RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Thursday, February 25, 2010

Pahang...aku akan datang

Pertama kali makan sate itik diResto Serai,Ipoh..em...m..boleh la...
Sedap nya sate itik...dah tinggal lidi je...

Bos lama kami yang dikasihi Dr.Nordin sedang serahkan tugas pada bos baru kami Dr. Narimah..kat tengah tu Dato' Ahmad Razin Pengarah kami...


Eh...posing sampai nak terbaring?...antara staf kat pejabat yang manis2....



Pagi seawal 8.30 pagi kami semua dah berada dibilik mesyuarat.Pagi ni majlis serah tugas dari bos lama kami kepada bos baru...sementara tunggu Dato',kami minum pagi dan upacara serah tugas berlangsung dengan ringkas...




Sambung keja,buat laporan dan lain2..petang ke majlis juamuan sate yang diberi bos lama kami..majlis santai di Restoren Serai tu berlangsung sampai jam 6 petang..Terima kasih ya ....kenyang sungguh makan petang ni..ditambah pulak laksa yang diorder ....masa balik oh..terperangkap pulak dalam hujan lebat dan kesesakan lalu lintas..hujan turun mencurah2...gelap rasa nya mata...



hampir senja baru sampai dirumah...


em.m.. leteh,tapi sempat la kemas2 baju untuk dibawa ke Pahang esok...akan berkonvoi bersama sepupu dan adik angkat dari Kedah dan Perlis..sempat la masak2 sikit pagi ni,spagetti dan sambal tumis...
Rindu pada Adam...dah pun berada diJogja...semuga baik2 saja disana....
Tiga hari akan berada diKL dan Pahang,tentu banyak citer menarik di sana...nanti boleh tempek gambar2 menarik di Pahang tu...

Tuesday, February 23, 2010

Terima Kasih ya ALLAH

Malam dapat gambar Adam dengan basikal baru..basikal besar dan tinggi,nampak Adam pun dah besar.....Tokma kangen banget sama kamu...
Selepas beberapa hari Ipoh berada dalam cuaca dan suhu panas..malam ni hujan turun mencurah..guruh pun berdentum2...harap semua nya akan kembali segar..pokok2 yang juga dah layu..rumput2 yang dah kekuningan...hati2 yang dah layu jugak harap akan segar kembali...
dan pagi masa ketempat keja nampak la air bertakung ditepi jalan..jalan raya pun basah....
nampak segar..bersih dan indah...
Hampir jam 8 pagi tiba2 Bandaraya Ipoh menjadi gelap..awan bewarna hitam ditiup angin menyelubungi kami yang terpegun dan terkejut dengan keadaan sekeliling yang tiba2 gelap macam pukul 6 pagi..dan dalam suhu sejuk ..hujan turun lagi...
Terima kasih ya ALLAH diatas limpah kurnia MU......
Bersyukur diatas apa saja kurniaan MU.......

Monday, February 22, 2010

Jangan nangis lagi

Adam dibawa mama dan papa keJOGJA?

he..he...best nya...dalam flight jangan nakal2 eh..

Jenuh la si Aida dan Aidil nanti..dalam kapalterbang tentu kehulu kehilir dia...

Apa2 pun,mama doakan semua nya selamat pergi dan balik..jaga diri baik2,jaga Adam baik2...kat Indonesia tu tak sama dengan Malaysia..



Eh..kenapa pulak DJ radio hari ni mcm tau2 je lagu kegemaran saya..dari semalam dah 3 kali terdengar lagu Kau selalu dihati ku berkumandang...

sayu je suara penyanyi Indonesia tu..kalau tak salah suara Yuni Shara..

tapi semua lagu2 yang saya suka,semua menjadi kenangan...

sesekali terdengar jugak lagu Bila rindu...dari Datin Rafeah Buang

juga lagu Dulu dan sekarang yang boleh buat air mata mengalir..

dulu engkau menyayangi diri ku ini
apa saja yang ku buat kau senangi

bagi mu aku lah cahaya hidup
menjadi penerang kegelapan mu

kau puja dan kau sanjung diri ku ini
tak pernah kau mengguris perasaan ku

hati ku kau belai bagai permata
kau rela bersama dalam derita

tapi kini engkau telah mula berubah
tiada lagi mesra terhadap ku

mujur aku sedar
tak lemas tenggelam

dilautan madu yang beracun
apabila diri ini kau benci

apa saja ku buat salah belaka
tiada lagi madah dan pujak rayu

hanya perpisahan yang kau pinta




jangan nangis ..jangan nangis...jangan nangis lagi..dah janji kan..airmata tak berharga lagi...jiwang la pulak...pernah dengar dalam radio lagu dulu dan sekarang ni dimintak oleh seorang wanita ditujukan kepada bekas suami yang akan melangsungkan perkahwinan..yaALLAH..kesian nya dia..tentu jiwa merana,hampa dan parah luka dihati...kesian nya kat hamba ALLAH tu..

Harap dapat berjumpa...

Pemandangan perumahan dari lobi hospital Columbia
Mr. Tsia menghantar kami sampai kekenderaan..terima kasih... Kaunter depan Hospital Columbia Asia Taiping




Malam ni tiba2 teringat kat seseorang yang jauh di Sungai Koyan Pahang...bertugas dan berbakti untuk masyarakat disana.


Anak angkat saya yang bernama Rohaya ni dah lama tak dengar kabar berita..tertunggu2 Aya datang keIpoh..kata hari tu nak keKolej ambik diploma,tapi entah bila...atau Aya dah bertukar keKelantan?bertugas dekat dengan keluarga..
kesian kat dia...keja di Klinik Sungai Koyan tu,kena pegi keja kat kawasan lain jugak..sampai 2..3..hari..baru balik..

Aya..mama rindu sangat kat Aya..kalau la Aya ada kat Ipoh sekarang...tentu dapat berkongsi cerita bersama..harap hujung minggu dapat berjumpa Aya kerana mama akan kePahang...

Pagi,masih terasa sakit dibahu dan lengan..demam sebenarnya...Masa kat Columbia kemarin ada yang suruh saya ambik x-ray..tapi saya pasti tak patah..terima kasih la yang ambik berat...seronok kat hospital tu semalam...cantik,bersih dan layanan terbaik untuk kami yang menjalankan tugas...masa sampai dan nak balik kami dihantar sampai masuk kedalam kenderaan,siap bagi bekal bawak balik lagi..



hari ni memang dinasihatkan supaya berihat..tapi nanti la..kalau fizikal je rihat,mental pulak berserabut ingat macam2 tak boleh jugak....

Semuga bahagia Opie dan Azua

Ayah pengantin sedang bersalam dengan tetamu..
Cepat2 makan,tetamu dah sampai..ni pembantu catering....makan dulu baru keja




Pengantin baru sampai,jalan cepat2..panas..masuk rumah dulu... bersanding... baru makan...




