RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....
Showing posts with label bayangan kenangan wktu kecil. Show all posts
Showing posts with label bayangan kenangan wktu kecil. Show all posts

Tuesday, May 26, 2009

Terima kasih cikgu

Sempat bergambar disekolah saya dulu

Mungkin sebab ramai bejalan kaki pegi dan balik sekolah membuatkan saya tak pernah merungut kepenatan.ya lah semua bejalan kaki...tak terasa berulang alik kesekolah tu setiap hari.tapi ada jugak sesekali saya dan kawan2 ditumpangkan oleh cikgu dgn kereta..seronok sangat..tak rasa naik kereta kalau cikgu tu tak tumpangkan..masih ingat lagi,cikgu tu balik kerumah dia dipekan Parit Buntar,lalu simpang kampong kami,jd dia tumpangkan,em..kereta Fiat warna putih,kecik sangat kereta tu comel sangat...tentu cikgu kesian tengok kami berpeluh2 berjalan kaki,merahpadam muka2 comel kami dibakar panas matahari..he...he...


Ingat lagi cikgu tu,nama dia cikgu Zakaria bin Abdullah..masa tu dia bujang lagi..mungkin berumur dalam lewat dua puluhan.Cikgu Zakaria ni pandai main muzik dan kalau ada apa2 pementasaan disekolah dia lah yg akan bermain muzik saperti arcordian..guru2 lain yang maseh saya ingat nama mereka ialah cikgu Don (guru besar -Allahyarham)Cikgu Ahmad(gelaran cikgu Mad bahulu)Cikgu Yusof Lazim...oh ya saya bersekolah di Sek. keb Sungai Megat Aris,Bagan Tiang dekat Parit Buntar Perak.tapi bangunan sekolah lama dah takada ,sekarang bangunan baru sekolah dah didirikan ditapak baru dekat bekas tapak lama.Apa pun terima kasih pada guru2 yang pernah mengajar saya dulu.

Pergi dan balik sekolah

Pemandangan sawah padi dikampung saya,indah mendamaikan

Masa kecil yang penuh bahagia kadang kala hiba juga..usia paling kecil yang masih boleh diulang tayang dalam kotak fikiran ialah waktu pertama kali menjejakan kaki kesekolah..hampir 4km berjalan untuk sampai kesekolah terdekat didaerah kami..tapi waktu itu memang tiada kenderaan untuk kesekolah,bagi dari keluarga yang berada mungkin ayah akan hantar dengan basikal atau motosikal,tapi saperti keluarga saya rata2 penduduk dikampung saya susah dan hanya bekerja sebaga petani,mengerjakan sawah bendang.pendapatan mereka pun hanya cukup untuk menyara keluarga sahaja.waktu pagi kesekolah memang tak terasa penat kerana berjalan sepanjang jalan yang terdapat parit besar dan kecil dikiri kanan nya.


Terasa nyaman sekali kerana kedinginan hembusan bayu pagi dari sawah yang terbentang.tapi waktu berjalan balik tengahari terasa panas dan siksa sangat..peluh membasahi unifom sekolah.tekak tersa haus dan perut pula berbunyi kelaparan.paling siksa disimpang tiga kekampung kami bila melalui deretan kedai ,mata tertumpu pada meja yg ada mesin pengisar ais batu,alangkah nikmatnya kalau dapat mennyedut sirap merah hitam yang disiram atas kepalan ais batu kisar yang kami panggil ais kepal...tp selalu nya waktu balik sekolah duit belanja dah habis...ya lah,bawak duit belanja pun 10 sen,kalau 20 sen tu dah kira banyak..

Monday, May 25, 2009

Waktu kecil yg berbeza

Ini gambar parit kecil yang rasa nya semakin kecil dan sempit
Ini pula parit besar tempat saya mandi dan berkubang,juga nampak semakin sempit

Sebelum menulis banyak perkara yang ingin saya kongsikan,tentu lah ingin saya abadikan sedikit bayangan kenangan manis sewaktu kecil,yang terlalu manis untuk dikenang..yang kalau lah waktu itu boleh diulang...saya lahir disebuah kampung diutara tanah air,kampung kecil indah dikelilingi sawah bendang...yang ditengah kampung kecil itu mengalir dua sungai yang kami panggil parit besar dan parit kecil..didua sungai ini lah masa kami kanak2 banyak dihabiskan. Dua sungai ini seolah2 menyaksikan pembesaran kami..disungai inilah tempat memancing dan menangkap ikan ...disungai ini lah tempat kami berkubang tak kira pagi dan petang malah tak kira lelaki atau perempuan..
Semua nya terlalu manis untuk dikenang,terlalu banyak menjadi kenangan..InsyaAllah,akan saya catitkan yang mana masih terakam dalam ingatan,supaya anak2 saya tahu masa kecil saya tidak sama dengan masa kecil mereka...yang baik jadikan tauladan ,yang buruk jadikan sempadan...perbezaan tentulah besar dan ketara kerana waktu kecil saya berada ditahun 60an...tanpa kemudahan saperti sekarang.
Tiada KFC atau MacD,yang ada cuma buah2 jambu batu yang dipetik dipinggir kampung,tiada komputer ,atau tv plasma,nak tgk tv kena pergi menumpang dirumah jiran yang agak berada,kena bayar 10 sen untuk tgk cerita melayu lama..