RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Friday, September 25, 2009

Masih raya

Spagetti berkuah yg dimasak olih Nini anak jiran saya..
Saje je tempek gambar ni...kenangan ngan kak Ana yang dah lama tak jumpa....

Adam beraya sakan ngan Wan tahun ni... Hari ni maseh ada tetamu yang datang,ya la,baru raya ke5,buat sambal kacang dan rebus ketupat nasi.Dah boleh hidangkan kat tetamu.Biskut raya maseh banyak,yang habis dan paling laris ialah cornflakes madu,kejap je kosong balang,isi lagi kosong lagi....he..he...sedap...

Malam pun tetamu ada datang,jamu je apa yang ada..lepas magrib keluar ke Gerbang Malam bersama kakak,abang ipar dan anak2 sedara.,hajat nak makan popia yang paling sedap kat Ipoh tak kesampaian, popia dah habis tinggal inti je..kat gerai2 makan taman kanak2 ramai sangat orang yang bawak keluarga keluar makan.

Lepas jalan2 kat Gerbang Malam terus balik kerumah kerana esok anak2 dan kakak saya semua yang balik kampung akan berangkat balik keKL dan JB. Anak sedara yang belajar diJakarta pun akan balik kesana.

Suami saya nampak sedeh sebab esok Adam akan balik keKL,selama seminggu ni Adam tak berenggang dengan Wan dia.Mahu demam budak tu...atau silap haribulan Wan dia yang demam..he..

No comments:

Post a Comment