RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....
Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Tuesday, September 7, 2010

Selamat hari raya...

Untuk...:
Mak..adik beradik...anak2 sedara dan sedara mara yang berada diseluruh Malaysia
Kawan2 yang mengenali....terutama di Hospital Batu Gajah,PKD Kinta,Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh ,Jkn Perak dan yang membaca blog ni...
bekas student kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta dan Kolej Kejururawatan Ipoh....pengajar dan bekas student pos basik psikiatri dan posbasik penjagaan kesihatan primer
semua staf CKAPS dan UKAPS seluruh Malaysia..
Adik saya Faridah sekeluarga di Sydney Australia..rindu sangat...
Adik saya Ara diJeddah.....selamat bertugas...kalau cuti boleh la kita beraya dan berkelah diLata Kinjang ek....
Istimewa suami tercinta dan anak2 tersayang.....sayang semua...

Saturday, September 26, 2009

Resipi la pulak

Tapai pulut daun getah..diimpot istimewa dari Pasir Mas Kelantan..Terima kasih Mek...
Raya ke6 dan ke7 duk dirumah mengemas rumah apa yg patut..Isnin dah nak keja.
Maseh ada tetamu yang datang dan masak la apa2 yang patut..mee goreng,roti boom cicah sardin dan lain2 yg simple.Tapai pulut daun getah yang dibuat olih Mek Nain pun ramai yang puji..manis dan bersari..
Biskut raya masih banyak...rumah jiran2 pun dah sunyi,adik beradik yang datang beraya dah beransur balik...masing2 dah mula nak keja.
Hari ni ada kawan2 yg mesej mintak resipi rendang negeri 9 yg saya masak raya pertama.Mungkin rendang ni berbeza dgn rendang Perak,jadi diaorang nak cuba.Rendang ni lebeh sedap kalau gunakan ayam kampung.Kalau aruah mak mertua saya masak,selalu nya dicampur nangka muda...sedap nya...
Kat Ipoh susah jugak nak dapat ayam kampung tapi saya selalu beli di Pasar basah Jusco,seekor rm 9 dan dah bersih pun cuma minta pekerja kt situ potong2 berapa kita nak.Kalau tak de ayam kampung beli je ayam tua atau ayam pencen,kat pasaraya selalu ada jual,tapi kena masak lama sikit.Nak lembut kan daging nya petua orang tua2 ialah masak dengan daun nangka 3-4 helai..

Ni dia resipi rendang negeri 9-resipi saya la....orang negeri 9 mungkin sama atau beza sikit...

1 ekor ayam kampung-potong dan bersihkan
1 biji kelapa -ambil santan nya( boleh tambah santan jika suka )
3 sudu kerisik


Bahan A


Segenggam cili api kampung-yang kecik2 tu,yang panjang2 tu cili api siam punya
(boleh tambah atau kurang ikut pedas,tapi rendang ni lebeh sedap kalau lebeh pedas)

sedikit kunyit hidup
15 ulas bawang merah( boleh tambah kalau suka)
5 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit lengkuas

Semua bahan A ni ditumbuk,jangan blender,tak sedap tau...


6 batang serai diketuk
daun kunyit

Masuk semua bahan dalam kuali kecuali kerisik dan daun kunyit
Masak la atas api sederhana hingga hampir kering..kacau2 la,takut yang bawah hangit pulak baru masuk kerisik dan daun kunyit.Garam jangan lupa ya...
Sebenar nya orang negeri 9 tak bubuh bawang tau tapi bubuh serai banyak2...tapi saya suka buh bawang nanti banyak la serbuk dia untuk cicah lemang...Masa hari raya lupa nak ambik gambar,nnt bila saya masak lagi saya tempek gambar kat sini.

Friday, September 25, 2009

Masih raya

Spagetti berkuah yg dimasak olih Nini anak jiran saya..
Saje je tempek gambar ni...kenangan ngan kak Ana yang dah lama tak jumpa....

Adam beraya sakan ngan Wan tahun ni... Hari ni maseh ada tetamu yang datang,ya la,baru raya ke5,buat sambal kacang dan rebus ketupat nasi.Dah boleh hidangkan kat tetamu.Biskut raya maseh banyak,yang habis dan paling laris ialah cornflakes madu,kejap je kosong balang,isi lagi kosong lagi....he..he...sedap...

Malam pun tetamu ada datang,jamu je apa yang ada..lepas magrib keluar ke Gerbang Malam bersama kakak,abang ipar dan anak2 sedara.,hajat nak makan popia yang paling sedap kat Ipoh tak kesampaian, popia dah habis tinggal inti je..kat gerai2 makan taman kanak2 ramai sangat orang yang bawak keluarga keluar makan.