Dato' Zambri (MB kami) dan Datin Sharifah pun datang makan kenduri...





Kek2 cawan yang comel untuk tetamu






Tengok..suka nya pengantin pempuan tu...Opie dan Azua masa kenduri diKampar







Ahad ...Opie anak jiran yang bersanding diKampar semalam bersanding dirumah sendiri pulak..betul2 sebelah rumah saya..jiran paling dekat dah macam keluarga sendiri...

catering yang menghidangkan makanan menumpang depan rumah saya..

jadi macam rumah sendiri kenduri jugak...

Malam leteh sangat...tapi sebab panas masih tak boleh lelapkan mata..pagi Isnin ketempat keja dengan kepala pening dan badan macam nak demam..semua gara2 tak cukup tido..
Jam 8.30 kami staf dari UKAPS JKN Perak berangkat keTaiping..menjalankan tugas tapi sapa la yang dapat meramal apa yang akan berlaku? dijalan Kuala Kangsar kerana pemandu kami cuba mengelak kereta yang berhenti tiba2...oh..rasa tak boleh ingat apa yang berlaku..saya tercampak kedinding begitu juga yang lain2..saya paling teruk..bahu terhantuk didinding kenderaan..lebam kebiruan dan sakit sangat tapi kerana tugas dan dah berjanji dengan pehak pengurusan Colombia Asia hospital,kami teruskan jugak perjalanan..sakit nya tangan...tapi sabo je...cuma sempat sapu minyak panas sikit je..


Menjalankan tugas diColombia tu sampai 2 petang lebeh,terima kasih pehak pengurusan Colombia Asia yang memberi kerjasama yang baik kepada team kami yang menjalankan tugas...terutama Mr.Tsia pengurus besar nya yang terpaksa korbankan mood bercuti tahun baru untuk menyambut kami..hospital anda hospital paling bersih pernah saya tengok..masa dalam perjalanan balik bahu dan tangan semakin sakit,diam2 mengalir jugak airmata.....

tapi takut kawan2 tengok ,pejamkan mata pura2 tido..tapi panas nya air mata yang mengalir dipipi buatkan saya tak selesa...
YA ALLAH maseh panjang usia ini...teringat tadi masa van bergerak meninggalkan pejabat sempat melambai kearah suami yang kebetulan berada kat situ..kalau la jadi apa2 tadi kat saya,tentu la lambaian tu akan jadi kenangan pada dia..



Sebelum balik ke Ipoh,keKuala Sepetang menjalankan tugas lagi..tapi masing2 dah leteh dan tak ada mood...tak seorang pun yang teringin nak makan mee udang kat situ...masih trauma dengan kejadian pagi tadi...sampai dipejabat hampir pukul 5,badan dah terasa lembek...suhu badan dah naik dan lengan dan bahu terasa berat...sakit berdenyut2..tapi tangan kiri masih boleh menaip walau pun lambat dan terkial2...





Disini ditempek kan gambar2 menarik majlis perkahwinan Opie untuk kenangan...

Saturday, February 20, 2010

Catatan merepek..

Mc D kat rumah kami jugak..pukul 1 pagi..maseh ramai bersantai disini
Ni antara bangunan baru yang cantik kat Ipoh, dekat je ngan rumah kami...

Banyak benda nak catatkan tapi..tak tau nak mulakan yang mana satu ya...
mula2 dapat mesej dari student saya Ila...mengajak saya join dia orang masuk gua tempurung...best jugak..berani ke budak2 pempuan ni masuk gua tu?mesti budak lelaki pun ikut hi...
tapi kan anak jiran kawen?mesti la ada kat umah..jiran terdekat pulak tu..
Lepas tu rasa nak menangis sangat dengar anak yang masih naif dan keanak2kan..nak bertunang..dah bertunang mesti la lepas tu kawen..kan ke muda lagi wahai anak ku?bukan ke baru kerja anak ku?bukan ke baru beli keta anak ku ?bukan ke nak bayar pinjaman..adik2 masih kecil,mak pun tak rasa lagi kesenangan duit gaji mu wahai anak ku?bukan ke baru saja kenal budak tu...bukan ke.....bla..bla...aku yang nak bertunang kenapa engkau pulak yang sibuk2..?mak aku pun tak kata apa2 engkau pulak yang membebel tak tentu pasal....ok..tak nak sibuk...sape la aku ni..ikut suka orang la....duduk diam2...zip mulut tu...stop!jangan ada citer tu lagi..... citer lain pulak,dah jemu.....
Seronok jugak, tengah malam tak boleh tido sebab suhu kat Ipoh terlalu panas..start keta terus ronda2 Bandaraya Ipoh...pukul 1 pagi masih ramai yang lepak2 kat dataran bandaraya Ipoh...makan2 ..tentu makan kue teow la tu...kat Old Town lagi ramai yang lepak2...
zaman dah berubah...pukul 1 pagi masih siang lagi ..masih boleh duduk sembang2 lagi..bila masa tido ya?
dua hari gantung kuali dan periuk..tak masak,makan kenduri je..malam kalau tak makan ok je..kalau lapo bebeno keluar je le kat depan rumah kami..ada mc D dan gerai2 makanan yang berpuluh2 buah jumlah nya......pilih je nak makan pe...
dengar la lagu Separuh nyawa ku pegi dari Anang...nak nangis lagi...entah lah macam merepek je...jangan nangis lagi...jangan sedeh lagi...jangan nangis...Rindu sangat masa2 yang lepas...
mana kah dia yang selalu hantar mesej masa nak balik keja..bawak keta elok2...eh itu la anak yang ebol2 ...yang dah nak jadi milik orang...

Friday, February 19, 2010

Semuga berbahagia semua nya....

