...
Kat Ipoh susah jugak nak dapat ayam kampung tapi saya selalu beli di Pasar basah Jusco,seekor rm 9 dan dah bersih pun cuma minta pekerja kt situ potong2 berapa kita nak.Kalau tak de ayam kampung beli je ayam tua atau ayam pencen,kat pasaraya selalu ada jual,tapi kena masak lama sikit.Nak lembut kan daging nya petua orang tua2 ialah masak dengan daun nangka 3-4 helai..

Ni dia resipi rendang negeri 9-resipi saya la....orang negeri 9 mungkin sama atau beza sikit...

1 ekor ayam kampung-potong dan bersihkan
1 biji kelapa -ambil santan nya( boleh tambah santan jika suka )
3 sudu kerisik


Bahan A


Segenggam cili api kampung-yang kecik2 tu,yang panjang2 tu cili api siam punya
(boleh tambah atau kurang ikut pedas,tapi rendang ni lebeh sedap kalau lebeh pedas)

sedikit kunyit hidup
15 ulas bawang merah( boleh tambah kalau suka)
5 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit lengkuas

Semua bahan A ni ditumbuk,jangan blender,tak sedap tau...


6 batang serai diketuk
daun kunyit

Masuk semua bahan dalam kuali kecuali kerisik dan daun kunyit
Masak la atas api sederhana hingga hampir kering..kacau2 la,takut yang bawah hangit pulak baru masuk kerisik dan daun kunyit.Garam jangan lupa ya...
Sebenar nya orang negeri 9 tak bubuh bawang tau tapi bubuh serai banyak2...tapi saya suka buh bawang nanti banyak la serbuk dia untuk cicah lemang...Masa hari raya lupa nak ambik gambar,nnt bila saya masak lagi saya tempek gambar kat sini.

Friday, September 25, 2009

Masih raya

Spagetti berkuah yg dimasak olih Nini anak jiran saya..
Saje je tempek gambar ni...kenangan ngan kak Ana yang dah lama tak jumpa....

Adam beraya sakan ngan Wan tahun ni... Hari ni maseh ada tetamu yang datang,ya la,baru raya ke5,buat sambal kacang dan rebus ketupat nasi.Dah boleh hidangkan kat tetamu.Biskut raya maseh banyak,yang habis dan paling laris ialah cornflakes madu,kejap je kosong balang,isi lagi kosong lagi....he..he...sedap...

Malam pun tetamu ada datang,jamu je apa yang ada..lepas magrib keluar ke Gerbang Malam bersama kakak,abang ipar dan anak2 sedara.,hajat nak makan popia yang paling sedap kat Ipoh tak kesampaian, popia dah habis tinggal inti je..kat gerai2 makan taman kanak2 ramai sangat orang yang bawak keluarga keluar makan.

Lepas jalan2 kat Gerbang Malam terus balik kerumah kerana esok anak2 dan kakak saya semua yang balik kampung akan berangkat balik keKL dan JB. Anak sedara yang belajar diJakarta pun akan balik kesana.

Suami saya nampak sedeh sebab esok Adam akan balik keKL,selama seminggu ni Adam tak berenggang dengan Wan dia.Mahu demam budak tu...atau silap haribulan Wan dia yang demam..he..

Thursday, September 24, 2009

Raya ke4 balik kampung

Meriah nya warna kek marble ni...kek ni menyambut kedatangan kami di kampung pada hari ke4 raya.seronok sangat berada dikampung,Kampung saya di Parit Buntar Perak Utara, berjumpa sedara yang lama tak jumpa....Menikmati keindahan sawah padi dan yang penting dikampung ini la banyak kenangan lama tersimpan..kenangan sewaktu saya masih kecil, makan pulak lauk2 kampung yang sedap dan membuka selera..kat kampung raya ke4 da ramai yang mengadakan kenduri kawin..meriah dgn sedara mara yang datang makan kenduri dan beraya..petang baru balik ke Ipoh,tapi jalan sesak teruk,hampir dua jam baru sampai dirumah saya..


