RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Wednesday, October 14, 2009

Lepak2....


Suasana malam dipersimpangan Jalan Lapangan Terbang dekat rumah saya..Pemandangan dari tingkat atas Old Town kopitiam

Hampir seminggu bertugas dah mula sesuaikan diri...banyak perkara berlaku dalam seminggu ni..ujung minggu kami sekeluarga ceria dengan kepulangan Adam...



Kat hospital pulak ramai la students saya yang menegur dan sempat la bertanya kabar..Terharu sangat sebab diaorang tak lupakan saya..malah ada yang mengeko saya ke kafetaria ...



Tengahari Selasa pergi melawat Amir..entah la tengok dia yang terlantar tak sedar..hati terasa sebak dan airmata tak dapat ditahan...terbayang senyuman manis dia setiap kali berjumpa...selalu la dia menegur suami saya yang kebetulan selalu bermain badminton bersama...Doa restu semuga Amir cepat sembuh..



Malam terasa sunyi sangat,rindu pada anak2,menantu dan Adam yang dah pandai itu ini...



Apa kabar la anak saya Nain di Ampang...Shafeeq pulak balik kePerlis dan Hilmie balik ke Kelantan...Ailia ke KL...sunyi dan rindu sangat...Nasib baik la Aiza selalu menalipon....



Boring pun ada, jadi malam Rabu,lepak2 di Old Town Kopitiam dekat rumah kami sambil menikmati suasana malam yang sibuk di persimpangan lapangan terbang.Best sungguh lepak2 kat situ...sejuk nya,sambil saksikan suasana malam...makan roti bakar dan menghirup kopi putih Ipoh yang sedap tu...Selain dari tido,lepak2 macam ni la paling best....



Balik kerumah dah jam 11,membaca Kosmo dan Metro..berita gempa bumi di Padang paling banyak...Rasa nya perancangan untuk keIndonesia hujung tahun ini terpaksa dibatalkan...Lebeh2 lagi dengan ada nya ancaman dari segelintir rakyat nya yang mahu menganyang rakyat Malaysia..Sabo je la...

Leteh kerana sepasang kasut


Ha...kasut baru yang kurangkan keletehan kaki setelah seharian meronda dalam wad...tayang kasut baru la pulak...




O..lama nya tak bukak laptop.lama nya tak post...leteh nya...Keja diwad orthopedik sebenar nya tak la sibuk sangat tapi wad saya sekali dengan wad spinal care..pesakit ramai juga,mujur la berselang hari dgn wad lain menerima pesakit baru.Jadi sehari aktif sehari pasif...




Pesakit semua nya berkaitan tulang,patah tulang la yang paling banyak..dan kebanyakan nya terlibat dalam kemalangan jalan raya...remaja dan golongan muda paling ramai..kesian tergantung kaki dan tangan...luka sana sini..




Doktor Pakar,Doktor,Doktor pelatih semua nya bertukar ganti meronda wad dan memeriksa pesakit,jadi ini la yang buat kami leteh..tapi kerana tugas semua nya tak jadi hal.Tapi bila pesakit sembuh...memang terasa satu kepuasan...Lebeh2 lagi bila pesakit ucapkan terima kasih bila dah sembuh dan nak balik kerumah.

Saya pulak terasa leteh sangat sebab pakai kasut yang tak sesuai,kehulu kehilir dalam wad kalau kira mahu la beberapa kilometer sehari...kasut bertumit walau pun cantik tapi memang meletehkan kaki..balik rumah lenguh sungguh kaki...jadi kena beli kasut tak bertumit tinggi..Tak boleh ikut orang Perak kata ..bio pape asalkan begaye...


Jadi,petang Selasa lepas keja terus keParkson Grand dibelakang hospital dan beli sepasang lagi kasut keja ..ha..ha..dah ada 3 pasang kasut keja..Nasib baik la kasut keja saya warna hitam ,memang senang nak cari...cuma saiz jadi masaalah sebab kaki saya memang besar..saiz 10.

Saturday, October 10, 2009

Leteh nya...

Hari2 berlalu ,dengar ceramah dan taklimat sampai Khamis..Tengahari pegi makan dikafetaria hospital,anak2 saya yang bertugas disini,sedang berkursus jadi tak nampak la kelibat diaorang kat unit kecemasan tu..

Buat suspen je,penempatan tak tau lagi...kenapa la siksa kami..30 minit sebelum pukul 5 baru lah penempatan diberitahu..Alhamdulillah..saya akan bertugas diwad orthopedik lelaki . Dulu masa keja di Hospital Melaka,saya pernah bekerja diwad ortopedik..memang happening la...

Kesian kat kawan2 yang kena bertugas ditempat yang tak terfikir pun..he..he...tak pe,ni cabaran tau...Selamat bertugas dipenempatan baru...semuga maju jaya semua nya..

Pagi Jumaat,dengar presentation kat dewan CME,ramai la staf yang datang,Habis pukul 10 dan saya serta kawan setugas kewad tempat saya akan bertugas..orientasi pun bermula,semua nya ok je..jumpa dan berkenalan dengan Ketua Jabatan kami, Pakar2 kat situ juga Dr2 yang bertugas..Berkenalan jugak dengan staf..ramai jugak..

