Raya cina dah dekat..jalan2 kat Bandaraya Ipoh dah sesak...ramai dah balik Ipoh terutama yang keja di Singapura..banyak sekali keta plet Singapura..Yang paling sesak kat belakang rumah kami..tak jauh dari Econsave dan The Store...
1 Malaysia bershopping kat situ..yang terkenal murah diIpoh...
balik keja saya pun tumpang sekaki..saja nak sesakkan Supermarket tu..beli udang,sayo2..dan makanan lain macam tak ada hari esok,sedangkan pasaraya tu tetap akan dibuka raya cina ni...
Saje je nak tunjuk kat depa,saya pun nak sambut jugak raya cina sebab semangat 1 Malaysia..
Sebenar nya masa kecik2 dulu raya cina ada la pegi beraya dirumah sedara mara saya..(mak saya berbangsa cina)
Apa lagi yang best raya cina kalu tak dapat angpau...budak2 banyak la dapat...tapi dah kawin ni pun saya ada jugak dapat angpau..
Yang bagi angpau kat saya ialah pesakit masa kerja dihospital dulu..ingatkan kenapa la nyonya tu panggil saya kat bilik air..rupa nya nak bagi angpau..memang la saya menolak sebab saya bekerja ikhlas dan dibayar gaji..tapi kalau dah dimasukkan dalam poket nak buat macamana..diam je la..itu citer lama...
Kepada yang bagi limau sekotak semalam..terima kasih ya...tiap2 tahun toke kedai tayar tu mst bagi limau sekotak kat suami saya dan tiap2 kali raya Aidilfitri suami saya pulak tak lupa hantar lemang dan rendang ayam kat toke tu..kawan kamcing la tu..boleh utang2 tayar lagi kat situ..he..he..
kepada yang nak makan limau raya cina jemput la ke rumah..kalau tak malu...he..he...gurau je...
Oh..ya..kami rakyat negeri Perak seronok sangat dengan keputusan mahkamah semalam...Daulat Tuanku...semuga negeri Perak terus maju dan aman selalu...Yang bukan rakyat negeri Perak,jangan kacau2 negeri kami tau...
Petang ni sorang2 dirumah kerana suami saya bertugas ke Putrajaya...malas nya nak masak pe2..cadang nak kepasar malam Rapat Setia, nak beli stok makanan untuk ujung minggu ni.anak2 pun akan balik..tapi sabtu ahad ni ada banyak jemputan kenduri kawen..DiTeluk Intan,Batu Gajah,Parit Buntar dan paling jauh diTerengganu...
Tak pe malam sikit baru pegi..baru la ada suasana pasar malam...
Apa2 pun GONG XI FA CHAI untuk sanak sedara yang menyambut nya dan untuk semua kawan2 jugak terutama pesakit2 saya....tahun halimau ...makan la limau......kalau tahun ayam ..makan ayam..tapi kalau tahun tikus jangan makan tikus eh....
No comments:
Post a Comment