Ikan haruan dimasak kari..selalu nya dengan timun ladang yang berwarna kuning kecoklatan tu....sedap nya..pendekata kalau mak mertua lalu kat belakang memang tak nampak!...lalu kat depan pulak buat2 tak nampak!!he..he..he..he...
Petang Ahad yang hangat....baju2 kering macam keropok kalau lambat diangkat....jadi sidai pukul 7 pagi pukul 12 tengahari dah kena angkat baju2 tu..kalau biarkan sampai petang memang luntur la warna baju2 tu sebab terlampau panas..kena rajin kan..angkat baju awal2....
Mengukus kek coklat untuk anak sedara yang akan datang petang nanti..kesian pulak takde apa2 buahtangan untuk dibawak balik....lepas selesai semua nya..petang ni berbasikal bersama suami...tapi kepasar malam dengan motor sikal..takut nak kayuh basikal jauh2..bahaya kan..kereta banyak yang laju2 kat jalan depan rumah kami ni...
Petang ni ramai sekali yang memancing dan menjala ikan dibelakang rumah kami....ikan yang banyak dalam sungai Pinji belakang rumah kami ialah ikan talapia....ikan ni tak banyak tulang dan kalau yang kecik2 tu sedap digoreng garing2 dan makan dengan sambal...yang beso pulak sedap dipanggang atau dibako je...makan pulak dengan nasi panas dan air asam...memang sedap....disekitar Ipoh..memang ikan talapia banyak dijual..kebanyakan ikan talapia dipancing atau dijala dari bekas2 lombong yang terdapat banyak disekitar Ipoh.....juga diBatu Gajah..kalau ke Batu GAjah...boleh la nampak begitu ramai yang menjala dan memancing..meriah lah dengan kaki pancing yang datang sejauh KL dan lain2...ada yang bawak keluarga..berkhemah dan bawak baby dengan buaian sekali...memang meriah lebeh2 lagi dihujung minggu...ikan2 yang dapat pun banyak..memang seronok...
DiPerak kalau belah Manjung terkenal la dengan ikan laut yang fresh...boleh beli kat jeti diPantai Remis....sampai je bot nelayan,dan bila tong ikan dibawak naik,pilih la ikan yang kita hendak...sekilo pun boleh beli...sotong2 memang banyak..murah je kalau dibanding dengan harga dipasar,...kalau bertugas didaerah Manjung selalu nya kami bawak la kotak polistrin untuk beli ikan..ais batu akan dibagi oleh penjual ikan ...kotak polistrin tu pun akan diseal dan boleh tahan la kalau dibawak keSingapura pun,kata toke ikan tu la...he..he..kami bawak balik keIpoh je....
Semantara didaerah Kerian iaitu kampung saya ikan darat memang banyak..ikan darat bermakna ikan dari sungai,parit atau telaga dan bendang...antara nya ikan haruan,sepat,puyu,keli dan lain2...tapi ramai jugak yang tak makan ikan darat ni....rugi la..sedap ikan2 ni..
No comments:
Post a Comment