Pagi ada CME diHRPB...
sekarang ramai sekali staff yang datang, masing2 nak dapatkan points untuk CPD masing2...tak cukup points tak boleh memohon lesen untuk menjalankan tugas..
Dipejabat buat la lapuran dan periksa dokumen2 yang perlu untuk tugas minggu depan...
start minggu depan banyak sekali keja menanti..akan ke Colombia Asia Hospital dan Ar-Ridzuan..
Pukul 12 balik rumah,kemas2 sikit dan baring2..cuaca panas...panas sangat..
petang balik ke pejabat dan ada CME lagi ditingkat 5,best jugak duduk sebelah Dr.Lily,ada je benda nak dicakapkan, jadi tak mengantuk...lagi pun CME petang ni menarik jugak..tak boring..
Cadang nak terus balik tapi ada pulak kawan2 Shafeeq mintak abah diaorang bawak kekedai tayar..nak tukar tayar...
duduk la kat situ dekat sejam,tengok2 cina tu tukar tayar,makan2 kacang,limau dan air kotak yang dibagi nyonya isteri toke tayar tu..toke tayar tu kawan baik suami saya...
siap tukar tayar..terus balik kerumah.cadang nak keThe Store kat belakang rumah kami beli barang sikit,tapi Shafeeq datang menghantar belacan..dia baru saja sampai dari Perlis..eh..kata kat Perlis panas..tapi nampak dia bertambah putih pulak...ceria je..ye la balik jumpa mak we,mesti la ceria
sembang2..minum2..dah masuk magrib...malas dah nak keluar kemana2...
Dapat mesej dari student saya Ila...mengajak saya keGua Tempurung esok...jom la join kami mama...ops..s..nak pegi sangat tapi esok jiran saya kenduri kawen...kawen lagi...petang ni dah pegi akad nikah kat Kampar..tahniah ya Opie...
Semakin ramai anak2 jiran2 saya yang melangsungkan perkahwinan..ialah dah bekerja 2..3...tahun, duit pun dah cukup, umur pun dah layak untuk memikul tanggungjawap...semuga semua nya bahagia dengan pilihan masing2...
Yang belum bertemu jodoh....InsyaALLAH, sEtiap orang ada jodoh masing2,cepat dengan lambat je beza nya..kalau tak ada jodoh lagi nak buat macamana kan...cari lah..berkawan dan luas kan pergaulan....nanti ada la yang tersangkut hati...yang berkenan..he..he...

Thursday, February 18, 2010

Rindu pada jiran lama

Dua hari yang sungguh memenatkan..tapi kerana tugas segala nya diharungi dengan tabah..balik dari bertugas diParit Buntar singgah diTaiping, oh..dalam perjalanan balik jalan sesak di terowong Menora tapi tak la teruk sangat...risau sangat kalau sesak teruk sebab jam dah hampir 6 petang waktu tu...sebenarnya teringat nak masak sesuatu untuk jiran sebelah rumah..tapi nak buat macamana..dah kena keja outstation..memang leteh..pegi dengan Fortuner pulak..kenderaan tu memang membuatkan sakit badan..

Terima berita dari tuan empunya diri..selama ni hanya dengar kabar2 angin je...Selamat bertunang Mie...doa mama untuk kebahagiaan mu...semuga bahagia hingga bila2....jaga la ikatan pertunangan tu baik2...

Malam kemajlis kenduri doa selamat rumah jiran terdekat..sebelah rumah...berjumpa la jiran2 yang tinggal satu jalan...sembang2..gurau2..em..m..rindu lama tak dapat sembang2..
Jiran2 saya anggap saperti sedara sendiri,kerana jiran lah orang paling hampir dengan kita..kalau lah terjadi apa2 kat kita tentu lah jiran dulu yang kita cari..tak kira lah apa bangsa sekali pun..masa saya tinggal diBatu Gajah dulu,jiran saya ramai berbangsa cina ..semua nya baik2 belaka..kalau pegi mana2 dan terlupa angkat baju kat ampaian jangan lah risau apa2..jiran2 saya tu akan tolong angkatkan dan letak elok2 dalam raga saya...dan yang best kalau balik keja,kalau diaorang ada kat depan rumah,saya tak payah turun keta untuk buka pintu pagar..diaorang akan tolong bukakan..

Dan kalau sakit demam macam2 la ubat herba cina yang diaorang tolong belikan...he..he..best nya jiran2 saya...
Paling best kalau dekat2 raya cina...jiran2 saya akan membakar kue gulung atau love letter...olih sebab membakar kue ni panas,selalu nya dibakar didepan rumah..saya pun apa lagi sibuk lah tolong bancuh,bakar dan yang penting tolong ngap sekali kalau ada yang terhangus..he..he..
Sedap kue ni...tiap2 tahun tolong masak,saya pun dah pandai buat kue ni..boleh ambik tempahan la kalau ndak...Rindu sanagt kat jiran2 lama saya...
Jiran saya sekarang, diIpoh semua nya berbangsa melayu..(kecuali satu keluarga Indonesia iaitu Dr Shizuka dan Dr Reza) baik2 belaka,sentiasa bersepakat dalam apa saja hal..
Rasa tak nak pindah kemana2 lagi..tapi tak tau la kut esok2 teringin nak duduk dekat2 anak2 diKuala Lumpur pulak...atau terngat nak keja diPutrajaya pulak...




Tuesday, February 16, 2010

Budi baik dibawak mati...

Kek istimewa dari kami..
Luahan hati kami dibaca satu persatu oleh Dr.Nordin...malu la pulak.. ...



Potret hadiah dari kami staf Unit Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Perak untuk bos kami Dr. Nordin...



Monday, February 15, 2010

Apa ke hal nya tak boleh upload gambar 2..3..hari ni..salah apa ya...saya je atau orang lain pun sama yang pakai maxis broadband..jenuh la call maxis..last2 kredit yang habis 10 ringgit..bertambah kaya la toke maxis tu..
Takpe,tutup laptop,baring2...rileks2 dulu...Aiza dah pagi2 balik KL,bawak bekal nasi dan lauk2..kalau jalan sesak,boleh makan dalam keta..pandai2, anak mama...Ailia pulak balik petang,cadang nak servis keta tapi tak jadi..balik petang bawak bekal jugak..he..he..petang comfirm jalan mesti sesak..semua nak balik KL esok keja...Azhar datang anta Aliff yang akan balik asrama esok,anta petang ni tapi tak da sape2 yang balik asrama lagi..oh..MCKK masih cuti,Khamis baru bukak sekolah...
Sempat masak kek gula hangus untuk dibawak bekal ...kesian mesti jem punya jalan balik ke KL petang ni..ada makanan tak pe,boleh makan ..tak boring....
Cuaca panas membahang,dapat mandi air kolah ..sejuk nya badan, kalau mandi air paip mak..oi..panas nya....lepas mandi dah berpeluh..kalau bertelekung,peluh meleleh..panas sungguh....
Tiba2 je petang ni teringat kat anak2 lelaki saya yang balik kePerlis dan Kelantan...apa kabar ya...sunyi sepi je...tak pe la....enjoy la tu kat kampung bersama keluarga dan yang tersayang...
Rindu kat Adam jugak...keletah kelakar nya buat hidup ini bertambah ceria...
Esok dah mula keja selepas cuti 4 hari...gosok baju,gosok tudung....emm..rileks2 lagi sambil baca majalah...
Malam mencari cari resipi kek istimewa untuk dimasak esok..jiran sebelah rumah akan adakan kenduri perkahwinan anak sulung nya ahad ini..jadi masak la kek 2..3..biji untuk dibagi sebagai buah tangan pada hari kenduri doaselamat esok.

Sunday, February 14, 2010

Happy Birthday...♥♥♥♥♥ you

Pagi masak2..

Nain dan abah dia pegi memancing kat kolam kami..dapat la 4 eko ikan keli beso2...Aiza sampai dari KL..4 jam masa perjalanan sebab jalan banyak kereta...tengahari suami saya ke Teluk Intan makan kenduri..saya dan Nain masak 2 jenis kek untuk dibawak balik ke Ampang..kek coklat dan kemudian kek kukus asam manis...