Sempat la ikut Dr memeriksa pesakit.

Harap saya dapat sesuai kan diri secepat mungkin.

Balik pukul 5 dah terperangkap dalam kesesakan jalan raya pulak.Ada jamuan raya kat Dataran Bandaraya Ipoh..ramai nya orang.

Sampai dirumah dapat tau anak jiran saya dapat kemalangan jalan raya.Ya Allah semuga cepat sembuh..dengar cerita keadaan nya agak teruk masuk ICU...kalau tau tadi boleh la saya pegi melawat,sebab ICU tu kat tingkat 3 dan wad tempat saya bertugas ditingkat 4 .Hampir malam Hilmie datang dan bersama abah nya dan jiran2 mereka kehospital melawat anak jiran kami .

Amir..makcik sekeluarga mendoakan kesejahteraan Amir,tabahkan hati,kuatkan semangat.Untuk Laila,sama2 kita doakan ..bersabar lah dengan ujian Tuhan.
Sampai rumah..leteh nya ...tido seawal 8 malam..

Tuesday, October 6, 2009

Boring ...menanti hari esok

Jawatan baru,unifom baru...selamat maju jaya semua nya


Seharian ini mendengar ceramah dan taklimat ..



Banyak sekali pengetahuan berguna yang disampaikan pada kami..tak boring sangat sebab yang bagi ceramah pandai pulak buat lawak..he..he..kalau tak mahu tersengguk2...



Tengahari,malasnya nak ke kafetaria..waktu makan ramai sekali kat situ..Staf hospital,students,jugak orang ramai yang merupakan pesakit dan pelawat.tak selesa sangat sebab kafetaria tu sempit dan peredaran udara tak begitu baik..jadi tengahari,beli epal dan makan sambil berihat..



Petang masih dengar ceramah,balik jam 5 terus pegi ambik gambar dan balik kerumah.masak2 sikit dan kemudian menonton berita.Dalam seminggu dua ini banyak berita bencana serata dunia...Gempa bumi diIndonesia, Banjir dan ribut melanda Filipina dan Vietnam jugak.Kat Itali dan India jugak banjir besar...


Boring jugak dengan aktiviti seharian yang tak berkesudahan...bila la nak bagitau dimana akan bertugas...boring

Monday, October 5, 2009

Hari lapur diri

Ni gambar udang masak lemak dengan pucuk asam gelugur..gambar di request oleh Aiza
5 Okt 2009, ke JKN untuk lapur diri.

Jumpa la kawan2 yang lama tak jumpa.Ada yang bertukar balik dari negeri2 lain,dan ada yang bertukar dari daerah lain.Semua nya melapur diri diJKN Ipoh.

Pengarah JKN bagi taklimat,nasihat dan macam2 cerita...saje nak bagi semangat kepada mereka2 yang kena bertugas dipendalaman dan kawasan2 terpencil...ada la Dato' buat lawak sikit2 nak jaga kan mereka yang mengantuk..lepas tu penyelia Jururawat pulak.Kesian kat dia..ramai yang tak puas hati kena tukar ketempat yang tak diingini..ha...ha...

Dapat surat lapur diri kat Hosp.Raja Permaisuri Bainun ...dah agak kena keja kat sini..Alhamdulillah...

Isi macam2 borang sampai 1 tghari..pegi kafetaria makan nasi dan jumpa ramai la students yang praktikal kat sini...mama..mama...ramai yang memanggil dan menegur..

Petang dengar taklimat lagi,isi borang lagi...

Balik jam 5 petang terus kekedai gambar,ambik gambar pulak...

Pegi photostat macam2 ...i/c,slip gaji,buku bank,dan lain2..

Balik kerumah dah leteh,tapi sempat la masak sikit2 untuk makan malam.Masak lemak udang ngan pucuk asam gelugur semalam masih ada..panas je..

Malam menalipon anak sedara saya Tengku Iman bertanya kabar mak saya yang tinggal bersama diKL..

Dan malam jugak dapat berita kemalangan staf pergigian Parit Buntar yang dalam perjalanan balik dari JKN Ipoh...seorang meninggal dunia..takziah...esok pagi2 suami saya dan staf JKN akan keParit Buntar,menziarahi Allahyarham dan keluarga..

Baru tadi berbual dengan Allahyarham kata suami saya...

Jodoh..ajal dan maut semua nya ditangan Tuhan...

Sunday, October 4, 2009

Burung misteri...

Sangkar yang dibeli untuk burung comel bernama Abu..he..he...
Manja nya dia....kenapa tak nak terbang?

Burung misteri yang datang kerumah kami..comel kan?


Pagi sabtu rileks2 je...tak perlu masak hari ni sebab dapo saya dalam proses ubahsuai,tak mau ganggu yang bekerja kat dapo tu..malas yang lebeh nya..he..he...

