RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Friday, May 14, 2010

Hari pertama dalam hutan..

Dr.Ibrahim ceria tunjuk bakat goreng kobis...



Anak sape ni...sedang bagi ikan kelah makan.....








Ada shooting filem cannibal kat dalam hutan...ni antara pelakun dia dari Papua...







Main polo air sempat la jeling minah saleh yang lalu...nasib pakai baju..










Pertandingan polo air..masa ni la saya tertelan air,tersepak batu dan kaki kejang..sakit nya....hu..












Eh..dalam hutan pun ada shower kalau nak mandi.. dalam batang kayu lagi...






Ketua fasilitator sedang nak merasa masakan kami..ada markah tu...


Ni dia hidangan pertama hasil masakan kami...sedap tuh..





Terima kasih yang tolong mama pasang khemah...



Ralit memberi ikan kelah makan...best sangat pelantar ni..boleh lambai bot2 yang lalu...





Pelantar tempat bersantai tengok ikan dan bot yang lalu..kat sini malam terakhir kami buat barbekue...









Sekumpulan semut besar kat tapak perkhemahan kami



Papan tanda tapak perkhemahan kami...




Dah sampai...lega...kat belakang tu Zabidi yang malu2 bila diajak bergambo..


Pemandangan batu2 besar kat tepi sungai




Pemandangan tepi sungai Tahan...




Best naik bot ramai2 teruja yang pertama kali naik..





Ceria je budak Zabidi ni...tu 2 beg saya...



Memulakan perjalanan.... bendera kumpulan jaga baik2 Sharul...






Pemandangan jeti Kuala Tahan ...dari tempat parking kereta





Best nya macam kat sungai Golok la pulak...





Ni la kumpulan saya ....JATI... Mazian dari WP,Sharul dari Selangor,Zuhairi dari Ganu kita dan En Zainol dari Kedah....



Urusetia sedang masukkan barang untuk dibawak ke tapak perkhemahan....caya lah Dr.Haslina...










Hari kedua berkursus bangun awal sebab tak boleh tido...penat la pejamkan mata..tau2 dah pukul 6..lepas solat dah ada senaman pagi..dan aktiviti latihan mempertahankan diri....





lepas makan pagi kat restoren resort, kami bersiap sedia untuk bertolak ke tapak perkhemahan Kelah Santuary,Lubuk Tenor....oh..teruja sangat nak naik bot...selalu tengok kat dalam gambo atau dalam tv je....penuh bersemangat mengangkat 2 beg berat kedalam bot....dibantu remaja pengemudi bot...dapat duduk dalam bot oh...lega....




Macam jakun je naik bot..mula2 takut jugak ,tapi lepas tu dah seronok menyusuri sungai...




sejuk..mendamaikan....ada banyak batu2 besar kat tepi sungai,kalau dapat berkelah kat situ best nya....






Tengok remaja lelaki yang mengendalikan bot tu kesian jugak,bila sampai kat tempat air cetek,dia sekuat tenaga gunakan kayu menolak dasar sungai supaya bot dapat terus bergerak..sempat interview remaja tu...mama ni kan peramah..he..




nama remaja tu Zabidi,anak kelahiran Kuala Tahan..dah lama kerja kemudikan bot tu..peramah jugak dia melayan pertanyaan saya..tengok dari orang nya mungkin dari keluarga sederhana..mencari nafkah untuk keluarga sebab dia anak sulung dengan 5 lagi adik2...bila tanya pasal durian,Zabidi kata kat Kuala Tahan kalau musim durian kutip je bawah pokok sebab banyak tapi kalau beli kat tepi jalan dah mahal....dan sekarang bukan musim petai,kalau dah banyak petai kat situ...




Sampai di tapak perkhemahan,lega dan teruja sangat....mula2 dirikan khemah..terkial2 jugak,nasib ada yang membantu...terima kasih yang membantu mama yang tak pernah dirikan khemah walau pun ada beli...simpan dalam stor..he...
Kami jugak dibagitau ada syarikat filem sedang shooting filem tak jauh dari tapat perkhemahan lami..



lepas tu kena masak untuk makan tengahari...bersama ahli kumpulan masak la apa yang ada ..bahan mentah disediakan pehak penganjur...apa lagi kalau bukan sardin ngan telo..sayo pulak kobis...makan la dengan lahap jugak sebab lapo...nasib baik ahli kumpulan tolong masak..tak la leteh sangat..anak2 dalam kumpulan saya ni pandai2 masak belaka...Dr Ibrahim yang nampak pendiam tu pun bukan main rancak menggoreng kubis...caya lah...kumpulan Rangers join kumpulan kami memasak ,nak jimatkan tenaga....




