RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Tuesday, January 31, 2012

Perihal laksa

Pagi yang ceria...membawak bekal laksa Sarawak kepejabat...bau dan aroma rempah2 nya tesebar keudara...macam rempah orang dalam pantang lepas bersalin..he...he...sedap kan...lepas makan terasa panas badan...nasib duk dalam aircond kalau tak terpaksa berkipas.....makan laksa pun ada nostalgianya..
masa saya kecik2 dulu dan tinggal dikampung kalau nak makan laksa kena tunggu hari raya...orang berjual laksa pun takde jadi laksa ni macam makanan mewah la..jumpa raya je...dikampung kalau raya mak saya la yang akan buat laksa...jadi ramai2 la jiran2 dan sedara mara yang datang makan laksa tu.....satu kampung akan tau bila raya mak akan buat laksa...tak tau la sedap ke tak laksa tu sebab masa tu saya kecik lagi..tak tau nak rasa,...benda ada makan je..dah beso2 ni sesekali je mak buat laksa...kami la yang akan buat kalau nak makan...yang terkenal buat laksa terpedas ialah adik saya Ara...kalau tak pedas memang bukan dia la yang buat...he..he....sekarang dia tinggal diJeddah tak tau la duk buat laksa ke lagi...mahu terjelir lidah Pak Arab tu kalau makan laksa dia...Sebenarnya laksa ni kalau ikutkan memang berbeza2 tiap2 negeri...laksa Kelantan lain...Pulau Pinang pulak ada yang makan laksa dengan cucur dan kropok....Johor memang lagi la lain sebab guna Spagetti...laksa Sarawak pulak guna bihun ...laksa utara guna laksa tepung beras dan laksa Kuala Kangsar guna tepung gandum..lain2 negeri belum la saya pernah makan lagi..mungkin ada yang sama dan ada yang berlainan..Kuah laksa utara the best la...sebab gunakan isi ikan dan takde santan macam negeri2 lain pendekata laksa utara lengkap dengan Kabohidrat,protien dan vitamin dan menyihatkan!!

No comments:

Post a Comment