Tapi bila pukul 11 lebeh teringat pulak nak memasak..kesian yang bekerja tu apa salah nya saya masak dan bagi diaorang makan tengahari ni..hari2 saya keja tak bagi makan pe2 pun...dan saya pun masak la pe yang patut...

Petang Shafeeq datang ,terus kedapo dan makan..lapar la tu dan rindu masakan mama...

Petang ni satu peristiwa pelik berlaku dirumah kami,seekor burung yang cantik tersesat dan tak mau terbang kemana2..burung tu berjalan tergedek2 atas meja ruang tamu dan langsung tak terbang walau pun kita pegang dia.comel sangat bewarna biru dan kuning..Shafeeq nampak teruja sangat dan saya cadangkan dia membela burung tu..dan tanpa berlengah masa Shafeeq keluar nmembeli sangkar bersama abah nya..Sangkar comel beharga rm36...dan burung tu terus dibawa balik..sebelum tu Shafeeq nama kan burung tu Abu....he..he,..kelakar betul..klasik betul nama burung tu..Sempat la saya pesan jangan letak sangkar tu rendah sangat nanti kucing cuba tangkap burung tu.Nanti Shafeeq ajar dia bercakap,sebulan lagi pandai la bercakap gurau Shafeeq.




Dekat nak senja Shafeeq cal bagitau burung tu dah mati...terkedu la kami semua..burung tu memang nak mati la mama sebab tu dia datang menyerah diri kat kita kata Shafeeq..tak pe la nak buat camana..pujuk saya.

Saturday, October 3, 2009

Hari terakhir diKK Simee

Ni antara buku2 yang masih tak sempat dibaca lagi...terperuk dalam laci..
Antara kawan2 yang hadir dalam majlis perpisahan diExcelsior




Jumaat pagi,sampai saje ditempat keja terus siapkan bahan untuk masak mihun kung fu...nasib baik,Saadiah datang membantu.Jadi tak la beban sangat.
Dah janji nak bagi kawan2 makan sebab hari ni hari terakhir saya bertugas diKlinik Kesihatan Simee..Isnin dah bertukar ketempat baru..
7 tahun bertugas diPusat Pemulihan Psikososial KK Simee,Ipoh banyak lah kenangan yang terhimpun..Setiap hari Rabu ,saya bersama students Pembantu Perubatan,Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta,setiap Isnin pula saya keluar melawat pesakit dirumah mereka disekitar Ipoh dan pada hari lain jika perlu saya membantu mengambil darah pesakit dimakmal,atau bertugas dibilik rawatan.Pada hari2 lain saya ada students posbasik dari Kolej Kejururawatn,Ipoh .Hari2 lain saya membawa pesakit outing ketempat2 menarik ,atau bawak diaorang membeli barangan dipasaraya.Kadang bagi kaunseling kat pesakit atau keluarga mereka.Jadi tugas saya tak la boring sangat..sentiasa bergerak dan bertukar tugasan.



Dalam sibuk2 tu,sempat lagi siapkan surat serah tugas..periksa barang bersama pegawai yang menggantikan tempat saya

Tengahari bergegas keEXCELSIOR sebab ada majlis perpisahan untuk saya dan rakan2 yang yang akan bersara, naik pangkat dan bertukar.
Makan tengahari sambil berbual dan ramai jugak yang hadir.Sesekali berjumpa kawan2 memang seronok,bukan selalu dapat jumpa,masing2 bertugas diklinik2 seluruh Kinta.Kalau ada kursus atau lain2 acara baru berjumpa,malah ada juga staf yang saya tak kenal walau pun pernah tengok.

Tak sangka ada students saya yang datang dan bagi hadiah yang saya suka sangat.Terima kasih Nas sebab susah payah datang..dan terima kasih jugak untuk semua students posbasik psikiatri grup1/2009...tudung pink tu cantik dan menarik...Hadiah dari kawan2 ditempat keja pun cantik dan ribuan terima kasih untuk semua.
Petang berderai jugak airmata tika berjumpa dan bersalaman dengan semua staf dan kawan2 yang akan saya tinggalkan.7 tahun bersama...lama tu...dan buat pertama kali selama ada punchcard..saya balik jam 4.50 petang dan tentu la waktu punch dakwat merah yang keluar...
Malam tak kemana,ingin sekali dapat bersantai sambil membaca buku2 dan majalah yang masih
banyak terperuk dalam almari,apakan daya mata tak mengizinkan..mengantuk sangat...
Sebelum tido dapat berita bangunan lama runtuh dekat Fairpark dan mengorbankan 2 orang remaja..Takziah untuk keluarga yang terlibat...dengar cerita berlaku sedikit kekecohan kat hospital lepas kejadian tu..sampai MB Perak datang dan campur tangan baru ok...Ya Allah ,kalau berlaku waktu siang memang ramai yang akan terkorban sebab tempat tu sentiasa sesak diwaktu siang sebab dekat lampu isyarat.Selalu kalau lampu merah,kereta berbaris panjang dari lampu isyarat depan mesjid hospital sampai la kat depan bangunan lama tu..
Semuga kejadian ni tak berulang kerana yang tak bersalah apa2 menjadi korban...