RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Thursday, February 25, 2010

Pahang...aku akan datang

Pertama kali makan sate itik diResto Serai,Ipoh..em...m..boleh la...
Sedap nya sate itik...dah tinggal lidi je...

Bos lama kami yang dikasihi Dr.Nordin sedang serahkan tugas pada bos baru kami Dr. Narimah..kat tengah tu Dato' Ahmad Razin Pengarah kami...


Eh...posing sampai nak terbaring?...antara staf kat pejabat yang manis2....



Pagi seawal 8.30 pagi kami semua dah berada dibilik mesyuarat.Pagi ni majlis serah tugas dari bos lama kami kepada bos baru...sementara tunggu Dato',kami minum pagi dan upacara serah tugas berlangsung dengan ringkas...




Sambung keja,buat laporan dan lain2..petang ke majlis juamuan sate yang diberi bos lama kami..majlis santai di Restoren Serai tu berlangsung sampai jam 6 petang..Terima kasih ya ....kenyang sungguh makan petang ni..ditambah pulak laksa yang diorder ....masa balik oh..terperangkap pulak dalam hujan lebat dan kesesakan lalu lintas..hujan turun mencurah2...gelap rasa nya mata...



hampir senja baru sampai dirumah...


em.m.. leteh,tapi sempat la kemas2 baju untuk dibawa ke Pahang esok...akan berkonvoi bersama sepupu dan adik angkat dari Kedah dan Perlis..sempat la masak2 sikit pagi ni,spagetti dan sambal tumis...
Rindu pada Adam...dah pun berada diJogja...semuga baik2 saja disana....
Tiga hari akan berada diKL dan Pahang,tentu banyak citer menarik di sana...nanti boleh tempek gambar2 menarik di Pahang tu...

No comments:

Post a Comment