RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Thursday, September 17, 2009

Hari2 terakhir dibulan Ramadan

Kulit telo yang diguna buat biskut raya jangan buang tau,,buat bekas bunga rampai macam student saya NASA ni buat..wah..!..terlebeh rajin dia..


Bot ditasik Gunung Lang...menyusuri tasik sambil menikmati pemandangan indah


Selamat bercuti,selamat berhari raya....untuk semua students pos basik psikiatri 1/2009



Haa..ha..ha....tak puasa...




Leteh berpuasa bersantai dengan students saya yang nakal2...oops...yang sebelah saya tu tak puasa,tak caya ?Kat atas tu dia la makan nasi goreng...





Sedang menunggu bot dijeti Gunung Lang






Ingat iklan filem SEPET?..kat sini la jeti tempat hero dan heroin nya duk...JADI MODEL LA PULAK....







Minggu terakhir sebelum raya ,keja macam biasa.Mood beraya dimana2..lagu raya berkumandang memeriahkan suasana.AKtiviti bersama students dan pesakit,ada aktiviti diluar jugak..kami ke Gunung Lang.Saya menunggu dijeti saja sementara students dan pesakit menaiki bot MBI menyusuri tasik Gunung Lang yang cantik.Sempat la bergambar dijeti yang pernah dijadikan lokasi shooting filem SEPET arahan Allahyarham Jasmin Ahmad.
Bz nya dua tiga hari ni,mengemas rumah tak habis2,membuat biskut raya sejenis dua,buat itu ini,barang2 dapo belum beli lagi..terasa masa tak cukup sebab balik keja dah pukul 5 lebeh..Minggu ni semua students akan mula bercuti raya seminggu bermula Sabtu.Pagi Jumaat akan ambik ank sedara diMCKK..lepas tu nak beli barang dapo pulak,daging,ayam..semua belum beli.Takut terlupa kena la buat check list..


-beli daging,ayam,kelapa,kerisik,cili,bawang dan bahan2 untuk masak rendang(untuk raya pertama)


-ambik daun pisang untuk buat ketupat-beras pulut dah dibawa oleh Nain dari Kelantan.

-beli ikan untuk buat kuah laksa,beli laksa kering dan bahan 2 lain.(untuk raya kedua)

-beli fishcake,fish ball,mee dan bahan untuk buat mee kari (untuk raya ketiga)

-beli ikan jugak untuk makan tnghari dan malam.

-buat airbatu ,takut kat 7 eleven habis..(air minuman dah beli)


Penuh la peti ais dengan segala macam barang mentah untuk dimasak..he..he..ini belum lagi kupang yang akan dibawa balik oleh abang ipar saya dari JB..



Hari ini juga sebelum balik keja ,terima satu berita dari pejabat...bermula 5 Oktober 2009,saya akan ditukarkan ketempat keja yang tak pasti dimana ,tapi maseh dalam negeri Perak...Insya ALLAH,dimana pun kerja tetap kerja,amanah dan tanggungjawap akan dilaksanakan sebaik mungkin..terima kasih pada pehak atasan yang memberi kepercayaan untuk saya memikul tanggungjawap baru...hu..hu..kena tempah unifom baru dan beli kasut baru..







Balik keja petang Khamis,jalan raya dah mula sesak,ramai ibubapa dah mula jemput anak2 dari asrama.Kat jejantas traficlight Jalan Dr Raja Nazrin Shah kesesakan nampak teruk..banyak sekali kereta diMedan Gopeng berhampiran stesyan bas ekpress,kat situ ada pasar Ramadan jugak...jadi kesesakan tak dapat dielak.Saya mengambil jalan Pasir pinji dan masuk kejalan lapangan terbang untuk balik kerumah.Lega sampai dirumah...

No comments:

Post a Comment