RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Saturday, May 29, 2010

Mari la mari,pergi mengundi


Seawal 6 pagi dah mula masak2 kat dapo....dah siap semua nya bersiap untuk pergi mengundi koperasi diSekolah Anderson...menumpang Shafeeq dan dia nampak teruja pertama kali mengundi... Kat pintu masuk pemancing undi menghulurkan bermacam2 kertas...seronok tengok gelagat diaorang memancing undi..he..he..seronok kan,lepas pangkah undi dapat rm40..sape nak bagi...

memang sebagai kakitangan awam,bagus jadi ahli kopersi ni..banyak faedah disamping menyimpan duit..ada hal mustahak boleh buat pinjaman..tak perlu meminjam dari bank...dan selesai mengundi terus keSabar Menanti bersarapan disana...

Ramai yang sedang bersarapan...jumpa ramai jugak kawan2 lama...kat stadium pun penuh dengan pelajar sekolah yang ada acara sukan kat situ..

Balik rumah bermain dengan Adam dan Aiza bertolak balik keKL pukul 10 lebeh.....memandu sendirian dan saya bekalkan dengan sambal tumis udang ......

Oh..yang sedang bersukan diKuala Terengganu,rugi ya tak mengundi tahun ni....petang nanti ada mesyuarat pulak ....rugi jugak yang tak pegi...banyak cabutan bertuah...ada tiket melancung keIndonesia..sape la yang bertuah tu...

Ada banyak buku menanti untuk dibaca,pinjam dari library ada 7 buku....harap2 dapat habiskan membaca sebelum mula bertugas minggu ni...

No comments:

Post a Comment