RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Thursday, December 31, 2009

Melayan Adam...

Adam bergaya dengan baju yang dibeli uncle Nain....demam tapi masih boleh posing...


Balik dari solat Jumaat,panas2 Adam dibawak ronda2 ngan moto oleh uncle Shafeeq...


Tray untuk bakar kek...kat Ipoh mahal..kat Padang Besar murah je...



Ni bawang yang dibeli diPadang Besar...tahan 2..3 bulan kalau tak dibuang tangkai nya


Selamat tahun baru...2010...pagi2 kepasar,membawa Adam yang tak mahu ditinggalkan.Mungkin sebab demam dia tak mahu ditinggalkan,meragam jugak dengan Wan mintak didukung dan tak mahu makan apa2..jadi kami layan saja lah ragam nya....kalau tak didukung dia leka berjalan kedepan dan kebelakang rumah...tak tau penat walau pun badan tak sihat..yang menjaga nya kena lah mengikut kedepan dan kebelakang jugak...kalau seminggu dua macam ni mahu kurus badan ...

Beli ikan untuk dibuat laksa,lama tak makan laksa...ada lah beli laksa kering dua peket dari Perlis..laksa perlis yang halus macam mee tu lebeh sedap dari laksa biasa..laksa yang dijual dipasar dan dah lembut tu saya tak suka..tak menepati selera..

Masak itu ini dan pukul 10 pagi semua dah siap,jadi boleh la rileks2 baca majalah dan akhbar.

Pukul 10 lebeh Ailia sampai dari Sg. Buluh,memandu sendirian....

Dapat tido sekejap sebab mengantuk sangat...Tengahari selepas solat Jumaat,Shafeeq singgah dan makan tengahari..sambal tumis bilis kegemaran dia dah memang saya masak selalu sebab tau bila2 dia akan muncul..ha..ha...satu lauk je dah cukup tapi mesti sambal tumis...Masa nak balik sempat lah dia membawa Adam ronda2 dengan motosikal....kalau tak dilayan dia menangis ...manja yang lebeh nya...


Lepas makan tengahari, mengukus kek coklat...kalau ada tetamu petang nanti dah ada makanan untuk dijamukan..laksa pun ada..malam ni ada kenduri doa selamat jiran saya yang anak nya terlibat dalam kemalangan jalan raya..hampir 2 bulan di hospital, di ICU dan kehospital Selayang jugak..Alhamdulillah...Amer dah sembuh dan sihat,berkat doa mak,ayah ,sedara mara dan jiran2 yang sayangkan Amer...

Memang keadaan Amer masa kemalangan tu,membimbangkan...kami tak henti2 berdoa...Bersyukur sangat ,semuga ALLAH panjangkan usia nya...walau pun tak dapat ambik SPM tahun ni ,tapi tentu la ada hikmah disebaliknya...

Malam suami kerumah Amer ,magrib disana...saya menjaga Adam dan adik saya Azhar sekeluarga datang..makan laksa dan sembang2,ahad diaorang akan hantar anak sedara balik keMCKK...Malam ni diaorang tido dirumah mak.



Oh...ada yang menalipon mintak saya tempek kan gambar2 barang yang dibeli diPadang Besar....ha..ha...barang makan tentu dah habis...yang tinggal bawang merah dan barang2 yang tak boleh dimakan...

Tahun baru?

Ingat cuti 4 hari sambung terus hingga Isnin 4 Januari...tup..tup...depa panggil saya keja hari Kamis 31 Disember 2009..

Semua nak cuti, takut ada yang menalipon dari mana2 tak de sape2 dipejabat..
Takpe, saya keja, seronok jugak keja hari akhir tahun 2009..tapi boring, sunyi sepi ramai yang bercuti. Parking keta kosong...
Buat la keja itu ini, lunch pegi Bangunan Tabung Haji...makan kat kafetaria kat situ.Makan sorang2 ,suami saya bercuti menjaga Adam yang demam, anak dan menantu masih bekerja dan akan balik hujung minggu ni..Adam dihantar mama nya kemarin masa balik Ipoh melawat TokAyah Adam yang admitted kat Hospital..
Rindu pada semua anak2 saya...Abang..Aida.Aiza..Ailia..Shafeeq, Hilmie dan Nain di Ampang. Kalau bercuti semua ada dirumah tentu meriah...
Pukul 5 balik, jalan pun ok ,tak sesak..oh...esok tahun baru 2010..
Malam ni sebenar nya teruja nak tengok gerhana bulan..tapi orang muda tentu teruja nak countdown detik menjelang tahun baru..
Azam tahun baru?..Tak perlu la berazam2...buat la pe yang patut...
Saya ucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 ,kepada semua yang membaca blog ni terutama bekas students saya di Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta , semuga tahun ini lebeh baik dari tahun lalu...Terima kasih diatas ingatan ..yang hantar mesej ucap selamat tahun baru tu...sama2 la doakan kejayaan semua..

