Pagi Jumaat bertugas kat pejabat je..ada CME tapi tak pegi pun...tengahari buat pertama kali tergerak hati nak merayau2 kat GreenTown Square..nak menjamu mata..dihantar suami dan lepas tu balik kepejabat dengan kawan sepejabat.Sempat la beli sehelai jubah yang kalau nak pakai raya memang sesuai la.....tapi cari tudung kat ARIANI takde warna yang sesuai pulak....
Petang ,hampir pukul 5 tiba2 terasa sakit dan pedeh sangat bila kebilik air..ni mesti UTI hati berkata2...bulan puasa minum air pun kurang ..jadi kerana terasa lain macam..terus keklinik Dr Murshid dekat rumah kami..tapi hari hujan..kereta banyak dan sesak..dari pejabat keGunung Rapat mengambil masa hampir 45 minit!!...kalau tak cuma 10- 15 minit je..teruk nya sesak ...yang pasti pasar Ramadan kat depan kami la yang menjadikan jalanraya sesak di persekitaran Gunung Rapat....
Alhamdulillah...Dr pun kejap je dapat jumpa..periksa kencing dan memang la ada infection...balik terus makan ubat tapi..lepas tu perut pulak sakit..sakit sangat sampai berguling2..menangis...dan nak pegang gelas air pun tak berdaya...lepas waktu berbuka dihantar suami keHRPB...diberi injection dan diperiksa kencing lagi..Alhamdulillah...sakit berkurang dan dibenarkan balik kerumah..terima kasih yang membantu..Fadrul..Wan dan lain2..
Hari ini...syukur pada mu ya ALLAH....Sakit dah berkurang dan dah boleh jalankan aktiviti macam biasa...
No comments:
Post a Comment