RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Sunday, June 19, 2011

Esok akan kePulau Pinang..

Pagi ni ahad 19 Jun..hari mengundi Koperasi kakitangan kerajaan Ipoh...mari la mari....kita mengundi...ramai sekali kawan2 lama yang saya jumpa masa mengundi pagi ni...patang ni pulak mesyuarat koperasi...kat pintu pagar sekolah Anderson tempat kami mengundi ramai la yang sedang memancing undi disitu...termasuk Man yang saya kenal dah lama....dia yang bertugas diPejabat Pelajaran Ipoh turut bertanding sebagai ahli lembaga koperasi....harap2 berjaya ya.....
Lepas mengundi,jalan2 kat Memorylane...ramai nya orang...sempat beli mangga 2 kilo,lepas tu pergi bersarapan diSimpang Pulai..ramai jugak orang sedang bersarapan kat situ...balik kerumah...buat operasi mengemas rumah dengan suami..kemas setor yang penuh barang2...lepas tu masak2 sikit dan petang lepas suami bersama kawan kemesyuarat koperasi diPolyteknik Ungku Omar...saya mengemas baju2 ..esok pagi akan bertolak kePulau Pinang hingga Khamis ni....tengok aturcara konvensyen memang padat...hingga 10 malam baru habis....mak...leteh nya!!Saya pulak urusetia jamuan ...ni yang kena jaga betul2....jangan la ada apa2 masalah ....
Sebenarnya konvensyen bermula 21 Jun..tapi kami urusetia kena sampai awal...pendaftaran sebelah petang...ramai yang datang dengan kapal terbang...peserta dari Sabah Sarawak pun mungkin sampai awal....harap semua nya berjalan dengan sempurna...

No comments:

Post a Comment