RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Saturday, May 8, 2010

Jumpa lagi ...

Pagi ni banyak sekali lagu2 untuk Ibu disiarkan diradio..paling best lagu nyanyian Aishah...Syurga ditelapak kaki Ibu...

Jangan la pertikai kan sambutan Hari ibu walau pun hanya budaya dan ikutan saja....

Ibu manusia paling berjasa....termulia darjat nya seisi alam kerana melahirkan anak2 ..dimana dalam rahim seorang ibulah roh kita ditiupkan...

Dari sebesar zarah...jasad dan batin kita dipersiapkan selama 9 bulan 10 hari sebelum lahir kedunia..

Itu mukjizat ALLAH yang sedang berlegar didepan mata hambaNYA...
Esok seawal pagi akan berangkat kePahang...dihantar pemandu dari Jabatan,suami pun akan mengikut hantar sama...saje nak buat kawan bersembang....
semua barang dah siap..harap akan dapat berkursus dan selamat kembali kePerak Khamis nanti..jadi seminggu ni tak kan ada catatan rindu mama...balik nanti tentu banyak yang nak dicatatkan...
Untuk semua ...terutama anak2 mama...jaga diri baik2...JADI LAH ANAK YANG SENTIASA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA...

No comments:

Post a Comment