RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Monday, June 27, 2011

Hari terakhir diPulau..

Ini la Pulau Talikail milik jabatan perhutanan.....cantik..meh semua ...
Nanti kita jalan2 ya....jangan la malu...
Malu2 pulak kawan baru saya ni...
Cantik nya dia...ada yang nama Siti Norhaliza tau...
Wajah2 asli anak2 orang asli yang hidup jauh dipulau...
Kampung orang asli..kampung Chuweh...
Semua teruja tengok bunha Rafflesia...
Bunga misteri diHutan Belum...


Ini rumah bot...macam dalam ANACONDA tu....boleh tengok kat Tasek Temenggor...
Bot Jabatan Kesihatan Hulu Perak..mengawasi mak2 dan bapak2 budak yang main air...he..he...
Seronok nya dema...pantang jumpak air...
Peserta dibenarkan main air dan mandi2 dalam tasek....
Posing je..sambil mengawasi peserta yang bersedia untuk mengelilingi pulau2...
Apa yang di cari tu...
Ini aktiviti peserta kursus....

Hari kedua selepas jungle trek diadakan aktiviti dan hampir petang peserta dibenarkan merasa mandi dalam tasek...bermacam gelagat..yang menjerit ketakutan paling ramai...tasek tu dalam..jadi semua peserta diwajibkan pakai lifejacket dan berpegang pada rakit buluh......urusetia pulak mengawasi mereka dan bersedia dengan bot demi menjaga keselamatan mereka...Pagi Ahad,sebelum balik kami semua dibawa melawat pulau2 dan kekampung orang asli..juga meredah hutan menjejaki bunga Rafflesia.....berbaloi la kami meredah hutan....buat pertama kali dalam hidup dapat tengok bunga yang cantik..besar dan penuh misteri tu...
Kat kampung orang asli juga kami dapat pengelaman baru....kampung mereka dipulau yang jauh ditengah tasek tu ...bersih dan ada home stay jugak....ramai anak2 gadis disitu yang bersolek tebal menyambut kedatangan kami....yang perempuan berusia 13..14..tahun dan menggendong anak....diaorang tak pegi sekolah pun sebab susah nak keluar..takde jalan darat...dengar cerita ada guru datang seminggu sekali....
sempat la bergambar bersama mereka...dalam perjalanan balik kami sempat singgah di Pulau Talikail..milik Jabatan Perhutanan ..cantik pulau tu..ada chalet dan rumah tumpangan...boleh sewa dengan harga yang agak murah...rasa tak nak balik pulak sebab cantik sangat pemandangan disitu..ada tapak perkhemahan dan distu pengunjung boleh memasak sendiri....balik dari situ,diadakan acara penutup..dan tepat jam 2 petang ..kami berangkat dengan bot menuju jeti dan seterusnya balik keIpoh....

No comments:

Post a Comment