RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Friday, February 12, 2010

Berat nak lepaskan..

Ini la bunga ros dari saya untuk bos yang naik pangkat dan akan bertukar kePerlis.,...
Hari ni keja sampai pukul 9,lepas tu keluar kerana ada urusan

Dr Z sain borang keluar pejabat jadi tak de masalah kalau urusan memakan masa lama sikit.

Tengahari masak simple2 je sebab petang akan ke jamuan hightea untuk Dr Nordin di Hillcity..

Oh..jalan raya sesak sekali..sampai kat Hillcity ada kemalangan pulak, jalan jadi sesak dan huru hara..yang baru sampai dari selatan dan keluar ditol SimpangPulai jadikan jalan bertambah sesak di Gunung Rapat...

Jamuan bermula 3 petang,semua yang datang berbaju biru..serba biru,,,warna kegemaran Dr Nordin...

Majlis santai je walau pun ada ucapan...em.mm sedeh sekali waktu semua staf unit perubatan JKN Perak serahkan sekuntum seorang ros yang wangi dan mekar untuk Dr Nordin..setiap orang menulis isi hati atau apa saja dalam kad yang diikat pada tangkai bunga ros tu....dan yang lain2 ramai2 nyanyikan lagu nyanyian Aizat..

sebenarnya walau pun saya baru bertugas diunit ni tapi Dr Nordin tu rasa nya macam ayah sendiri..cara diabercakap dan bercerita atau memberi nasihat penuh dengan sifat seorang ayah..

Apa pun Tahniah kerana kenaikan pangkat dan selamat bertugas ditempat baru...Perlis Indera Kayangan..


Sayu terpisah

hikayat indah kini hanya tinggal sejarah

berhembus angin rindu

begitu nyaman nya terhidu wangian kasih mu

hujan lebat mencurah kini

bagai kan tiada henti

kau lah lagu ku irama terindah


tak lagi ku dengari

kau pergi...pergi

sepi tanpa dikau

gurauan dan senyuman mu tak ku lupa

biar pun jauh dimata

biarkan kenangan tersemat dalam jiwa

hujan lebat mencurah kini

bagaikan tiada henti

kau lah lagu ku irama terindah

tak lagi ku dengari

kau pergi..pergi..

No comments:

Post a Comment