Aktiviti paling best...boleh mandi ngan ikan2 Kelah yang jinak2....besar2 dan banyak mengelilingi kita yang berada dalam sungai kat satu kawasan depan tapak perkhemahan.....tapi memang tak boleh nak sentuh atau nak pegang dia..licin dan pandai sungguh ikan2 tu...macam jinak2 merpati..ikan jadi burung?he..he..




Dan dalam sungai Tahan...aktiviti kami yang tak boleh dilupakan ialah pertandingan polo air..nak menang punya pasal..tahan je la sakit kaki..air pulak sejuk sangat....tercungap2 dan tertelan air ...he..he...banyak nya batu kat dasar sungai tu..sakit nya kaki...kalah pulak...





Seronok bermain air..tiba2 kaki jadi keras dan sakit...adui...macamana ni..akhir nya mintak tolong Ranger yang bertugas kat situ menarik ketebing sungai...oh...sakit nya...sakit sangat ...dah tak boleh nak berdiri..dibantu salah seorang ahli kumpulan Jati iaitu Zuhairi..saya akhir nya dapat naik ketebing....sakit...sakit....tapi tahan..tahan..malu la pulak...




Hampir senja memasak nasi goreng ayam...eh.dalam hutan pun banyak ayam tau...rileks je...anak2 dalam kumpulan saya yang memasak..goreng ayam...sedap...
habis dua kali goreng...



Malam pulak aktiviti night walk dalam hutan..kaki maseh sakit tapi kuatkan hati pegi jugak..bila lagi nak dapatkan pengelaman ni?...




Teruja sangat...tabek kat En.Azidi jurupandu kami yang begitu berpengelaman...banyak benda yang ditunjukkan pada kumpulan saya seramai 5 orang..kumpulan lain dengan jurupandu yang lain....banyak pokok2 hutan yang menarik..serangga yang cantik dan macam2 tips diberikan...





Taman negara Kuala Tahan tertua dalam dunia..berusia lebeh 130 juta tahun dengan keluasan 4343 km ....





Kami juga dibawa ke menara tinjau yang dipanggil Bumbun untuk mengintau binatang2 datang makan garam galian...misteri jugak..garam dalam hutan?...tapi itu la hakikat nya...penuh misteri bergerak dalam hutan berbekalkan lampu suluh sorang satu...




Jugak ditunjukkan pokok yang ada kesan cakaran beruang...ada banyak kulat yang kami temui...pendekata banyak benda baru yang dapat dilihat tapi tak terdapat ditempat lain...berpeluh2 la berjalan beberpa km dalam hutan tu...tapi yang buat saya tak senang hati bila ada ahli kumpulan saya yang dihinggap pacat..hi..geli nya..dan hu..hu.hu... ada pacat kat kaki saya..nasib baik tak menjerit tengah hutan tu..mahu terkejut penghuni nya yang sedang tido...balik dari night walk...suhu panas sangat tapi tido jugak la dalam khemah dengan Nimie....peserta lelaki senang...hampar tikar atas pasir dan tido ramai2....






Ada yang terus terlena sebab keletehan...tapi kami yang perempuan dalam khemah berpeluh2.. badan pun dah macam nak demam..hidung dah mula nak tersumbat..jangan la selsema...



Nasib baik khemah tu besar dan duduk 2 orang je satu khemah..Tapi dalam duk leteh dan mengantuk tu...maseh ramai yang duk bersembang...memang ceria la dengan suara Azizan dari Kedah yang buat lawak tengah2 malam..cakap siam la dia...cakap Tamil la....macam2..last2 sebab mengantuk sangat saya saya jerit dari dalam khemah..Aziz..hang tidoq!!

No comments:

Post a Comment