Tuesday, December 29, 2009

2 Hari di Kedah dan Perlis

Nampak sawah padi kat bawah....agak kelam kerana hari masih awal lagi....

Kat Gunung Jerai ada pokok2 yang bewarna merah batang nya...nampak cantik..besarnya ciptaan ALLAH..






Jadi model la pulak...he..he...bunga cantik kat puncak Jerai




Pemandangan dipuncak Gunung Jerai...kat sini pun ada Regency





Kerana berkabus,pemandangan cantik dari puncak Jerai ni nampak berbalam je...






Posing di puncak Jerai...Persekitaran nya bersih dan cantik






Apa ni...oh..rokok awet muda ...rokok gulung dari daun nipah..


Pandai nya kucing jalanan ni posing...teringat kat Ninja...ni kat pasar Guar Cempedak,Kedah.


Senang nya orang Guar Cempedak..beli ikan dah di siang bersih...balik masak je... Restoren Tom Yam kat Arau...murah je makanan dia..












Kat nurseri diPerlis pokok hiasan ni banyak dijual..tapi macamana nak bawak balik?



Pemandangan kat tengah ladang tebu...nampak dekat tapi rasa nya kalau pegi..jauh..




















Ni bukan sawah padi tau ..tapi ladang tebu...depa dan posing lagi..










Ruang santai kompleks beli belah Padang Besar lengang...baru lega nak tengok dan beli barang..

























Kat ladang burung unta...lain kali kami mai lagi no...














Hujung minggu yang dipenuhi dengan undangan majlis perkahwinan..
jadi dua tiga hari ni akan muak tengok lauk ayam..

ayam kalau dah dimakan berturut2 dua tiga hari akan buat tekak takkan terima buat dua tiga hari lagi..

cuti 4 hari yang berbaki bagi tahun 2009 diambil untuk berihat dan bersama keluarga

Bersama keluarga kakak yang tinggal di JB,kami keutara bercuti dua hari...
singgah di Gurun...bawak air banyak2 nanti kehausan...panas..

leburaya utara selatan lengang mungkin dah ramai mula bekerja selepas bercuti krismas...yang anak2 bersekolah pun sibuk dengan persiapan kembali ke sekolah..jadi rasa lega sikit bercuti hari Isnin dan Selasa..tak ramai orang.

Kat R&R pun tak ramai jadi rileks sikit makan dan ke bilik air...

Selepas rihat kejap diGurun.bersama keluarga adik sedara kami menuju keutara lagi..berkonvoi

Singgah dirumah adik angkat diArau..masak2 dan makan2...sedap sungguh kerabu toge ngan kerang orang Perlis..
makan bertambah 2 pinggan,ada pulak pekasam goreng...mak ai...

Petang kePadang Besar.menunaikan hajat abang ipar orang Johor yang belum pernah sampai kat situ...shopping sakan...

Beli macam2...yang istimewa asam jawa siam yang masam2 manis tu...

kerepek labu pun jadi buah tangan istimewa untuk kawan2..


Teringin nak makan masakan Siam kami ke kedai makan yabg agak popular di Arau...satu set makanan hanya rm45...oh..murah nya ..duaset yang kami order untuk 10 orang makan tak boleh habis pun..masakan nya boleh tahan la...tapi murah sungguh...dengan air oren yang boleh ditambah berapa gelas pun secara rata nya seorang makan hanya rm 9 sahaja...


Ada sup eko, daging merah, siakap 3rasa,telo dadar,dan asam pedas siam....kalau kat Ipoh mahu lah rm20 seorang...

Kali ni kePerlis,pegi tempat yang tak pernah pegi...singgah di ladang burung unta...singgah diTimah Tasoh, singgah diladang tebu Chuping yang cantik sungguh pemandangan nya dari menara tinjau yang dibina ditepi jalan raya...selebihnya masa kami banyak habis di merata tempat mencari pekasam ikan sepat..oh...payah nya mencari pekasam ikan sepat...

sempat kepasar malam Guar Sanji...pekasam dah habis kata penjual kat situ yang ramah sungguh melayan saya bersembang..

Sebenarnya mungkin ramai yang bersetuju,orang Kedah dan Perlis memang ramah2 dan baik budi belaka...kenal kejap dah ajak kerumah...he..he..dan kalau kerumah tu mesti diajak nya kita makan nasi..tau la beras tak payah beli...
Bermalam diGurun kerana esok pagi2 akan kepasar Guar Cempedak untuk cari pekasam..ni hajat orang JB..
Lepas sarapan ke Guar Cempedak,yang ada hanya pekasam ikan puyu..beli jugak,nanti kempunan..he..he..
lepas tu kami dua kereta mendaki Gunung Jerai...oh..boleh tahan jugak tajam nya selekoh masa mendaki tu..banyak nya selekoh..teruja sebab tak pernah lagi sampai kepuncak Jerai ni..