Tengahari Nain keluar bersama kakak dan adik keKinta City shopping barang2 untuk jamuan harijadi abah diaorang malam nanti..

sedeh sangat sebab Nain akan balik petang ni..esok kena keja pulak..
bekalkan dia nasi dan ayam goreng wange2..kesian sampai umah lapo pulak..

sempat la dia menolong kakak mengupas bawang sebelum balik memandu sendirian keta baru...

Petang saya sibuk mengemas dan menyediakan apa2 yang patut untuk jamuan malam nanti...menyusun meja,kerusi...dan lain2..spagetti akan dimasak oleh Aiza dan nasi goreng oleh suami saya...birthday boy kena masak..he..he..HAPPY BIRTHDAY BABAH....♥♥♥♥♥ you.....semuga panjang usia,bahagia sentiasa...

Malam memang meriah majlis yang anak2 buat..ramai jugak jiran yang datang selain adik2 angkat suami dan abang angkat bersama anak2..anak2 jiran ramai yang membantu membakar makanan..seronok ramai2 bersembang sambil makan2..hampir jam 12 tengahmalam baru majlis selesai..kemas itu ini dan tertido keletehan...
Esok ada kenduri lagi..kena pegi sebab rumah sepupu..

Saturday, February 13, 2010

♥ you ma dan mek diPasir Mas...

Ala..la..la...lawa nya keta baru dia.....pinjam boleh?..



Petang..anak saya Nain sampai dari Kelantan...ala..saje je nak buat gempak...
konon2 naik bas..sampai nanti baru call suruh abah ambik tapi..tau2 dah sampai depan umah dengan keta baru..nak kena budak ni..apa2 pun memang hilang rindu kat anak ni...
dan macam2 la yang dibawak dari Kelantan......tapai pulut...keropok,ragi,terung,buah petola..betek muda..serunding dan macam2 lagi...terima kasih ya ma dan mek kat Pasir Mas tu..♥ you........bukan sebab barang2 yang dikirim tu tapi ..dari hati yang ikhlas....semuga silatulrahim ini berpanjangan hingga bila2...memang terkenang2 budi baik ma dan mek yang melayan saya 1st class masa kerumah mereka dulu..baik sungguh budi mereka buat saya tak lupa..dan teringat la pantun yang diberi ma...pauh kembang..kantan layu..jauh bimbang,dekat malu..betul ke?atau terbalik..he..he...
Dah dekat senja sempat pegi masukkan gas tayar keta Nain...dan kerumah sepupu menghantar acar untuk kenduri ahad ni...
Malam Ailia pulak sampai dari KL,dan malam ni saya masak yang simple2 je untuk anak2 makan malam...
Aiza call..akan balik pagi2 esok..sakit perut malam ni ..nak rehat dulu..
Esok kena bangun awalagi sebab ada projek memasak kek dengan Nain untuk dibawa balik ke Ampang..

Friday, February 12, 2010

Berat nak lepaskan..

Ini la bunga ros dari saya untuk bos yang naik pangkat dan akan bertukar kePerlis.,...
Hari ni keja sampai pukul 9,lepas tu keluar kerana ada urusan

Dr Z sain borang keluar pejabat jadi tak de masalah kalau urusan memakan masa lama sikit.

Tengahari masak simple2 je sebab petang akan ke jamuan hightea untuk Dr Nordin di Hillcity..

Oh..jalan raya sesak sekali..sampai kat Hillcity ada kemalangan pulak, jalan jadi sesak dan huru hara..yang baru sampai dari selatan dan keluar ditol SimpangPulai jadikan jalan bertambah sesak di Gunung Rapat...

Jamuan bermula 3 petang,semua yang datang berbaju biru..serba biru,,,warna kegemaran Dr Nordin...

Majlis santai je walau pun ada ucapan...em.mm sedeh sekali waktu semua staf unit perubatan JKN Perak serahkan sekuntum seorang ros yang wangi dan mekar untuk Dr Nordin..setiap orang menulis isi hati atau apa saja dalam kad yang diikat pada tangkai bunga ros tu....dan yang lain2 ramai2 nyanyikan lagu nyanyian Aizat..

sebenarnya walau pun saya baru bertugas diunit ni tapi Dr Nordin tu rasa nya macam ayah sendiri..cara diabercakap dan bercerita atau memberi nasihat penuh dengan sifat seorang ayah..

Apa pun Tahniah kerana kenaikan pangkat dan selamat bertugas ditempat baru...Perlis Indera Kayangan..


Sayu terpisah

hikayat indah kini hanya tinggal sejarah

berhembus angin rindu

begitu nyaman nya terhidu wangian kasih mu

hujan lebat mencurah kini

bagai kan tiada henti

kau lah lagu ku irama terindah


tak lagi ku dengari

kau pergi...pergi

sepi tanpa dikau

gurauan dan senyuman mu tak ku lupa

biar pun jauh dimata

biarkan kenangan tersemat dalam jiwa

hujan lebat mencurah kini

bagaikan tiada henti

kau lah lagu ku irama terindah

tak lagi ku dengari

kau pergi..pergi..

Thursday, February 11, 2010

Sesekali jumpa jiran

Pagi ada taklimat CPD untuk Penyelia dan ketua Jururawat seluruh Perak..

Taklimat selesai jam 1.20 tengahari....terus makan dikafetaria polis...lapo bebeno...tak tengok kiri kanan dah..cedok nasi sendiri,ambil lauk...balik kepejabat dah dekat pukul 2..mak...penat nya,cuaca panas ..berpino mata kata orang Perak...solat dulu,pas tu sambung keja...

petang pulak ada jamuan meraikan staf yang bersara,naik pangkat dan bertukar..nasib baik Dato' bagi ucapan pendek je...panas nya sebab buat kat perkarangan pejabat...makan mee rebus yang rasa nya ,,em..m..tawo ..tapi makan jugak la rezeki jangan ditolak...

Balik kerumah terus kepasar malam beli ayam,beli hati ayam dan makanan lain..stok ujung minggu...

udara panas petang membuatkan badan berpeluh2..leteh dan tak bermaya..dan dapat mandi best nya...segar sangat badan...baru la ceria rasa nya..

Senarai masakan yang akan dimasak untuk ujung minggu sudah dibuat..mengikut permintaan anak2..Tengahari esok cadang nak masak nasi beriani..rempah beriani dah beli..original dari Pakistan..beras basmathi pun dah beli...
Dekat2 magrib bersembang ngan jiran2..kebetulan panas agak nya ramai yang keluar mengambil udara petang..lama tak berjumpa sebab masing2 bekerja dan ada hal tersendiri kalau hari cuti..sesekali dapat bersembang best jugak...
Dalam sembang2 bersepakat nak buat makan2 dalam masa terdekat ni...selalu masa ni la dapat berjumpa dan sembang2 sambil makan2 ramai2.

