RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Monday, May 31, 2010

Preet...preet..


Pemandangan depan Pejabat Pos Batu Gajah...ralit tengok polis trafik bertugas..preet..preet...




Bercuti 2 hari,bersama suami keBatu Gajah masukkan gas tayar kereta..sementara tu saya ke Pejabat Pos yang tercantik kat Perak..tapi service kureng la pulak...ada dua kaunter je yag bukak..lambat sangat..pelanggan yang tak ada nombor pun menyelit jugak kat kaunter,jadi ada 2..3..orang pelanggan kat satusatu kaunter dalam satu masa..



Walau pun ruang luas tapi kerusi hanya ada beberapa buah je...jadi pelanggan ramai yang terpaksa berdiri..yang bawak anak2 kecik nampak gelisah je ....



dulu pejabat pos ni bangunan lama..kayu je... tapi sekarang dah buat baru,besar dan cantik tersergam kat persimpangan keLumut ditengah bandar..diresmikan oleh DYTM sultan Azlan...tapi tengok servis nya...rasa biarla kepejabat pos kat rumah kami ...(Kg.Rapat,Gunung Rapat)kecik tapi 3..4 kaunter bukak dan cepat saja nombor bergerak...



Sebab tak de kerusi nak duduk,semua penuh,saya berdiri la kat luar...kat lobi yang mengadap Trafic light dan jam besar...dan ralit tengok polis trafik yang sedang bertugas mengawal lalulintas..kebetulan lampu isyarat rosak...cekap sungguh preet..preet..

No comments:

Post a Comment