Khamis bertugas macam biasa.Keadaan wad sibuk,ramai yang akan menjalani pembedahan..ramai nya yang mendapat kemalangan hingga cedera dan patah kaki tangan....
tolong itu ini kejap je dah tengahari.
Wad saya dapat seorang JUrurawat lelaki yang baru saje memulakan tugas ( dari HUKM)...semuga bertambah nya seorang lagi staf akan bertambak prestasi kerja staf yang lain
Petang kepejabat menghantar borang2 local preceptor , saje je tanya kat PT kat situ ada tak pe2 respon dari JKN tentang permohonan pertukaran saya..
Ops..s...ada pun....cepatnya kan...dan kelam kabut lah PT tu (Pembantu tadbir atau kerani) menyiapkan surat untuk saya bawak masa lapo diri 14 Disember ni..ha..ha...Isnin...3 hari lagi. PT tu tak perasan surat tu surat arahan melapo diri, dia ingat surat pengesahan penerimaan borang pertukaran...lagi pun baru sangat dihantar.Berkali2 la dia minta maaf...tak pe Puan Mimie....memang tak sangka cepat sangat kan...
Sebenarnya saya dapat tau ada kekosongan jawatan kat UNIT KAWALAN AMALAN PERUBATAN SWASTA di Jabatan Kesihatan Negeri Perak ,dengan galakan suami ,saya isi borang pertukaran dan hantar 3 minggu yang lalu...Alhamdulillah...saya akan meninggalkan Hospital Raja Permaisuri Bainun dan memulakan tugas diJKN Isnin ini...Dan akan bertugas setempat dengan suami tapi berlainan unit...
Harap saya akan bertugas dan menabur bakti disini dengan sempurna dan gembira...Staf yang dibagitau pertukaran saya semua mengeluh...ala baru je nak kenal...bak kata orang Perak baru je nak sembang...he..he..dah bertukar...
Sempat la bersalam2 dengan staf yang sedang bertugas shif petang....esok Jumaat saya bercuti..tak sempat pun jumpa Dato'..( Ketua Jabatan) sebab beliau juga sedang bercuti..
Terasa sedeh jugak nak tinggalkan wad dan staf saya yang saya anggap saperti anak2 sendiri...diaorang masih muda2,berusia antara 20- 30 tahun lebeh, yang senior ada 2 orang saja yang berusia 50 an...Semuga maju jaya semua ...tingkatkan kerjaya masing2.....yang sedang berkursus,sedang belajar lagi mengambil degree semuga berjaya semua nya..Jaga diri,jaga peribadi...
No comments:
Post a Comment