Mungkin hari Selasa orang tak ramai jadi rasa seronok sungguh dipuncak tu...dan rasa nya udara nyaman serta suhu sejuk disitu telah menambat hati kami untuk datang lagi dalam masa terdekat..

Mungkin tempat lain tak dapat menandingi keindahan dan kesegaran udara disini..pemandangan cantik,persekitaran bersih..chalet disini cantik dan bersih .tak sesak ...memang sesuai untuk merihatkan diri dan bersantai...





















Sunday, December 27, 2009

Kawen....kawen....lagi

Hujung minggu bermula Jumaat hingga Ahad dipenuhi dengan aktiviti memenuhi jemputan kemajlis perkahwinan..ramai sungguh yang mendirikan rumah tangga cuti krismas dan cuti sekolah ni..ada sampai 5..6 jemputan tapi ada yang tak dapat pegi sebab masa tak mengizin kan dan agak jauh...pendekata gantung kuali dan periuk dua tiga hari ni..tak masak..
Kakak saya dari Johor Bharu dan adik saya sekeluarga dari Kota Bharu jugak balik kerumah mak ..dapat lah berjumpa anak2 sedara yang lama tak jumpa...sempat buat kenduri doa selamat sikit disamping pegi makan kenduri dirumah kawan2 dan sedara mara..
Sabtu...berita sedeh kemalangan bas ekspres ....10 orang terbunuh...ngeri dan kesian sungguh..tentu lah sibuk staf kat Hospital Raja Permaisuri Bainun..apa2 pun salam takziah untuk semua keluarga mangsa..bas SANI EKSPRES rasa nya semua bas baru dan moden..ramai yang salahkan bas dua tingkat tak sesuai dan macam2 lagi..tapi pendapat saya berapa tingkat pun bas tu,kalau pemandu memandu dengan hati2,cermat dan bertanggung jawap, semua akan selamat..tapi semua nya dah ditakdirkan dan telah pun berlaku..toke bas ni dulu penyanyi..Dato' Sani...oh muda,bergaya ...hensem, bujang lagi kalau tak salah....memandu Ferrari lagi...usahawan yang berjaya...semuga kejadian ni tak berulang lagi..dalam duk teringat toke SANI EKSPRES tu..masa melawat besan saya di Hosp.Pakar Komuniti ..terjumpa la ngan Ferrari merah yang buatkan suami saya asyik memandang...he...he... harga 1 juta lebeh,boleh pandang je le...







Ni gambar bersama Mona ...kawan baik adik saya Ara yang saya terjumpa masa makan kenduri kat Dewan Kompleks Mahkamah Syariah Ipoh...sempat la posing....
Pemandangan belakang Hosp.Pakar Komuniti...rumah kami tak jelas,yang nampak macam padang tu ialah Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh..

Suami saya asyik memandang FERRARI merah yang comel sangat....ni kat Hospital Pakar Komunti Ipoh...


Pelamin cantik siap ada dayang2 lagi...Ops..s...mak dayang....

Ni dia pengantin baru....Serius dalam debaran...


Kereta yang bawak pengantin..ni majlis kat Dewan Bandaran Ipoh..pengantin pun Ipoh mali...





Ni pengantin dan majlis perkahwinan terakhir yang saya pergi untuk tahun 2009 ni.





Comel nya dia...majlis naik buaian








Marhaban..berzanji dan naik buaian....

Majlis perkahwinan ke3 yang saya pergi....ada majlis naik buaian sekali untuk cucu2 sedara dari Melaka.. Anak2 sedara saya dari Kelantan.....comel2 belaka...
Dah nak balik Kelantan...jumpa kejap je...
Majlis kenduri kedua 26 Disember..masa ni pengantin belum tiba lagi...sempat rakam pelamin je..
Pasangan pengantin sedang mendengar khutbah Jurunikah...ni pengantin pertama yang saya pergi majlis nya..Jumaat 25 Disember.Jurunikah nya kelakar sangat...buat lawak nak bagi pengantin tak gelabah...yang kelakar Jurunikah ni kawan baik suami saya masa dalam Tentera dulu...apa lagi sembang sampai kena panggil nak balik...