Lepas jalan2 kat Gerbang Malam terus balik kerumah kerana esok anak2 dan kakak saya semua yang balik kampung akan berangkat balik keKL dan JB. Anak sedara yang belajar diJakarta pun akan balik kesana.

Suami saya nampak sedeh sebab esok Adam akan balik keKL,selama seminggu ni Adam tak berenggang dengan Wan dia.Mahu demam budak tu...atau silap haribulan Wan dia yang demam..he..

Thursday, September 24, 2009

Raya ke4 balik kampung

Meriah nya warna kek marble ni...kek ni menyambut kedatangan kami di kampung pada hari ke4 raya.seronok sangat berada dikampung,Kampung saya di Parit Buntar Perak Utara, berjumpa sedara yang lama tak jumpa....Menikmati keindahan sawah padi dan yang penting dikampung ini la banyak kenangan lama tersimpan..kenangan sewaktu saya masih kecil, makan pulak lauk2 kampung yang sedap dan membuka selera..kat kampung raya ke4 da ramai yang mengadakan kenduri kawin..meriah dgn sedara mara yang datang makan kenduri dan beraya..petang baru balik ke Ipoh,tapi jalan sesak teruk,hampir dua jam baru sampai dirumah saya..


Setelah 3 hari tengok dan makan ayam serta daging..raya ke4 makan macam ni sedap sangat..
Ulam pucuk mengkudu ngan sambal belacan yang paling istimewa..


Seperiuk gulai ikan sembilang yang baru dipancing..orang utara memang pandai masak gulai atau kari..



Ini la ikan yang dapat dipancing oleh sepupu saya dilaut,..sedap nya ikan sembilang tu..










Raya dan tetamu

Ini pulak Pak Hadi sekeluarga kenalan semasa diJakarta sedang menjamu selera...
Tetamu sedang menjamu selera dirumah saya...makan soto ayam...

Spagetti tuna pedas...sedap nya.....ni Aiza yang masak...


Raya kedua dan ketiga masa dihabiskan dirumah dengan memasak.Masak nasi himpit dan kuah kacang,masak soto dan kek gula hangus.Aiza pulak memasak spagetti tuna yang pedas dengan cili api..tak cukup sepupu2 nya makan...Ramai juga tetamu yang datang,bos Aiza sekeluarga iaitu Dr.Jalal dan kak long Raja Mazian sekeluarga serta Umi Aida dari Baling....



Anak2 jiran juga ramai yang datang.Pagi Raya ketiga sempat la saya sekeluarga beraya dirumah jiran2 terdekat.



Mula2 kerumah jiran saya abang Jamal dimana anak nya Cikgu Nini menghidangkan kami spagetti yang sedap.



Lepas tu kerumah abang Mus dan akhir sekali kerumah mak Siti yang menghidangkan kami dengan mee udang banjir....



Petang beraya diBatu Gajah...makan laksa pulak dirumah kak Ana.Dalam seminggu ni mesti berat badan bertambah 2 kg.

Wednesday, September 23, 2009

Raya Pertama

Shafeeq yang segak berbaju melayu sempat la berposing dengan adik nya Ailia...baju sedondon nampak..!
Ni dia kelamai yang dah siap untuk dimakan..sedaaaap...tak caya? tanya orang Gopeng.

Kelamai yang dah dibakar...buluh dia keras tak macam buluh lemang.


Ni mesti senyum untuk mama ngan papa dia yang jauh tu..



Anak2 sedara yang segak dipagi raya




Bergambar sebelum beraya dikampung





Adam menemani Tokwan nya membakar lemang dikampong






Selamat Hari Raya dari saya dan suami...







20 September 2009-Raya Aidilfitri disambut diMalaysia.




Selepas sarapan pagi kami sekeluarga kerumah mak saya dan beraya bersama adik beradik dan anak2 sedara yang balik dari KL dan Johor.Anak sedara saya yang belajar di Jakarta pun selamat balik keMalaysia.





Sedeh jugak sebab adik saya sekeluarga di Kelantan tak dapat balik,begitu juga dengan adik saya yang bertugas diJeddah dan adik bungsu saya sekeluarga yang menetap diSydney Australia..



Harap2 tahun depan diaorang dapat beraya bersama.






Kami beramai kekubur aruah abah saya dan kemudian beraya dirumah ayah sedara diKg. Tekah..Gopeng.Beraya dikg.Tekah memang seronok sebab penduduk nya kebanyakan orang rawa yang hidangan mereka sedikit berbeza dengan kita.Yang paling istimewa ialah kelamai yang tak ada ditempat lain.Kelamai tu dimasak dalam buluh yang keras,masak macam lemang..tapi beras pulut dah digoreng dan dah ditumbuk halus dicampur gula merah yang dah dimasak dan kerisik.Sedap...

