RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Monday, February 22, 2010

Semuga bahagia Opie dan Azua

Ayah pengantin sedang bersalam dengan tetamu..
Cepat2 makan,tetamu dah sampai..ni pembantu catering....makan dulu baru keja




Pengantin baru sampai,jalan cepat2..panas..masuk rumah dulu... bersanding... baru makan...




Dato' Zambri (MB kami) dan Datin Sharifah pun datang makan kenduri...





Kek2 cawan yang comel untuk tetamu






Tengok..suka nya pengantin pempuan tu...Opie dan Azua masa kenduri diKampar







Ahad ...Opie anak jiran yang bersanding diKampar semalam bersanding dirumah sendiri pulak..betul2 sebelah rumah saya..jiran paling dekat dah macam keluarga sendiri...

catering yang menghidangkan makanan menumpang depan rumah saya..

jadi macam rumah sendiri kenduri jugak...

Malam leteh sangat...tapi sebab panas masih tak boleh lelapkan mata..pagi Isnin ketempat keja dengan kepala pening dan badan macam nak demam..semua gara2 tak cukup tido..
Jam 8.30 kami staf dari UKAPS JKN Perak berangkat keTaiping..menjalankan tugas tapi sapa la yang dapat meramal apa yang akan berlaku? dijalan Kuala Kangsar kerana pemandu kami cuba mengelak kereta yang berhenti tiba2...oh..rasa tak boleh ingat apa yang berlaku..saya tercampak kedinding begitu juga yang lain2..saya paling teruk..bahu terhantuk didinding kenderaan..lebam kebiruan dan sakit sangat tapi kerana tugas dan dah berjanji dengan pehak pengurusan Colombia Asia hospital,kami teruskan jugak perjalanan..sakit nya tangan...tapi sabo je...cuma sempat sapu minyak panas sikit je..


Menjalankan tugas diColombia tu sampai 2 petang lebeh,terima kasih pehak pengurusan Colombia Asia yang memberi kerjasama yang baik kepada team kami yang menjalankan tugas...terutama Mr.Tsia pengurus besar nya yang terpaksa korbankan mood bercuti tahun baru untuk menyambut kami..hospital anda hospital paling bersih pernah saya tengok..masa dalam perjalanan balik bahu dan tangan semakin sakit,diam2 mengalir jugak airmata.....

tapi takut kawan2 tengok ,pejamkan mata pura2 tido..tapi panas nya air mata yang mengalir dipipi buatkan saya tak selesa...
YA ALLAH maseh panjang usia ini...teringat tadi masa van bergerak meninggalkan pejabat sempat melambai kearah suami yang kebetulan berada kat situ..kalau la jadi apa2 tadi kat saya,tentu la lambaian tu akan jadi kenangan pada dia..



Sebelum balik ke Ipoh,keKuala Sepetang menjalankan tugas lagi..tapi masing2 dah leteh dan tak ada mood...tak seorang pun yang teringin nak makan mee udang kat situ...masih trauma dengan kejadian pagi tadi...sampai dipejabat hampir pukul 5,badan dah terasa lembek...suhu badan dah naik dan lengan dan bahu terasa berat...sakit berdenyut2..tapi tangan kiri masih boleh menaip walau pun lambat dan terkial2...





Disini ditempek kan gambar2 menarik majlis perkahwinan Opie untuk kenangan...

No comments:

Post a Comment