Wednesday, February 10, 2010

Gong xi fa chai...

Raya cina dah dekat..jalan2 kat Bandaraya Ipoh dah sesak...ramai dah balik Ipoh terutama yang keja di Singapura..banyak sekali keta plet Singapura..Yang paling sesak kat belakang rumah kami..tak jauh dari Econsave dan The Store...
1 Malaysia bershopping kat situ..yang terkenal murah diIpoh...
balik keja saya pun tumpang sekaki..saja nak sesakkan Supermarket tu..beli udang,sayo2..dan makanan lain macam tak ada hari esok,sedangkan pasaraya tu tetap akan dibuka raya cina ni...
Saje je nak tunjuk kat depa,saya pun nak sambut jugak raya cina sebab semangat 1 Malaysia..
Sebenar nya masa kecik2 dulu raya cina ada la pegi beraya dirumah sedara mara saya..(mak saya berbangsa cina)
Apa lagi yang best raya cina kalu tak dapat angpau...budak2 banyak la dapat...tapi dah kawin ni pun saya ada jugak dapat angpau..
Yang bagi angpau kat saya ialah pesakit masa kerja dihospital dulu..ingatkan kenapa la nyonya tu panggil saya kat bilik air..rupa nya nak bagi angpau..memang la saya menolak sebab saya bekerja ikhlas dan dibayar gaji..tapi kalau dah dimasukkan dalam poket nak buat macamana..diam je la..itu citer lama...
Kepada yang bagi limau sekotak semalam..terima kasih ya...tiap2 tahun toke kedai tayar tu mst bagi limau sekotak kat suami saya dan tiap2 kali raya Aidilfitri suami saya pulak tak lupa hantar lemang dan rendang ayam kat toke tu..kawan kamcing la tu..boleh utang2 tayar lagi kat situ..he..he..
kepada yang nak makan limau raya cina jemput la ke rumah..kalau tak malu...he..he...gurau je...
Oh..ya..kami rakyat negeri Perak seronok sangat dengan keputusan mahkamah semalam...Daulat Tuanku...semuga negeri Perak terus maju dan aman selalu...Yang bukan rakyat negeri Perak,jangan kacau2 negeri kami tau...
Petang ni sorang2 dirumah kerana suami saya bertugas ke Putrajaya...malas nya nak masak pe2..cadang nak kepasar malam Rapat Setia, nak beli stok makanan untuk ujung minggu ni.anak2 pun akan balik..tapi sabtu ahad ni ada banyak jemputan kenduri kawen..DiTeluk Intan,Batu Gajah,Parit Buntar dan paling jauh diTerengganu...
Tak pe malam sikit baru pegi..baru la ada suasana pasar malam...
Apa2 pun GONG XI FA CHAI untuk sanak sedara yang menyambut nya dan untuk semua kawan2 jugak terutama pesakit2 saya....tahun halimau ...makan la limau......kalau tahun ayam ..makan ayam..tapi  kalau tahun tikus jangan makan tikus eh....

Best nya jadi student

Duduk  bertugas dalam pejabat memang menjemukan...

saya yang aktif ni jadi patah kaki.....walau pun memang tugas saya sekarang kena keluar keseluruh negeri Perak..tapi bukan la hari hari keluar ...seminggu mungkin sekali dua je..ikut keadaan dan keperluan..

ditambah sejuk aircond...tak cukup berjaket,bersarung kaki lagi...kerja yang dibuat sebenar nya menarik dan ok..tapi ..persekitaran buat rasa jemu..saya suka keja2 yang bergerak cergas..

Jadi sesekali keluar dari bilik pegi tengok2 kawan2 yang dibilik depan..semua lelaki kecuali pembantu tadbir kami...

Yang seronok kawan sebilik saya..(kami berdua berkongsi bilik)..asyik lapo je..kejap2 lapo...kejap2 pedeh perut..jom kita pegi makan..dan berdua kami selalu nya ke kafetaria polis seberang jalan..tapi jangan pegi pukul 10, penuh lah polis kat situ..dari yang tak berpaku,sampai la yang berpaku2 kat bahu....

Malu sangat kalau dah ramai2 tu...tapi buat muka sardin cap ayam je...


Ada la dua tiga orangpolis kat situ  yang kenal saya..kawan2 suami dan ada yang kenal masa tinggal diBatu Gajah dulu...

Makanan kat situ ok sebab baru masak dan panas2 lagi...Kafetaria kat pejabat kami ditingkat 3 bangunanTabung Haji kami jarang pegi..x best..sempit..

atau kalau tengahari kami berdua ada la pegi merayau kat 'Little India" belakang pejabat kami..kat sini boleh la makan makanan India..atau window shopping baju2 Bollywood...

Tapi yang paling selalu kami buat ialah tido dalam pejabat..tutup lampu..kunci pintu....tapi tido2 ayam je...pukul 1.45 bangun dan solat ..lepas tu keja balik...

Teringat la masa berkursus selama setahun tahun 2002 dulu...time minum pagi 30 minit je tapi saya ngan kawan2 boleh pegi minum diGreen Town Mall..bayangkan dari Hospital Bahagia Ulu Kinta ..kami pegi minum di Ipoh...nak kata nakal tak jugak sebab bukan budak2 pun..semua dah mak dan bapak budak..ha..ha..seronok nya masa tu..Kawan2 grup saya semua satu kepala...5 orang...yang jadi kepala tentu la Sal yang bertugas diHUKM tu,dan seorang saja lelaki- yang sentiasa ikut kami kesana sini...manja kan main lagi sebab dia sorang lelaki..saya pulak dah macam mak kat dia orang tu sebab diaorang muda2 lagi masa tu...
Kadang2 kami bawak bekal nasi dan makan ramai2 kat kawasan yang boleh di buat tempat berkelah dalam kawasan Hospital Bahagia tu...rasa nya perkara ni tak pernah dibuat orang lain...

Kursus yang kami ambik ialah kursus posbasik psikiatri yang tak la susah sangat..rileks je..banyak la kenangan masa kursus tu..kursus ni banyak berjalan sebenar nya....bukan la saja2 berjalan tapi keperluan dalam kursus kami...
Kami pernah ke Pusat Serenti,Lasah,Sungai Siput,berjam2 naik bas...tak sampai2 ..leteh dan lapo bukan main...kami juga buat lawatan kePusat Serenti,Sg.Besi..masa balik tengahmalam kat Sungkai,tayar bas kami pecah...duduk la melepak tepi jalan...tapi enjoy pulak rasa nya...

