RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Saturday, May 15, 2010

Hari kedua dalam hutan...

Pemandangan bukit bukau dari puncak bukit Kentor..

Kumpulan JATI dah sampai dipuncak..tahniah!


oh..kesian..leteh nya...turun bukit serbu tembikai...tak cukup 3 bijik..



Zuhairi..jangan tinggalkan bendera atas bukit..nanti kita semua kena denda....




Lepas memasak,tunggu yang mendaki bukit balik,sempat lelapkan mata sekejap....





Good luck JATI....mama kena tinggal sebab sakit kaki...hu..





Tengok kumpulan JATI...bersemangat dengan bendera untuk mendaki bukit...







Ini Ucuk... staf yang menjaga tapak perkhemahan kami....gambar Ucuk terpampang kat billboard Taman Negara kat bandar Jerantut...









Bergambar sebelum menaiki bot untuk mendaki bukit...Ucuk no 4 dari kiri...mama saje je tumpang sekaki...




Dr.Haslina...Aziz...Ramlah dan lain2..bersedia untuk pergi mendaki bukit....





Fasilitator sedang mengadili hidangan sarapan pagi



Sarapan pagi bersama sebelum aktiviti mendaki bukit



Sarapan pagi hari kedua dalam hutan.....dimasak semua nya oleh ahli kumpulan lelaki...
Hari kedua ,sarapan pagi disiapkan sepenuhnya oleh ahli kumpulan lelaki...roti telo,sandwich dan telo rebus...sedap jugak...markah pun dapat banyak jugak...
oleh sebab kaki cedera masa main polo air semalam ,saya dinasihatkan supaya berehat dan tak ikut mendaki bukit sebab bukit tu tinggi dan curam...hampir 2 jam untuk mendaki saja...
sebab tak nak susahkan sesiapa..jadi saya bersetuju tinggal di tapak perkhemahan dan memasak dengan 3 orang lagi untuk mereka yang mendaki bukit...macamana pun..kami menghantar diaorang kat menaiki bot..sempat bergambar dan melambai serta uacapkan good luck....
Lepas semua pegi...terasa sunyi pulak...ambik kesempatan basuh baju dan seluar,lepas tu memasak la apa yang ada bersama Nimie dan puan Fadzilah ..masak goreng telo mata kerbau berkicap,sambal sardin,goreng ikan masin dan sayur campur..siap..terlelap sekejap atas buaian..sekejap sangat...
Masa semua sampai selepas mendaki bukit,masing2 nampat leteh dan tak berdaya berjalan..kesian nya..nasib baik dah masak nasik..apa lagi..makan la...
yang habis buah tembikai...dahaga sangat....kesian..
Selepas berihat petang diadakan pertandingan menyumpit...sebelum tu diajar cara2 nak hidupkan api dalam hutan gunakan kayu...staf orang asli yang tunjukkan..teruja tengok..kami disuruh nyanyi ramai2 bagi semangat masa dia hidupkan api tu..lak..luk.lak..lak..
Yang menang menyumpit Dr Suhaimi..dapat hadiah satu set penyumpit...nak sumpit pe eh..kat KL...
Lepas pertandingan menyumpit kami kena siapkan tugasan yang diberi urusetia...menyiapkan sebuah buku berdasarkan pengelaman night walk......
Catatan jurnal kursus dan satu persembahan untuk malam nanti..malam ada barbekue dan malam mesra...senang je..bincang2 buat la pe yang patut..jangan susahkan diri,buat yang simple2 je..dan malam mesra tu saya kena pulak jadi pengacara..beres..dan oh...hujan turun lebat...duk dalam khemah je tunggu maghrib...





No comments:

Post a Comment