RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Tuesday, December 8, 2009

cupcakes

8 Disember, seawal jam 6 pagi suami saya dah berangkat kePahang...kerja.

Jadi pagi2 saya dah memegang cangkul membersihkan rumput yang dah sama tinggi dengan pokok2 serai saya..

Lama sungguh tak tengok tanaman ramuan dapo saya...

Buah cili padi menjadi2 banyak buah nya walau pun saya tak jaga sangat tanaman ni...lain2 tanaman masih hidup walau pun ada yang dah layu...

Lepas tu baca Metro dan Kosmo...

Kemas2 rumah sikit...

Teringat kat Adam permata hati sekeluarga ...rindu sangat...

Sabtu dan Ahad ni banyak sekali jemputan kawen yang diterima..

Tapi tentu la kami akan keTeluk Intan meraikan perkahwinan anak sedara suami saya..tapi ini semua baru rancangan..

Tengahari keluar makan diRestoran Terimba,dekat je ngan rumah saya...pegi tumpang Shafeeq yang kebetulan belum makan lagi..

Balik kerumah berbual sekejap dan selepas Shafeeq balik,saya tido didepan TV dan terjaga pukul 4 petang,bangun dan kedapo...memasak ayam bersambal..tinggal sorang2 jadi pemalas pulak..
Lepas tu mengadap laptop...bukak Ncc Indonesia (Natural cooking club)...oh tergoda tengok cup cake yang cantik2...kena la pegi beli papercup esok sebab dah habis....Sebenar nya buat cupcakes ni tak susah cuma kalau nak menghias tu yang perlu ilham dan kreativiti...
Sekarang ni tengah hangat cupcake kat mana2 majlis...cantik2 hiasan dia...kalau yang kreatif memang pandai dan cantik hasilnya.Kalau kek kawen yang saya kagum ialah hasil kreativiti seorang yang pakar dari Brunei...blog dia ialah KAK MON BRUNEI, Kek kawin yang beliau buat siap ada mempelai atas kek...pakai kebaya dan baju melayu..cantik sangat...

No comments:

Post a Comment