RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Thursday, January 26, 2012

Pandai nya dia...

Petang Selasa selepas memasak rendang buat bekalan Aiza untuk bawak balik keKajang,kami menghantar kestesyen keretapi Ipoh....Adam memegang tangan Aiza kuat2 takut ditinggalkan..sebak hati bila Adam berpesan supaya Tokma dan Tokwan keja elok2 dan bawak kereta elok2...pandai sungguh dia....
Dan masa menghantar hingga dalam Keretapi ...Adam menangis melihat kami berdiri ditepi keretapi..rupa2 nya dia takut kami terkena atau dilanggar keretapi bila bergerak nanti....sedeh ya...lepas semua balik,sunyi la rumah kami...

Rabu..Khamis...bekeja macam biasa.....dan pagi ni dapat tau Zara dimasukkan keKPJ Kajang sebab demam...rindu sungguh pada Zara...semuga cepat sembuh ya.....dan dalam rindu2 tu Jumaat saya pulak demam...suara pun dah macam lepas buat konsert...cuaca panas diIpoh..kat pejabat ramai yang tak sihat..demam..sakit gigi..macam2....
jadi rihat je..terbaring....

No comments:

Post a Comment