Kami masa tu dipanggil students ..atau pelatih..,pengajar kami pun sempoi je..kalau kami tunjuk muka boring atau mengantuk dalam kelas,dia selalu suruh kami balik..pegi la balik,susah ngajar orang tua2 ni...dan kami apa lagi,ambik beg,start keta terus belah..bukan balik rumah pun..selalu nya kami pegi lepak2 kat padang polo atau jalan2 kat Jaya Jusco,Kinta City..he..he...best nya..Pernah sampai kat JJ tu pintu pun tak bukak lagi..he..he..tolong la pekerja tu bukak pintu...kelakar nya..
Tapi kalau exam tak ada pulak yang gagal..semua lulus je...best students nya budak lelaki dalam grup saya tu la..Si..Shah..ops...s..terlebeh sudah!sekarang Shah ni dah jadi Pengajar kat Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta.(Cikgu Shahezam memang smart....tahniah la jadi best student kalahkan kami yang perempuan2 ni..)
Masa tu yang paling tak dapat dilupa ialah masa kami semua students ke Singapura melawat Hospital psikiatri woodbridge..dan yang jadi kenangan dan kelakar sangat ialah masa kami kePulau Sentosa..naik kereta kabel la..memang gayat dan takut sangat..ialah tinggi,kat bawah pulak laut...tapi ada la sorang lagi budak lelaki yang hampir pengsan masa dalam keta kabel tu,ingat kan dia main2 tapi bila tengok dia berpeluh2 kami pun ngelabah jugak..Din..Din....he.he..budak ni pun dah jadi pengajar kat Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta sekarang..
Kat Singapura tu kami keluar makan sup kambing tengah2 malam..hentam je la Labu...orang belanja...
Nanti la lain kali saya citerkan lagi kenangan masa jadi students ni ya...


Monday, February 8, 2010

Selamat berbahagia

Ikan talang kering yang akan jadi korban dalam kenduri nanti..he..he..
Adik pengantin bawak cincin dan mas kawin..kembar ni.....
Sempat la merakam gambar dengan pengantin baru ..comel nya pengantin perempuan tu..

Petang sabtu kerumah sepupu yang akan mengadakan majlis perkahwinan anak sulung pada raya cina ni..saje pegi tengok pe2 yang patut...yang tak patut kalau tak pegi...barang2 kering nampak dah beli..beras dah ada beberapa kampit..ikan talang kering yang besar2 untuk masak gulai nangka pun ada ,yang kelakar ikan tu digantung didepan rumah..ingat untuk apa,rupa mya nak keringkan lagi...
yang tak kelakar bakal pengantin lelaki jalan terhencot2..kaki terseliuh main bola..
tak pe nikah esok tolak je dengan kerusi roda..
sembang2 hari pun hujan dan balik keIpoh hari dah pun gelap...singgah kat kedai beli la ikan bilis..Aiza dah cal mintak sambal tumis ikan bilis untuk saya kirimkan melalui Aidil yang akan balik keKL esok.
Malam main2 dengan Adam..esok dah nak balik keKL...
Pagi Ahad,kepasar pagi Medan Gopeng,beli la bahan2 untuk dimasak untuk bekalan anak yang akan balik KL..Pegi kejap je kat pasar pagi tu,ramai pendatang asing..macam kat Jakarta pulak..yang perempuan nya pakai seksi2 semacam...macam kat tempat diaorang pulak..berlagak pulak tu...sekali tengok dah tau bukan gadis tempatan..lain macam je gaya dia..tapi ada jugak yang bagus2..masa sembahyang terawih kat mesjid KgMelayu ramai jugak diaorang berjemaah disitu..Selepas makan tengahari dan Aidil balik keKL..Shafeeq datang bersama Am..makan tengahari dan entah sembang apa2 dengan abah diaorang..saya ..em.m.mmbest nya z..zz...z..z..dalam bilik..Tapi pukul 4 terjaga ,berjanji untuk kemajlis akadnikah anak sepupu..
Ramai la jugak kat majlis tu..lepas semua nya selesai kami ramai2 kerumah pengantin perempuan..menjamu selera..kenduri dan bersanding nya sabtu dan ahad ni...
Sebenarnya ada 5 kad lagi untuk majlis kenduri sabtu dan ahad ni..tak tau dapat pegi ke tak..
Malam dapat call dari Fais,bekas student MA yang sekarang bertugas di Penang..
mama, saya nak bertunang 14 hb ni..kata Fais....
Tahniah,dengan budak yang Fais berkawan dulu ke tanya saya..tak,saya dah kena tinggal la mama,dia dah jumpa orang lain..
Terkedu sekejap saya...tak pe la kan..dah tak ada jodoh..
Kesian nya...begitu la..yang bercinta bagai nak rak,jumpa orang lain dah beralih kasih..bercinta dengan orang lain berkahwin dengan orang lain...
Selalu nya bercinta jarak jauh banyak sekali dugaan..berjumpa yang lain dah mula nak lupakan yang lama..
apa2 pun mama doakan Fais bahagia dengan pilihan mak dan keluarga..berkat tau mak yang pilihkan...jangan berkahwin dengan orang yang kita cintai tapi cintai lah orang yang kita kahwini..ini falsafah budak yang duk kat Kajang tu...
Fais...jaga lah ikatan pertunangan tu baik2..mama doakan yang baik2 je untuk Fais ya...terima kasih kerana tak lupakan mama dihari bahagia Fais....
Yang lupakan mama dihari bahagia tu tak pe....semuga selamat dan bahagia sentiasa...

Saturday, February 6, 2010

Sepagi di Greentown Mall


                                                         Ni pendrive yang dibeli pagi ni..

Pagi2 sabtu bangun dan goreng bihun..

goreng keledek..

masak nasi,goreng terung berlada,sambal tumis ikan bilis,goreng ikan..

awal nya masak..mesti la,pas ni nak ronda2 kat Green town Mall atau Kinta City atau Jusco..shopping la...
lapo nanti balik makan...tak nak makan lat luar lagi,hari tu sakit perut lepas makan kat gerai...serik jugak...jadi masak sendiri terjamin kebersihan nya..

mula2 anta buku library yang dah terlebeh 5 hari tak anta...kena denda la sehari sepuluh sen..dua buku seringgit la...tapi best juga bila librian tu kata ..mula tahun ni tak kena denda..janji anta balik buku..oh..tak pe simpan kad saya kat sini ya,nanti bila2 datang nak pinjam buku senang...

Mula2 cari pendrive kat Greentown Mall..yang lama dah penuh,satu lagi ada virus,teruk sangat...tapi sebelum beli singgah kat kedai tudung dulu..cantik2 tudung kat situ,beli satu..terbangRM 40....Beli pen drive terbang rm 60 pulak..tak pe,aktiviti bershopping baru bermula..kedai2 pun baru nak bukak..

Raya cina..patut orang cina la bershopping...tapi oleh sebab semangat 1 Malaysia apa salah nya orang Melayu pun bershopping...