Setelah 3 hari tengok dan makan ayam serta daging..raya ke4 makan macam ni sedap sangat..
Ulam pucuk mengkudu ngan sambal belacan yang paling istimewa..


Seperiuk gulai ikan sembilang yang baru dipancing..orang utara memang pandai masak gulai atau kari..



Ini la ikan yang dapat dipancing oleh sepupu saya dilaut,..sedap nya ikan sembilang tu..










Raya dan tetamu

Ini pulak Pak Hadi sekeluarga kenalan semasa diJakarta sedang menjamu selera...
Tetamu sedang menjamu selera dirumah saya...makan soto ayam...

Spagetti tuna pedas...sedap nya.....ni Aiza yang masak...


Raya kedua dan ketiga masa dihabiskan dirumah dengan memasak.Masak nasi himpit dan kuah kacang,masak soto dan kek gula hangus.Aiza pulak memasak spagetti tuna yang pedas dengan cili api..tak cukup sepupu2 nya makan...Ramai juga tetamu yang datang,bos Aiza sekeluarga iaitu Dr.Jalal dan kak long Raja Mazian sekeluarga serta Umi Aida dari Baling....



Anak2 jiran juga ramai yang datang.Pagi Raya ketiga sempat la saya sekeluarga beraya dirumah jiran2 terdekat.



Mula2 kerumah jiran saya abang Jamal dimana anak nya Cikgu Nini menghidangkan kami spagetti yang sedap.



Lepas tu kerumah abang Mus dan akhir sekali kerumah mak Siti yang menghidangkan kami dengan mee udang banjir....



Petang beraya diBatu Gajah...makan laksa pulak dirumah kak Ana.Dalam seminggu ni mesti berat badan bertambah 2 kg.

Wednesday, September 23, 2009

Raya Pertama

Shafeeq yang segak berbaju melayu sempat la berposing dengan adik nya Ailia...baju sedondon nampak..!
Ni dia kelamai yang dah siap untuk dimakan..sedaaaap...tak caya? tanya orang Gopeng.

Kelamai yang dah dibakar...buluh dia keras tak macam buluh lemang.


Ni mesti senyum untuk mama ngan papa dia yang jauh tu..



Anak2 sedara yang segak dipagi raya




Bergambar sebelum beraya dikampung





Adam menemani Tokwan nya membakar lemang dikampong






Selamat Hari Raya dari saya dan suami...







20 September 2009-Raya Aidilfitri disambut diMalaysia.




Selepas sarapan pagi kami sekeluarga kerumah mak saya dan beraya bersama adik beradik dan anak2 sedara yang balik dari KL dan Johor.Anak sedara saya yang belajar di Jakarta pun selamat balik keMalaysia.





Sedeh jugak sebab adik saya sekeluarga di Kelantan tak dapat balik,begitu juga dengan adik saya yang bertugas diJeddah dan adik bungsu saya sekeluarga yang menetap diSydney Australia..



Harap2 tahun depan diaorang dapat beraya bersama.






Kami beramai kekubur aruah abah saya dan kemudian beraya dirumah ayah sedara diKg. Tekah..Gopeng.Beraya dikg.Tekah memang seronok sebab penduduk nya kebanyakan orang rawa yang hidangan mereka sedikit berbeza dengan kita.Yang paling istimewa ialah kelamai yang tak ada ditempat lain.Kelamai tu dimasak dalam buluh yang keras,masak macam lemang..tapi beras pulut dah digoreng dan dah ditumbuk halus dicampur gula merah yang dah dimasak dan kerisik.Sedap...

Petang rumah kami diIpoh dikunjungi oleh adik beradik saya dan hampir senja terkejut sungguh dengan kunjungan kenalan kami masa diJakarta dulu..mereka datang sekeluarga dan riuh rendah la dengan bermacam cerita..,begitu juga dengan anak saya Shafeeq yang datang bersama kawan..segak berbaju melayu...