Petang rumah kami diIpoh dikunjungi oleh adik beradik saya dan hampir senja terkejut sungguh dengan kunjungan kenalan kami masa diJakarta dulu..mereka datang sekeluarga dan riuh rendah la dengan bermacam cerita..,begitu juga dengan anak saya Shafeeq yang datang bersama kawan..segak berbaju melayu...

Monday, September 14, 2009

Iklan sebelum raya

Saje je tempek gambar2 ni semua...iklan sebelum raya ..he..he...


Bunga dan buah unik-pertama kali tengok diTaman Herba , Papan
Mabuk tak tau nak beli kacang pe...ni kat kilang kacang putih ,Kg,Kacang Putih,Ipoh.

Kek gula hangus ni pun boleh dibuat untuk tetamu masa hari raya...tak semesti nya jamu lemang je...


Almond London yang dah siap dicelup coklat...em..m..sedap nya..secukup rasa !



Ini buah anggur hitam tanpa biji yang dibeli oleh ank saya Shafeeq...manis dan sedap sangat...tapi sedap lagi buah jambu ,betik,belimbing dan lain2 buah tempatan...










Suasana raya makin terasa...biskut raya dah siap tersusun dalam balang...rumah dah dibersihkan.Rumah2 jiran dah terang dengan lampu liplap beranika warna..ni pulak lampu liplap rumah saya...macam orang dulu2 punya..dipasang oleh suami saya..he...he..masa saya budak2 dulu kalau ada orang kawin,lampu ni dipasang dipelamin...lampu ni boleh dibeli di semua pasaraya dan pasar malam diIpoh terutama diGerbang Malam,Ipoh...harga pun murah je..Yang beraya diIpoh tahun ni,jalan2 la kat Gerbang Malam..macam2 adaaaaaaaaa....ni tolong MBI promosi......kut2 dapat diskaun cukai pintu tahun depan...

Ucapan Raya

Raya dah dekat..suasana raya dah terasa disana sini...Jadi saya ucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 5 hari lagi...kepada yang mengenali dan yang membaca blog ni....terutama

1.Anak2..cucu..anak2 angkat ,Adik beradik,Iparduai, anak2 sedara ,sepupu,semua sedara mara dimana saje berada...-datang la kerumah teman raya ni..rame ni weh...nanti teman masakkan pe2 ya..

2.Kawan2,sahabat handai,kenalan jauh dan dekat-jemput la beraya dirumah..teman cuti 9 hari..

3.Adik saya Saadiah yang blog nya tak boleh2 bukak diJeddah,Arab Saudi-he...he...ape ke hal nya blog mike tu...btoi ke idak alamat nya,cua tengok betoi2..nanti gtau keme..

4.Adik saya Faridah sekeluarga diSydney ,New south Wales.Australia-rindu sangat....pada Arman dan Juliana..

5.Anak sedara saya Shafiq, diUniversitas Trisakti ,Jakarta-risau sangat tentang keselamatan dia disana ,semoga selamat kembali keMalaysia secepat mungkin.

6.Semua Pengajar dan students KPP UluKinta..dan KOLEJ KEJURURAWATAN IPOH(Basik dan pos basik)-cikgu Shah,bawak la Damia kerumah raya ni..

7.Semua jiran2 diTaman Maju Rapat,Ipoh-bako lemang lagi ke tahun ni..datang le beraya dirumah keme..

8.Semua yang mengenali....

MAAFKAN JIKA ADA KESALAHAN ..AMPUN KAN JIKA ADA DOSA DAN TERKASAR BAHASA..HALALKAN HUTANG KALAU ADA YANG TERLUPA BAYOR..HE...HE...

Ini antara students saya (Posbasik Kesihatan Primer dan Posbasik Psikiatri....diseluruh Malaysia..SELAMAT HARI RAYA..HATI2 DIJALAN RAYA..DATANG LA RUMAH SAYA..(PANTUN 3 KERAT)


Isnin 14 Sept 2009-mula2 nak ucapkan selamat memulakan tugas sebagai Pembantu Perubatan kepada semua students saya dari grup 19 Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta yang melapurkan diri diseluruh Malaysia hari ini.Jangan nangis tau...raya 5 hari lagi...hu..hu...kecian nya anak2 mama semua.Yang dapat Sabah dan Sarawak tu sabo je la...nak buat macamana?tugas lebeh utama,raya bila2 pun boleh..he..he...nak kena mama ni kan,saje je nak usik...antara yang akan mula bertugas hari ini ialah yang mama tempekkan 2 keping gambar kat sini.. Bertugas baik2 ya...utama kan pesakit dan sentiasa bertugas dangan penuh tanggungjawap.


Hu...hu...raya 5 hari lagi...caya lah.....