Jalan2 kat Uda Ocean dulu...beli la satu dua barang..

tak best sangat tak banyak pilihan...tapi dalam duk jalan2 tu jam pun dah hampir 12 tengahari...patut la lapo..tak pe balik makan dulu,kalau rajin nanti sambung shopping lagi,kalau tak lepas makan rihat je kat rumah...rumah saya tak jauh pun,nak pegi tak de masaalah... 

Friday, February 5, 2010

Masa merubah segala nya...

Eh..lagi sorang..anak sape la ni
Dua hari tak boleh bukak blog ni...ada la silap kat mana2..hari tu pasal kabel TM ada masaalah...ada aku kesah..?

Dah..dah..la tu mama...he..he..

Jumaat,saperti selalu dikata,hari paling best...yeh..yeh..esok cuti 2 hari..weekend ni banyak rancangan ..nak pegi library,nak pegi tempah baju..nak pegi beli pendrive..itu pagi sabtu..

Petang nak pegi rumah sepupu yang nak adakan kenduri kawen anak sabtu depan..nak pegi jogging,nak buat kek..dan cadang nak tengok ADNAN SEMPIT...ni jap lagi kena perli la ngan budak tu..apa kelas mama ni tengok filem melayu..eh..ada aku kesah...?

Malam Adam balik...sampai pukul 12 tengahmalam...oh..mesti rancangan akan bertukar esok...tak pe..buat aktiviti dengan Adam pun best jugak sebab dia dah besar...

Sebenar nya pagi Sabtu ada aktiviti senam seni yang akan disiarkan secara langsung diTV1 di perkarangan pejabat SUK ,magrib pulak ada sembahyang berjemaah dirumah Menteri Besar sempena genap setahun Beliau menjadi Menteri besar Perak..(tapi saya tak ada rancangan nak pegi) cepat nya masa berlalu...kejap sangat dah setahun..

Memang la masa begitu cepat berlalu,yang dah berlalu tak kan berulang lagi...masa tak kan menunggu kita...

Masa jugak lah yang merubah segalanya..kalau dulu muda sekarang dah tua..kalau dulu suka sekarang mungkin dah benci..dulu sayang,sekarang dah tak nak pandang...dulu susah..sekarang dah senang ,bergaji besar...dulu kemana2 dengan bas sekarang dah berkereta....manusia jugak saperti pasir dipantai...bila datang ombak,berubah lah keadaan nya...

jadi pandai2 la bawak diri....sedar2 la diri....tak perlu la merayu pada yang dah tak sudi..jiwang la pulak..ada aku kesah..?
Gambar kat atas tu saje je tempek...anak sape la tu..

Thursday, February 4, 2010

Capati untuk makan malam ni...meh la makan...
Dengar lagu2 lama memang best...CD dibeli Aiza..

Sepagi dalam pejabat,mengadap komputer..annual return dari hospital2 swasta seluruh Perak mula diterima,ada yang fax je,ada yang e-mail,ada yang pos..masukkan data sampai tak sedar dah tengahari..



diajak kawan pejabat cari buah2 kat Econsave..Doktor Z pun nak ikut..bertiga kami sempat la shopping..beli la buah2 ,makanan untuk dimakan kat pejabat dan macam2 benda lagi..limau raya cina pun beli..murah je kat situ,sekotak rm 6 je..sampai kat pejabat dah pukul 2 lebeh sikit,tempat parking penuh, parking betul2 depan pejabat Datuk..kalau terserempak dengan dia bagi je la limau raya cina tu...ya la,masuk keja 2 petang,ni 2.30 baru terkial2 cari parking...mintak ampun Datuk...



Ailia call sambil nangis..eh..pe hal budak ni...rupanya marahkan abang Nain dia yang tak jawap2 call..dah sepuluh kali tawaf hospital Ampang ni ..yang pegi kacau dia tengah keja ngapa?rindu kat abang dia la tu..susah kalau dah manja dengan abang2 dia macam ni..cadang nak ngadu tapi dia yang kena marah..acah je tu...



Petang banyak jugak keja,tak pe la..habiskan keja sebelum balik pukul 5..



Terus ke Batu Gajah bersama suami,kerumah sewa dan balik singgah makan malam dikedai makan yang hanya menjual capati je..jadi makan capati la petang ni..



Sebelum samapi kat rumah kami,sempat la singgah kat Pasar Malam kat kem TUDM..beli buah pisang kaki yang manis sangat..untung beli pisang kaki ni sebab suami dan anak2 tak suka ,jadi saya dapat makan banyak...em..m..manis nya..



Malam bukak la lagu2 Tom Jones sebelum tido..Aiza yabg belikan CD tu..konsert penyanyi tu kat Cardiff,London..tempat Aiza tinggal dan belajar masa diLondon dulu..lagu D'Laila paling best...



Dapat berita anak sedara saya admitted kat PUSRAWI...Semuga cepat sembuh dan nakal2 kembali ya...nanti dah baik,balik Ipoh eh..kita buat barbekue lagi...cayang Afiq...
eh...anak saya Nain mesej kena keja malam pulak,tadi kan da keja pagi..kenapa la depa dera anak kesayangan saya ni..,.kesian budak tu..leteh tadi tak habis lagi,dah panggil keja malam pulak..anak saya Shafeeq kat Ipoh pun macam tu..asyik keja siang malam..dah bertambah2 jerawat kat muka....he...



Wednesday, February 3, 2010

Mak Esah..ada aku kesah?

Yang nak saman mama,setakat 100 ribu,ok je..ni duit dia boleh bayo ari ni gak tau......he..he...
Apa hal pagi2 dapat banyak call...mesej pun masuk bertalu2..nak tergelak sungguh.. rupa2 nya ramai jugak yang baca blog saya...ada yang kata boleh tahan jugak samseng mama ni...jangan la kata mama samseng..saje je nak hilangkan boring...
Tak kan la mama macam tu,nama pun mama mesti tunjuk contoh yang baik2 kat anak2..he..
Budak tu pun call..malu la mama ni buh gambar pulak..tak pe ma gurau je,tak salah pe2 pun ..yang pasti ma tak kata pe2 pun..orang lain yang bawak citer..ma dengar je...jadi bila mesej kata ma tuduh..ma buat gosip..mesti la mama marah perkara yang mama tak buat..
tentang gambar tu..kan gambar ramai2..ada muka ala2 Amer Khan ke kat situ?sape yang perasan sangat tu...
Jangan la saman mama...juta2 pulak...eh..100 ribu tu ada la dalan wallet...sekarang pun boleh bayo...tak caya tengok duit mama dalam gambo tu..

Aiza pun call...budak tu ingat dia artis ke mama ?ha..ha..gelak je la..sebenar nya budak tu lurus bendul,mungkin kawan2 saje nak usik dia,dia ingat betul.. kesian jugak,jadi mangsa gossip...kalah artis..jangan nangis macam FARHIN dah la...macho kan main tapi dalam hati ada taman...ki..ki..