Wednesday, December 23, 2009

Senang nya dapat juta2

Bertugas ditempat baru,banyak yang sedang dipelajari..
Sebagai pelapis,banyak yang perlu tahu..jadi memang kena rajin bertanya..
Pagi ini ke dua Pusat Hemodailisis....oh...kesian ya,yang sedang menjalankan rawatan ramai yang muda2...wajah pucat dan nampak lemah...
begini ramai pesakit buah pinggang dan semakin banyak pusat hemodailisis dibuka...memang mahal rawatan ni,tapi banyak badan kerajaan dan NGO yang membantu...
Balik kerumah leteh sekali...
singgah di Billion dan beli barang dapo.
Malas nya nak masak tapi kerana kesian kat suami masak jugak yang simple ....
selepas makan dan mengemas dapo,membaca Kosmo dan berita hangat tentu la kehilangan enjin jet yang berharga 50 juta.... eh...macamana boleh hilang ya...
Ya Allah...yang bersusah payah mencari rezeki mungkin dapat gaji atau pendapatan 2...3 ribu je sebulan,tapi yang 'HILANGKAN ' ENJIN JET TU SENANG2 JE DAPAT JUTA2...nak sangat tau sape yang jual dan dapat berapa juta..tentu la bukan calang2 orang yang curi dan jual....
Lain2 berita...ha...kisah cinta pelakon Zizie dan ahli Parlimen Bung Mokhtar...bila Zizie berlakon saya suka sangat tengok kulit dia yang putih gebu tu...dia tak cantik sangat tapi kulit dia putih sungguh...perempuan pun admire apa lagi lelaki..
Eh...dalam duk baca kosmo tau2 dah z...z..z..z

Tuesday, December 22, 2009

Kelalaian menjadi pengajaran

Jumaat hingga Ahad berada di KL....Bersama keluarga Azhar kami kezoo negara,membawa mak saya,anak2 sedara dan Adam..penat sungguh mengikut Adam yang tak mahu didukung..tak mahu dipegang...sekejap berjalan ,sekejap berlari..tak tau penat...kat zoo teringat filem P.Ramlie yamg kelakar iaitu MASAM2 MANIS...

Kat zoo ni la dia dating dengan cikgu Rokiah lakonan Sharifah Hanim...kalau hang mai Aloq Setaq kepala hang aku putaq....he..he...kemudian ramai2 kerumah kakak sulung saya diKayangan Height berjumpa anak sedara yang bercuti dan baru sampai dari Australia..
Sabtu berjalan dan shopping2 kat Bandar Baru Bangi...apa lagi beli tudung Ariani la....
Petang mengambil Nain dan ke Wong Solo menunaikan hajat Ailia yang nak belanja kami sekeluarga makan...pedas sungguh sambal kat situ...berair mata...teringat masa kami di Jakarta dulu,masakan nya tak la pedas sangat...tapi kat restoran ni...pedas sungguh....naik panas perut...

Malam jalan2 dan shopping2 lagi kat Alamanda.Petang Ahad dah balik keIpoh dan dalam perjalanan balik ni la berlaku satu kemalangan yang kalau boleh tak mahu saya ingat lagi..trauma sungguh...kemalangan melibatkan mak saya dan sampai bila2 akan jadi kenangan .Dua hari la dihospital.....Alhamdulilah semua nya dah selamat dan biar lah kelalaian ini menjadi pengajaran..





Adam dah bersedia untuk kesekolah....salam ngan mama dulu...

Zoo negara?....he..he..sapa dating kat sini eh......

Ni ke tasik tempat cikgu Shaari dan cikgu Rokiah dating dalam MASAM2 MANIS tu..masa tu tak ada burung2 ni lagi


Cukup ke duit aku nak beli buku ni...



Jom makan kat Wong Solo...kita pau Auntie Chu cukup2...




Serius nya Adam diapit auntie Jaja ,auntie Chu dan uncle Nain ....





Tempe dan daging bakar...sambal kicap nya pedas menyengat...














Kat resto Wong Solo...Ailia blanja...








Apa ni...malas nak rotate...









Ni posing je .....jangan marah Mija










Adam ceria dizoo bersama Wan dan Tokma...




Eh...ni gajah betul ke...atau gambar dalam buku yang papa beli tu....



Adam terpegun di zoo negara...melihat zirafah

Semua gambar yang ditempek kat sini ada lah kenangan 3 hari bersama keluarga tersayang bercuti di rumah anak2 di KL...
Adam bersama kami 3 hari kerana mama dan papa nya sibuk mengemas barang untuk berpindah keBangi...
Puas lah auntie,uncle dan Wan nya mendukung,menjaga,mencium dan melayan telatah nya yang lasak sungguh...
Keletah nya menjadi hiburan kami sekeluarga...hilang stres...hilang duka dek melayan kerenah nya.



Ini lah dua buah buku yang saya kena baca dihari pertama bertugas di UKAPS...he..he..boleh ingat ke...macam nak jadi lawyer je...