RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Monday, October 19, 2009

Rancangan bercuti

Isnin....masih ramai yang bercuti...

jalan raya pun lengang kerana sekolah masih bercuti....sambung cuti Deepavali

Keadaan wad agak sibuk...

Banyak kes kemalangan....banyak yang kena operation..masukkan besi dan lain2...

Banyak la pesakityang bawak maruku untuk dimakan bersama..em..m...meriah dengan maruku la pulak..

Petang ke dewan CME,dengar ceramah.lepas ceramah ada jamuan pulak,makan lagi...

Balik kerumah dah kenyang jadi tak masak pe2..kesian Shafeeq habis keja terus kerumah..lapo la tu..tapi mama tak masak pulak...kecewa nya dia,suruh singgah kedai tak nak sebab malu pakai uniform kerja,sape la nak tengok baju dia tu...

Tengok muka Shafeeq macam bermasalah je..memang bermasaalah pun..hal ditempat keja..

Aiza call adik2nya suruh ambik cuti sebab nak belanja semua ke Melaka..tapi roster dah keluar,semua tak dapat cuti..nak buat macamana..Sape2 yang cuti boleh la pegi,yang keja kena tinggal la...Rancangan kami nak bercuti diMelaka hujung minggu ni..tapi anak2 saya yang lelaki tu semua kena kerja...tak boleh nak ambik cuti dah...
Memang seronok kalau bercuti sekali sekala bersama keluarga tersayang...dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan...selalu kerja je..

No comments:

Post a Comment