Kat Gunung Jerai ada pokok2 yang bewarna merah batang nya...nampak cantik..besarnya ciptaan ALLAH..
Jadi model la pulak...he..he...bunga cantik kat puncak Jerai
Pemandangan dipuncak Gunung Jerai...kat sini pun ada Regency
Kerana berkabus,pemandangan cantik dari puncak Jerai ni nampak berbalam je...
Posing di puncak Jerai...Persekitaran nya bersih dan cantik
Apa ni...oh..rokok awet muda ...rokok gulung dari daun nipah..
Pandai nya kucing jalanan ni posing...teringat kat Ninja...ni kat pasar Guar Cempedak,Kedah.
Senang nya orang Guar Cempedak..beli ikan dah di siang bersih...balik masak je... Restoren Tom Yam kat Arau...murah je makanan dia..
Kat nurseri diPerlis pokok hiasan ni banyak dijual..tapi macamana nak bawak balik?
Pemandangan kat tengah ladang tebu...nampak dekat tapi rasa nya kalau pegi..jauh..
Ni bukan sawah padi tau ..tapi ladang tebu...depa dan posing lagi..
Ruang santai kompleks beli belah Padang Besar lengang...baru lega nak tengok dan beli barang..
Kat ladang burung unta...lain kali kami mai lagi no...
Hujung minggu yang dipenuhi dengan undangan majlis perkahwinan..
jadi dua tiga hari ni akan muak tengok lauk ayam..
ayam kalau dah dimakan berturut2 dua tiga hari akan buat tekak takkan terima buat dua tiga hari lagi..
cuti 4 hari yang berbaki bagi tahun 2009 diambil untuk berihat dan bersama keluarga
Bersama keluarga kakak yang tinggal di JB,kami keutara bercuti dua hari...
singgah di Gurun...bawak air banyak2 nanti kehausan...panas..
leburaya utara selatan lengang mungkin dah ramai mula bekerja selepas bercuti krismas...yang anak2 bersekolah pun sibuk dengan persiapan kembali ke sekolah..jadi rasa lega sikit bercuti hari Isnin dan Selasa..tak ramai orang.
Kat R&R pun tak ramai jadi rileks sikit makan dan ke bilik air...
Selepas rihat kejap diGurun.bersama keluarga adik sedara kami menuju keutara lagi..berkonvoi
Singgah dirumah adik angkat diArau..masak2 dan makan2...sedap sungguh kerabu toge ngan kerang orang Perlis..
makan bertambah 2 pinggan,ada pulak pekasam goreng...mak ai...
Petang kePadang Besar.menunaikan hajat abang ipar orang Johor yang belum pernah sampai kat situ...shopping sakan...
Beli macam2...yang istimewa asam jawa siam yang masam2 manis tu...
kerepek labu pun jadi buah tangan istimewa untuk kawan2..
Teringin nak makan masakan Siam kami ke kedai makan yabg agak popular di Arau...satu set makanan hanya rm45...oh..murah nya ..duaset yang kami order untuk 10 orang makan tak boleh habis pun..masakan nya boleh tahan la...tapi murah sungguh...dengan air oren yang boleh ditambah berapa gelas pun secara rata nya seorang makan hanya rm 9 sahaja...
Ada sup eko, daging merah, siakap 3rasa,telo dadar,dan asam pedas siam....kalau kat Ipoh mahu lah rm20 seorang...
Kali ni kePerlis,pegi tempat yang tak pernah pegi...singgah di ladang burung unta...singgah diTimah Tasoh, singgah diladang tebu Chuping yang cantik sungguh pemandangan nya dari menara tinjau yang dibina ditepi jalan raya...selebihnya masa kami banyak habis di merata tempat mencari pekasam ikan sepat..oh...payah nya mencari pekasam ikan sepat...
sempat kepasar malam Guar Sanji...pekasam dah habis kata penjual kat situ yang ramah sungguh melayan saya bersembang..
Sebenarnya mungkin ramai yang bersetuju,orang Kedah dan Perlis memang ramah2 dan baik budi belaka...kenal kejap dah ajak kerumah...he..he..dan kalau kerumah tu mesti diajak nya kita makan nasi..tau la beras tak payah beli...
Bermalam diGurun kerana esok pagi2 akan kepasar Guar Cempedak untuk cari pekasam..ni hajat orang JB..
Lepas sarapan ke Guar Cempedak,yang ada hanya pekasam ikan puyu..beli jugak,nanti kempunan..he..he..
lepas tu kami dua kereta mendaki Gunung Jerai...oh..boleh tahan jugak tajam nya selekoh masa mendaki tu..banyak nya selekoh..teruja sebab tak pernah lagi sampai kepuncak Jerai ni..
Mungkin hari Selasa orang tak ramai jadi rasa seronok sungguh dipuncak tu...dan rasa nya udara nyaman serta suhu sejuk disitu telah menambat hati kami untuk datang lagi dalam masa terdekat..
Mungkin tempat lain tak dapat menandingi keindahan dan kesegaran udara disini..pemandangan cantik,persekitaran bersih..chalet disini cantik dan bersih .tak sesak ...memang sesuai untuk merihatkan diri dan bersantai...
No comments:
Post a Comment