Sedar tak sedar dah 8 hari berpuasa....cepat nya masa berlalu....sesungguh nya masa yang lepas tak akan kembali.....
Ada tanah runtuh diperkampungan orang asli Sg.Ruil,ramai yang tertimbus dan meninggal..
Ada Staf Nurse diHRPB yang meninggal kerana perdarahan dihidung...semuga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh..amin...
begitu lah dunia...begini lah yang suka berganti duka ...sebalik nya juga....
Pagi ni perhimpunan bulanan jabatan kami..tapi pagi ni istimewa dan bermakna..Dato' Pengarah lancarkan kempen kibar jalur gemilang...meriah dan seronok nyanyikan lagu2 patriotik..jadi backup jadi la....Encik Harun yang duk belakang saya bukan main kuat dan bersemangat menyanyi lagu JALUR GEMILANG..he..he..nak tergelak pun ada tengok staf menyanyi penuh semangat...syabas semua ya....jadi persekitaran pejabat kami sekarang dipenuhi dengan jalur gemilang..kecik beso semua ada.....sana sini semua jalur gemilang..
Lepas perhimpunan...ramai yang dapat bekal pulak untuk berbuka puasa...ramai yang tak nak tunggu lif dan turun ikut tangga...tapi sebab tengok kami dapat bekal..diorang tunggu pulak lif dan naik semula keatas..ki..ki.ki..apa la..(termasuk Cik Mat!!)
hari ni gak buat pertama kali singgah dipasar Ramadan kat rumah kami sebab Ailia nak pajri terung...mak ai..susah nya cari parking..ramai nya manusia..esok2 masak sendiri macam selalu..tak boleh jadi beli2 ni..tak sesuai selera dan tak suka bersesak2 kat situ..lagi pun makanan yang dijual terdedah je dan orang ramai lalu lalang disitu....kalau pegi pun bawak motor atau basikal lagi praktikal...parking senang...
No comments:
Post a Comment