RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Saturday, June 4, 2011

Selamat bertunang dan pengantin baru..

Sabtu 4 Jun,ramai nya yang melangsungkan perkawenan..undangan paling jauh dari Trengganu...maaf tak dapat datang ya....suami kena keja diKelantan...pagi masak2 sikit...anak saya Mohd Syafeeq datang bersama isteri...sembang2 sambil makan bihun goreng...tengahari masak2 sikit sebab anak diKP pun akan balik bercuti 3 hari dan sedang dalam perjalanan dengan bas ekspres...memandu kereta mesti leteh dan boring sebab jalan pun sesak...cuti sekolah dan cuti hujung minggu...
Petang keExcelsior ada jamuan untuk kawan pejabat yang akan bersara esok..makan2 dan sembang2 kat situ sampai pukul 5 .30 petang...berat jugak la mengusung hadiah yang boleh tahan beso tu....Sampai ke kejiranan kami kereta terpaksa ditinggalkan kat hujung jalan..dua orang jiran dah memasang khemah..seorang bertunang...seorang lagi kawen..Tahniah la untuk kedua2 anak jiran saya tu..Dr.Murni dan Cikgu Afi..ramai sungguh yang datang dimajlis pertunangan anak sulung Dr Murshid ni....berseri seri dengan hiasan bunga yang cantik..Malam membawa Adam dan anak2 makan diASAM HOUSE..lepas tu lepak2 diIPOH PADANG pulak...puas la Adam berlari kesana sini...seronok sungguh dia dilayan uncle A'en...kalu tak mau susah2 dan risau menjaga anak2 ..datang je la ke IPOH PADANG yang luas ni...biar je anak2 berlari disini..bawak bola..biar diaorang main disini...padang nya luas dan tak bahaya...sambil tu mak bapak boleh la rileks2 duk situ sembang2 atau baring2 tengok bintang dilangit...bawak tiko..tapi sesuai malam je tau..siang2 hari mahu terbako kulit...he..he..he...

No comments:

Post a Comment