Eh...ada yang bagi pantun 2 kerat la..Mak Esah....ada aku kesah? ka..ka..ka...ni betul2 lawak antara bangsa..cadang nak padam post samseng tu..tapi tak pe la buat kenangan...lagi pun nama pun blog peribadi..catatan rindu mama lagi..biar la menjadi kenangan satu waktu nanti...
Sebenar nya ni catatan harian apa yang berlaku setiap hari,yang sudi baca tak pe...mungkin ada yang boleh jadi panduan...bahasa yang saya guna pun tak la susah nak paham...kalau ikut bahasa sms sekarang jenuh la nak paham...sebab tu saya tak suka baca blog yang susah nak paham..biar la santai bila membaca...

Hari ni terjadi satu hal kat pejabat..nak citer segan jugak,tapi akibat dia..tengkuk , kepala dan tangan sakit,jenuh la sapu ubat ..minyak panas..tapi masih sakit..kepala pun pening2 jugak..sebab kawan pejabat semua bertugas diluar, jadi nangis sorang2...hu..hu...hari ni dalam sejarah..macamana saya boleh terjatuh dari kerusi...?kalau badan comel dan kecik molek tak pe la jugak..rasa nya memang kerusi tu yang salah..macamana roda dia boleh bergerak kebelakang masa saya bangun?bila nak duduk dia dah bergerak kebelakang..jadi terduduk atas lantai la....kepala pulak terkena bucu meja..nak call suami bagitau mesti kena gelak sakan, jadi nangis sorang2..cuma sempat mesej kat anak di Ampang..dia paksa saya keHospital..sayang jugak dia kat saya..
Masa balik dalam keta baru bagitau kat suami..kan betul dah kata tadi..bukan nak bersimpati,tapi kena gelak pulak..Mak Esah..ada aku kesah...?dah puas gelak, last last suami kata lain kali hati2 dijalan raya..ada ke patut..
Sampai rumah masak simple2 dan sebab lapo...makan la tak tunggu pe2 lagi..Hujan turun lebat sangat..angin pun bertiup kuat...Hilmie datang hantar ubat abah dia dan goreng telo pulak untuk dia makan..lepas makan terus je dia baring depan tv..budak ini betul la..mana badan tu tak ebol2...lepas makan baring,lepas makan tido...cuba bawak jalan2 sikit.biar nasi turun keperut dulu..

Tuesday, February 2, 2010

Anak sape la ni




Anak sape la ni...


Post samseng...ada aku kesah?

Budak muka ala2 Amer Khan ada kat sini...jangan mare eh...


Bosan sebenar benar nya..malam sebenar nya dapat mesej dari budak tu..dia taip..'JANGAN NAK TUDUH YA'..pulak dah..budak ni..aku tuduh apa pulak..malas nak balas..delete msj dia...


ingat aku ni kaki gosip ke..helo..lebeh baik aku pegi dapo,masak kue ke,kek ke,sekurang2 nya bertambah jugak berat badan..



esok pagi2 teringat nak balas mesej budak semalam..tapi tak guna satu sen pun sebab jam ni..8 pagi dia masih enak2 dibuai mimpi..tau dah..dah kenal lama..he..he...

Pagi kat pejabat, boring pulak dgn orang tua ni,hari tu suruh buat macam tu,pagi ni suruh buat lain pulak..baru tau dia ni berangin satu badan...

entah apa yang buat dia berangin,aku jadi sasaran..tak pe..tak pe..ikut rentak dia dulu,nanti kalau aku pulak yang berangin baru diaorang tau..tak cukup sebotol minyak gamat nak sapu kat badan...

kenapa buat macam ni?pulak..kan dia yang suruh..tunjuk lagak ya..tak pe...sabo je..itu citer kat pejabat..

Kul 10 anta mesej kat budak tu...tak paham mesej semalam...saje je kata tak paham nak tengok akal dia....dia jawap..kan gosipkan saya dengan dia tu..eh bila?ingat aku tak ada keja lain nak gosip kan dia pulak..terkenal ke awak tu..artis ke orang nak gosip2..nak termuntah aku..buat apa pun , ada aku kesah?
Tak boleh bagi muka,tak boleh buat baik dah...
nak pijak kepala dah...aku dikata menggosipkan dia..setau aku gosip2 ni untuk artis je..rupa nya keja kat hospital pun kena gosip...

Ha..ha..ha...ini post paling kelakar dan samseng..saje je boring..kalau budak tu baca..tolong paham ya..banyak lagi keja nak buat tak ada masa nak gosip hal orang...bukan ahli mesyuarat tingkap pun..


tengok dia dah nak tergelak..memang la manis senyuman tu semanis jambu kat R&R Tapah..tapi kalau main tuduh2 kat aku ,siap aku kerjakan dia..uban sehelai dua yang baru nak belajar tumbuh tu habis aku cabut nanti..

Cuti ni balik kampung tau,jumpa makwe kat sana,tunjuk la kesetiaan sikit...hari tu dah nak tergelincir kejap..ada aku kesah?

Tau la muka tu lawa, ala2 Amer Khan..? ramai peminat..ada aku kesah?


Post ni saje buat lawak antarabangsa je..nak hilangkan boring dan nak uji boleh berlakon jadi samseng tak..




Monday, February 1, 2010

Selamat pengantin baru Ummi dan Malek

Ni dia Damia masa baby..sekarang dah setahun dengan berat 16 kg....





Petang kepasar malam Ipoh Jaya...



sebelum tu kerumah seorang kawan diHalaman Ampang Mewah, lama tak jumpa,dia pun dah tak boleh kemana2 kena jaga cucu...



Dah nak slim badan tu sebab jaga cucu yang lasak dan asyik naik tangga je..bagus jugak tak payah diet..he..he....



Cucu pulak bukan main hantap lagi..baru setahun lebeh sikit dah 16 kg berat dia...



Damia..Damia..seronok sungguh dia nak ikut saya balik..



Sampai dirumah,Malek datang menghantar kad jemputan kawen 14 hb ni..ramai sungguh ya yang akan naik pelamin 13 dan 14 Februari ni...kad jemputan dah ada 5 kat rumah ..



20 hb.Februari ni jugak seorang lagi anak jiran saya akan kawen,jiran sebelah rumah...



Malek ada lah bekas student MA yang sekarang bertugas diklinik Lambor..akan berkahwen dengan Ummi Aina bekas students nurse Kolej Kejururawatan,Ipoh..dua dua orang Terengganu..jauh nya,macamana mama nak pegi...jemputan kat Perak pun belum tentu dapat pegi semua..



Apa2 pun mama ucapkan Selamat Pengantin Baru..jaga lah rumahtangga baik2..



hidup berumahtangga banyak dugaan menanti....sentiasa lah saling memahami ...Lepas kawen nanti,dan bila ikut Malek kePerak,datang la kerumah mama ya...