RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Monday, February 8, 2010

Selamat berbahagia

Ikan talang kering yang akan jadi korban dalam kenduri nanti..he..he..
Adik pengantin bawak cincin dan mas kawin..kembar ni.....
Sempat la merakam gambar dengan pengantin baru ..comel nya pengantin perempuan tu..

Petang sabtu kerumah sepupu yang akan mengadakan majlis perkahwinan anak sulung pada raya cina ni..saje pegi tengok pe2 yang patut...yang tak patut kalau tak pegi...barang2 kering nampak dah beli..beras dah ada beberapa kampit..ikan talang kering yang besar2 untuk masak gulai nangka pun ada ,yang kelakar ikan tu digantung didepan rumah..ingat untuk apa,rupa mya nak keringkan lagi...
yang tak kelakar bakal pengantin lelaki jalan terhencot2..kaki terseliuh main bola..
tak pe nikah esok tolak je dengan kerusi roda..
sembang2 hari pun hujan dan balik keIpoh hari dah pun gelap...singgah kat kedai beli la ikan bilis..Aiza dah cal mintak sambal tumis ikan bilis untuk saya kirimkan melalui Aidil yang akan balik keKL esok.
Malam main2 dengan Adam..esok dah nak balik keKL...
Pagi Ahad,kepasar pagi Medan Gopeng,beli la bahan2 untuk dimasak untuk bekalan anak yang akan balik KL..Pegi kejap je kat pasar pagi tu,ramai pendatang asing..macam kat Jakarta pulak..yang perempuan nya pakai seksi2 semacam...macam kat tempat diaorang pulak..berlagak pulak tu...sekali tengok dah tau bukan gadis tempatan..lain macam je gaya dia..tapi ada jugak yang bagus2..masa sembahyang terawih kat mesjid KgMelayu ramai jugak diaorang berjemaah disitu..Selepas makan tengahari dan Aidil balik keKL..Shafeeq datang bersama Am..makan tengahari dan entah sembang apa2 dengan abah diaorang..saya ..em.m.mmbest nya z..zz...z..z..dalam bilik..Tapi pukul 4 terjaga ,berjanji untuk kemajlis akadnikah anak sepupu..
Ramai la jugak kat majlis tu..lepas semua nya selesai kami ramai2 kerumah pengantin perempuan..menjamu selera..kenduri dan bersanding nya sabtu dan ahad ni...
Sebenarnya ada 5 kad lagi untuk majlis kenduri sabtu dan ahad ni..tak tau dapat pegi ke tak..
Malam dapat call dari Fais,bekas student MA yang sekarang bertugas di Penang..
mama, saya nak bertunang 14 hb ni..kata Fais....
Tahniah,dengan budak yang Fais berkawan dulu ke tanya saya..tak,saya dah kena tinggal la mama,dia dah jumpa orang lain..
Terkedu sekejap saya...tak pe la kan..dah tak ada jodoh..
Kesian nya...begitu la..yang bercinta bagai nak rak,jumpa orang lain dah beralih kasih..bercinta dengan orang lain berkahwin dengan orang lain...
Selalu nya bercinta jarak jauh banyak sekali dugaan..berjumpa yang lain dah mula nak lupakan yang lama..
apa2 pun mama doakan Fais bahagia dengan pilihan mak dan keluarga..berkat tau mak yang pilihkan...jangan berkahwin dengan orang yang kita cintai tapi cintai lah orang yang kita kahwini..ini falsafah budak yang duk kat Kajang tu...
Fais...jaga lah ikatan pertunangan tu baik2..mama doakan yang baik2 je untuk Fais ya...terima kasih kerana tak lupakan mama dihari bahagia Fais....
Yang lupakan mama dihari bahagia tu tak pe....semuga selamat dan bahagia sentiasa...

No comments:

Post a Comment