RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Thursday, December 31, 2009

Tahun baru?

Ingat cuti 4 hari sambung terus hingga Isnin 4 Januari...tup..tup...depa panggil saya keja hari Kamis 31 Disember 2009..

Semua nak cuti, takut ada yang menalipon dari mana2 tak de sape2 dipejabat..
Takpe, saya keja, seronok jugak keja hari akhir tahun 2009..tapi boring, sunyi sepi ramai yang bercuti. Parking keta kosong...
Buat la keja itu ini, lunch pegi Bangunan Tabung Haji...makan kat kafetaria kat situ.Makan sorang2 ,suami saya bercuti menjaga Adam yang demam, anak dan menantu masih bekerja dan akan balik hujung minggu ni..Adam dihantar mama nya kemarin masa balik Ipoh melawat TokAyah Adam yang admitted kat Hospital..
Rindu pada semua anak2 saya...Abang..Aida.Aiza..Ailia..Shafeeq, Hilmie dan Nain di Ampang. Kalau bercuti semua ada dirumah tentu meriah...
Pukul 5 balik, jalan pun ok ,tak sesak..oh...esok tahun baru 2010..
Malam ni sebenar nya teruja nak tengok gerhana bulan..tapi orang muda tentu teruja nak countdown detik menjelang tahun baru..
Azam tahun baru?..Tak perlu la berazam2...buat la pe yang patut...
Saya ucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 ,kepada semua yang membaca blog ni terutama bekas students saya di Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta , semuga tahun ini lebeh baik dari tahun lalu...Terima kasih diatas ingatan ..yang hantar mesej ucap selamat tahun baru tu...sama2 la doakan kejayaan semua..

No comments:

Post a Comment